My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday, 2 November 2015

Trip Berkasih Sayang ke Krabi (Aonang)

Plan nak pergi Krabi bermula masa bulan Mei rasanya sebab Airasia tengah buat promo. Memang plan nak pergi berdua je dengan encik laki. Tapi terpikir pulak, mesti la lagi best kalau pergi honeymoon secara berjemaah. Akhirnya aku pun ajak la gang yang sama pergi ke USS dulu. Cuma kali ni, kena bawak pasangan masing2. Dulu pergi USS jalan single mingle tak hingat donia, sekarang ni adala encik laki tolong kontralkan kesengalan kitorang.

Plan asal nak pergi bulan November sebab anniversary la kononnya. Sekali peak season kau. Harga semua double. Jadi kami tukar la date jadi Oktober. Memang berbeza harga. Contoh hotel la, kalau bulan Nov, hotel yang sama, bilik yang sama, harga jadi RM120 semalam. Tapi kalau bulan Okt, harga jadi RM80. Tu belum pakej2 kat sana lagi. Jadi demi menjimatkan duit, kami berenam setuju pergi bulan Okt. Janji dapat pergi Krabi.

Seperti biasa, sebelum nak bercuti kat mana2, aku akan survey blog dulu. Dari pengalaman orang, aku tau hotel apa yang terbaik, tempat makan sedap, harga2 pakej yang berpatutan. Bila dah buat research betul2, baru puas hati nak berjalan.

Transport

Ada banyak sangat kemudahan transport di Krabi/Aonang.

Bermula dari airport, kami naik bas untuk ke Aonang. Kos cuma 150 baht seorang. Bagitau saja hotel mana korang stay, bas akan hantar terus di depan hotel.


 

Di aonang, korang boleh pilih sama ada nak sewa motor, naik tuktuk atau jalan kaki saja. Kos sewa motor adalah 200baht untuk 24jam. Harga tuktuk bergantung pada jarak. Contoh, dari pantai ke hotel, kos adalah 40baht seorang. Dari Yaminlah (kedai pancake) ke hotel 200baht untuk 1 tuktuk yang besar. Dari aonang ke krabi town (kalau nak ke night market) 500baht pergi sahaja.





Sewa van dari hotel ke airport masa hari nak balik adalah 600 baht.

Van yang kami sewa untuk ke airport. Dah macam disco dalam tu..haha

Sebaiknya, kalau korang jumpa orang Malaysia kat sana, boleh la share2 tuktuk tu. Boleh berjimat. Nak sombong buat apa maaa...satu malaysia kan.

Hotel


Aku pilih hotel aonang goodwill sebab ramai sangat kata hotel ni best. Hotel ni memang best dari segi kebersihan, luas bilik, wifi dan lain2. Tapi ada kekurangan jugak dengan hotel ni. 

 

1) Hotel ni jauh dari pantai. Jadi aku tak dapat la nak jalan sekangkang kera je ke pantai. Jalan kaki nak ke pantai ke ambil masa dalam 15min. Belum balik semula ke hotel. Boleh melecet la kaki.

2) Hotel jauh dari kedai2 macam 7E, family mart, tempat massage. Berjalan dalam 10min.

Kekurangan hotel ni cuma dari segi distant je. Sebab apa aku rasa kekurangan. Sebab ada banyak lagi hotel2 yang dekat dengan pantai dan kedai2 contohnya J Hotel, Smile Hotel, Orchid Hotel. Bagi yang suka nak melepak tepi pantai aku suggest korang pilih hotel yang lebih dekat. Kalau korang boleh sewa motor tak ada masalah. Sewa motor dalam 200baht sehari. Tapi kalau duduk 3 hari, 600 baht, terasa jugak sebab bukan nak naik motor setiap masa. Waktu siang dah sibuk dengan aktiviti berpakej.
Kebaikan hotel ni pulak, dekat dengan tempat breakfast. Sebelah hotel ada gerai pakcik jual nasi beriyani dengan ayam goreng rangup. Sila cuba ye. Memang sedappppp.

Pakej

Aku sampai di Aonang pukul 9 pagi. Selesai cari makan (pasal makan aku cerita sat lagi), aku pun mula survey2 pakej. Untung jugak aku tak pergi peak season sbb orang2 kat aonang ni pun tak ralat sangat la nak bagi harga murah. Aku berjaya dapat pakej untuk 2 hari (hari pertama pakej phi phi island dengan kos 950baht dan hari kedua pakej jungle tour without elephant ride 600baht. Total 1550 baht). Boleh dapat kurang lagi sebenarnya kalau rajin survey sebab kawan aku survey boleh dapat 1300 baht untuk kedua2 pakej. Tapi semuanya telah terlambat..waaaaa

Pakej Phi Phi Island
Pukul 8 ke 830, orang pakej suruh tunggu depan hotel. Pukul 9 baru muncul budak muda nak amik kitorang. Lupa ke apa mamat ni. Nampak kelam kabut dia bawak tuktuk. Sampai di ofis agent tu, dah ramai orang menunggu kami. Sah dorang ni lupa kat kitorang, patut kematu bontot tunggu.

Bila semua dah ada, kami semua pun berjalan ke pantai menuju ke bot. Untuk trip ni dia dah assign satu agent untuk assist kitorang. Namanya Jimmy. Garang nak mampuih. Trademark dia, 'Dont make me angry, if im angry, you die'....hahahaha..dia melawak je, buat lawak garang, naik menyampah aku.

Tak yah la aku cerita detail sangat pasal pakej ni sebab standard pakej snorkeling la. Pergi snorkeling 2 kali, pergi singgah maya bay, singgah phi phi island untuk makan, then balik. Yang pasti, laut dekat Malaysia, jauhlah lebih cantik. Kalau aku pergi perhentian, siap boleh tengok penyu lagi. Laut krabi? Nampak habuk je..hahaha...xde la, ada la jugak ikan. Tapi, ikan je la ada. Pukul 4 petang kami dah selamat sampai semula di Aonang. Balik hotel, mandi, pergi sambung makan Yaminlah...hahaha.



Pakej Jungle Tour
Sebelum tu aku nak mintak mahap la awal2. Kot2 la sebelum ni korang baca blog lain yang pergi Krabi, syok2 je kan dorang cerita. Tapi kalau korang baca aku cerita, lain plak..haha..Ini semua berdasarkan pandangan aku la ye. 

Untuk pakej jungle tour, aku cadangkan korang tak yah amik la...hahahaha. Jahat pulak aku ni.

Dah2, takyah dengar cakap aku. Tapi aku share experience aku, then korang nilai sendiri. 

Pukul 9 orang agent ambil kami di hotel, then amik orang2 lain di hotel yang lain pulak. Total satu van dalam 15 orang.

Mula2 kami ke Tiger Temple. Buat ape kat sini, tengok2 luar temple, tangkap gambar dengan patung2 keagamaan budha. Dekat sini pun 30min je. Boringgg...orang agent ni cakap kat situ ada banyak monyet. Masalahnya satu monyet pun aku tak jumpa, anjing banyak la.


Kemudian pergi ke elephant ride. Untuk yang ni, kami tak ambil sebab kami semua pencinta haiwan. Kesian kot naik gajah tu, aku ngan laki aku dah la gemuk. Aku menangis kot kat situ tengok gajah tu. Untuk pengetahuan korang, memang dah ada organization yang menentang penggunaan gajah sebanyak binatang tunggangan. Sebab gajah ni punya function tak sama dengan kuda or unta yang korang boleh tunggang. Nak cerita detail pasal tu, aku malas. Korang pergi la google sendiri. So, kat sini kami tunggu je orang2 lain yang sama van dengan kami naik gajah. Dalam 30min juga la aktiviti ni.
 Gajah yang kasihan..sob sob

Laki aku yang bosan menunggu, terus ambil pakej ATV yang memang ada kat situ. Kalau naik ATV ni boleh la follow angkatan bergajah tersebut. Harga untuk ride ATV for 30 minutes adalah 700baht.
Next kami ke hot spring pula. Perjalanan nak ke sana memang jauh sungguh. Lebih kurang 40minit. Itu pun driver kami pecut macam pemandu F1. Kami kat dalam van yang rasa kecut telur. Dekat hot spring diberi masa 40min. Agak jauh jugak la nak berjalan ke hot spring tu, hot jugak la ketiak aku. Aku tak mandi pun kat sini. Budak2 lelaki je syok berendam.  Cukup masa kami pun pulang ke van.


Sambung pula ke Emerald pool. Ini la tempat yang aku sangat2 nak pergi. Sebab orang kata air dia cantik sangat. Warna hijau gitu. Kalau korang masuk je kawasan situ, mula2 lagi korang akan nampak pool dekat belah kanan korang, kat situ je dah cantik. Memang hijau je kaler sungai dia. Aku cadangkan, korang mandi je la kat sini. Kenapa aku cakap macam tu, sebab perjalanan nak ke pool yang sebenar sejauh 800meter. Dan bila korang dah sampai, pool tu dah penuh dengan umat manusia. Dah tak nampak hijau pun pool tu. Tu aku pergi low season. Cuba kalau pergi peak season, memang pijak orang kot kat sana.



Kat sini memang lepak lama sikit. Dalam 1 jam. Lepas settle dekat pool, kitorang dihidangkan lunch. Ni memang dah masuk dalam pakej. 
Selesai Emerald Pool, settle la pakej untuk hari ni. Untuk pakej ni, Nora bagi 2 bintang.

Makan

Yesssss.....ini la tujuan utama aku ke Krabi. Untuk melantak...hahahaha. (maafkan aku sebab lari dari topik blog yang ajak berdiet. Aku just enjoy Aonang foods. Balik Malaysia diet balik..hahahah)

Untuk makanan di Krabi, Nora bagi 10 ribu bintang. Tapi jangan tekojut la sebab mak dah lama tekojut. Harga makanan kat aonang, mahal noks. Kalau kedai makan cikai kat Aonang tu, harga dah lebih kurang harga pizza hut, kenny rogers, nandos dan sebagainya. Apa kejadahnye nasi goreng harga 120baht (bersamaan RM12).

But, worry no more. Jangan la makan kat kedai. Makan je kat gerai makcik2 dan pakcik2 bermotor dekat tepi2 jalan. Harga nasi goreng dalam 50baht. Ok la tu, rasa pun sedap.

Jadi, apakah makanan yang menarik dekat Aonang?

1) Pancake
Makanan ni rasanya kewajipan kot untuk dirasa dekat Krabi ni sebab merata aku tengok orang jual. Yang paling glamer mestila banana nutella. Kedai yang sangat popular dengan pancake ni adalah kedai makcik Yaminlah. Kedai start bukak dalam pukul 11 pagi membawa ke malam. Tapi kalau pergi hari jumaat memang tak bukak. Tak tau la plak sebab apa.




2) Pad Thai
Pad thai ni macam kewtiau goreng kita la. Aku memang sangat suka makan Pad Thai ni. Sepanjang pencarian aku, ada satu kedai yang jual Pad Thai sedap. Yang lain pun sedap gak, tapi ni paling sedap.



3) Nasi Beriyani
Kalau korang sampai Aonang nanti, pagi2 masa nak breakfast, sila la cari satu pakcik yang jual nasi beriyani. Gerai dia sebelah hotel Aonang Goodwill. Pakcik ni pandai cakap bahasa melayu. Memang sedap gile nasi dia berlaukkan ayam goreng yang rangup dengan sos cili thai. Pergh, aku taip ni pun air liur aku mengalir keluar.


4) Pulut Mangga
Ni lagi satu yang aku boleh nangis la kalau makan. Mangga dia, perghhh...menangis weh. Aku dapat makan pulut mangga ni pun hari ke3 aku kat sana sebab tiap masa pun perut aku penuh..haha. Hari ke3 aku simpan perut aku khas untuk pulut mangga. Aku beli pulut mangga ni dekat Night Market Krabi. Night market hanya ada hari jumaat, sabtu dan ahad saja.

Dekat night market ni pun, sila cari aiskrim kelapa...pergh..sedapp..kalah sangkaya. Harga pun 30baht je. Kalau kat Malaysia dah 7 hinggit.

5) Mango shake
Dekat dengan gerai Yaminlah, korang akan nampak makcik jual shake. Aku memang 2 hari la order mango shake dia. Memang pure mangga ok. Mangga harum manis ke ape dia guna ni. Sedap sangat. Harga 40baht.
6) Kopi Arabus
Kopi ni korang boleh beli dekat Family Mart. Harga 29baht. Hanya ada di Thailand dan rasanya..wallaahhh. Aku siap beli sepuluh cawan bawak balik Malaysia.


7) Segala macam nasi goreng dan makanan2 lain
Pergi la makan kat mana2 pun. Nasi goreng dia memang sedap. Makanan2 lain pun sedap. Semuanya menyelerakan.






Kesimpulan aku boleh bagi untuk trip ni. Bestttt..terutamanya bab makan. Insyallah, ada rezeki nak repeat lagi.

2 comments:

  1. banyak complaint dari enjoy ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..dari segi aktiviti memang tak enjoy sangat, tapi bab makan memang best.

      Delete