Untuk cycle bulan November ni, aku tengah berusaha untuk TTC. Syukur husband sangat supportive. Tapi yang sedihnya bila satu hari tu dia cakap DIA NAK BABY...waaaahhhhhhhhhhh...menangis dalam hati aku.
Ya Allah, jika terbaik bagi kami, kau kurniakan lah zuriat yang Soleh dan Solehah kepada kami. Jika sebaliknya, kami redha dengan ketentuanMu.
Tu lah doa di setiap solat aku.
Macam2 usaha dah buat, diet, makan ubat, jumpa doktor, exercise. Tapi rezeki belum ada lagi. Tapi aku tak sedih sangat kalau aku sorang saja yang mengharap, tapi bila suami pun dah mula mengharap...sedih sangat pulak rasanya.
Ok, kita tangguhkan dulu mood sedih. Stress tak baik untuk conceive ok.
Sekarang nak cerita tentang TTC plak. Bagi yang berusaha tiap cycle, korang pasti dah mula pandai nak agak waktu subur. Macam2 cara kita boleh tahu waktu subur kita. Commonnya, adalah dengan mengira sendiri tarikh subur. Tapi ini terpakai pada orang yang ada cycle period yang tetap. Macam aku sendiri, period memang tak tentu. Walaupun period setiap bulan, tapi cycle nya kadang2 31 hari, kadang 33 hari ada juga 38, 40 dan macam2 la. So memang susah kalau aku nak calculate waktu subur aku sendiri.
Kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan OPK. OPK ni rupanya macam UPT juga. Test menggunakan air kencing ini boleh dibuat bermula jam 11 pagi sehingga la 7 malam. Bagi yang ada problem period yang tak teratur, sebaiknya habis saja period, terus start guna OPK sampai la jumpa waktu subur. Sebanyak 2 cycle aku guna OPK, masalah yang aku hadapi adalah, aku tak jumpa2 waktu subur aku. Aku tak sure sama ada memang aku tak subur ke dalam 2 cycle tu. Kalau tak subur, buat macam mana pun memang tak akan pregnant la.
Kaedah dengan BBT pulak menggunakan termometer untuk tengok suhu badan. Kena ambil suhu badan mulai dari hari pertama period sehingga period seterusnya muncul. Kiraan hari pertama period adalah bila ada flow period, bukannya spoting. Suhu pula perlu diambil diambil pagi, sejurus bangun tido. Sebelum bangun dari katil tu, perkara pertama kena buat adalah ambil suhu dulu. Aku tak amalkan lagi kaedah ni sebab aku ada masalah mamai di pagi hari....hahahah.
Kaedah yang tak payah gunakan duit langsung pun ada. Iaitu tengok pada perubahan diri kau sendiri. Setiap orang berbeza2 perubahan diri ketika waktu subur. Benda yang aku suka perhatikan ketika waktu subur adalah cervical mucus. (maksud dia kena google sendiri ye sebab aku segan nak terangkan...hihi). Pada waktu subur, cervical mucus akan menjadi jernih dan rupanya seakan2 putih telur yang mentah. Allah memang jadikan cervical mucus tu berbentuk macam tu ketika waktu subur kerana tekstur mucus tu dapat membantu sperm untuk bermarathon berjumpa dengan ovumnya...haha.
Bagi yang tengah conceive, kekerapan bersama pun adalah penting. Lagi2 pulak bagi yang susah nak lekat. Ikutkan kata doktor aku dulu, dalam waktu subur kena bersama selang sehari. Ia untuk meninggikan chance pregnant sebab sperm sentiasa je ada dalam badan isteri. Tapi sebenarnya kalau sperm suami tak ada masalah, sperm tu sendiri boleh hidup dalam badan isteri selama 7 hari. Jadi sebelum sampai tempoh 7 hari tu sila la topup sperm anda.
Itu sahaja ilmu untuk dikongsi pada post ni. Aku pun masih belajar ilmu2 membuat anak ni.
p.s.: Sebenarnya, bila aku berkawan dengan ramai wanita2 luar, yang anak dia dah tak terbilang ramainya, ramai sebenarnya tak tahu pun tentang ilmu2 buat anak ni. Tak tahu pun kira waktu subur, tanda2 subur sebab mungkin tak ada keperluan bagi mereka nak tahu benda tu. Rezeki Allah la, dorang kena sentuh, terus lekat...hihi. Tapi orang macam aku ni memang kena timba ilmu lebih sikit la, ujian dari Allah =).
No comments:
Post a Comment