Assalamualaikum semua,
Hari ni aku sangat happy (bayangkan aku tengah senyum sampai ke telinga). Kalau yang pernah baca post aku sebelum ni, aku ada cerita tentang pengalaman aku buat appointment di klinik Dr Marsita. Tak perlulah aku ulang balik kekecewaan aku.
Jadi, atas moto keep moving forward, selepas mendapat advice dari kawan di group PCOS, aku terus buat appointment dengan Dr Adilah di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Dari kali pertama aku call, aku rasa sangat senang hati sebab sangat mudah untuk buat appointment. Janji kena dengan tarikhnya. Masa tu aku call aku tengah CD5. Dia mintak aku datang masa CD12, kebetulan aku konvo masa tu, so aku tukar ke CD13. Alhamdulillah, first step yang sangat mudah. Maksudnya dalam tempoh seminggu aku dah boleh jumpa doktor.
Sehari sebelum tarikh appointment klinik dah telefon aku untuk remind pasal appointment date esok (HAPPY)..no giliran start ambil jam 830 pagi, first come first serve basis. Terus bagi detail dekat mana klinik, blok B tingkat 4.
Di hari kejadian, pukul 745 aku dah tercongok kat klinik pakar tu. Ambil no giliran (no.1 ok...HAPPY) isi borang pendaftaran dan tunggu sampai doktor sampai. Pukul 830 doktor sampai, wow, tepat pada masanya (HAPPY)..cepat sikit aku nak lari ke office sebab malas dah nak amik cuti. Dalam masa 5 min doktor masuk klinik, terus nama aku di panggil (HAPPY)...Ya Allah, cantik sungguh dr Adilah ni, sedap mata memandang.
Jumpa doktor, terus dia mintak aku cerita tentang diri aku. Aku cakap aku ada PCOS, doktor cakap tak rupa macam orang ada PCOS..hihi..doktor kena tahu, saya dah turun 15kg, jerawat dah makin kurang sejak amalkan air 3 liter sehari..memang simptom PCOS aku semakin kurang (HAPPY). Dah cerita semua, time untuk buat TVS (alaaa..scan dari bawah tu)..
Dr check ovari kiri, dia terangkan dengan clear skali. Tapi clear mcm mana pun aku memang lemah sikit nak paham..hihi...tapi yang aku faham, dia cakap ada kantung-kantung polycycst dekat ovari aku..maksudnya aku memang ada PCOS, tapi berjaya dikurangkan. Kalau dulu (2 tahun lepas), berketul2 telur aku tengok dekat skrin tu. Tengok pulak ovari kanan, pun sama, ada kantung..yang lagi HAPPY ada telur yang dominant (saiz tu aku lupa pulak dia cakap berapa), tunggu masa nak ovulate je..check rahim, dia kata cantik..Alhamdulillah (HAPPY). Doktor kata dah sampai masa untuk bersama suami selang sehari. Yang ni masalah skit..hihi..sebab husband aku sangat la sibuk. Kalau balik kerja nampak sangat penatnya, rasa tak sampai hati nak mintak.
Tapi semua boleh bincang, demi anak akan ku usahakan. Doktor advice untuk makan asid folic dan multivitamin. Stop minum susu kambing or sebarang susu sebab dia kata susu ada ape tah yang buat ovary jadi malas (ni ayat layman ye).
By 915, aku dah selesai dengan doktor Adilah. Next appointment 2 September ni, CD ke 19 untuk check sama ada telur yang dominant tadi boleh keluar sendiri atau tak. Tak sabar sangat (HAPPY lagi).
Dah settle semua, masa untuk bayar bil. Yang ni tak HAPPY sangat la..hihi..Kesimpulannya, berdasarkan jumlah HAPPY di atas...aku sangat HAPPY. Yang tinggal hanya berdoa. Siapa lagi hendak ku meminta jika bukan dariMU yang MAHA ESA.
Cantikkan doc adilah. Sampai sekarang saya still dengan doc adilah. Dah 2 tahun lebih dah.
ReplyDeleteFirst time tengok muka dia rasa tak nak kelip mata...hahahaha
DeleteSalam sis.. x perlu buat hsg ke?
ReplyDeletewsalam. perlu buat hsg. cuma masa dengan dr adilah ni, belum sempat buat hsg sy dah pregnant.
Deleteuntuk second pregnancy br saya buat hsg. yg tu masa check up dgn dr hamid arshad
untuk buat appointment dekat hospital pantai tu terus call hospital shj ye?
ReplyDeleteklinik dr adilah ada personal nurse aka pa. boleh call pa dia untuk buat appointment 03-22960888 (dir 03-22989836)
DeleteBlh tahu tak brp kos semua?
ReplyDelete