My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 30 March 2016

First IUI - Postpone

Hari ni mood sedih.

First sedih sebab usaha buat anak bulan ni tak menjadi. Dan cik P pun muncul tepat pada masanya tanpa delay.

Ok, dah puas sedih, kita move on pulak.

Call LPPKN untuk dapatkan appoinment IUI.

Sedih balik sebab doktor tak available. Disebabkan first day period aku hari khamis, aku ada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin untuk jumpa doktor. Sabtu dan Ahad memang dah out sebab klinik pun tak bukak. Jumaat and Isnin pulak doktor tak available. Makanya tak dapat la aku nak beriui untuk cycle ni. Sedih, nangis guling-guling sikit.

Ok, bangun dari berguling, move on balik.

Tunggu next cycle untuk buat appoinment.

Kbai.

Thursday, 24 March 2016

2 weeks wait

Tak ada benda nak update sebab sekarang tengah fasa menunggu (2ww). Bagi yang tengah TTC, memang 2ww ni saat2 yang paling tak suka. 

Bagi kawan2 aku yang dalam fasa ni, apa yang korang perlu buat?

1) Perkara pertama yang wajib korang buat - anggap diri sendiri dah pregnant. Maksudnya, semua perbuatan kau kena berhati2. Jangan nak lasak2, melompat2, terkinja2, angkat berat semua. Stop dulu segala aktiviti lasak. Contoh, kalau dah biasa jogging, stop terus jogging. Tapi takkan tak exercise pulak kan. Gantikan dengan exercise yang lebih ringan, boleh saja nak brisk walk, or swimming.

2) Jangan pemakanan. Apa yang orang mengandung pantang makan, kau pun kena pantang. Kurangkan makanan yang pedas2 dan tajam2 dan juga makan2an mentah macam sushi, telur separuh masak.

3) Makan suppliment - boleh makan prenatal multivitamin, asid folik. 
Habbatussauda boleh stop, sebab dia panas. Herba2 panas segala makjun makyong semua stop dlu.

4) Berdoa banyak2. Kalau ada rezeki kau, Alhamdulillah. Kalau tak ada, boleh cuba lagi. Insyallah.

Tuesday, 15 March 2016

First Appoinment With Dr Hamizah - LPPKN

Alhamdulillah, hari yang ditunggu telah tiba. Dekat 2 bulan pending nak jumpa doktor, akhirnya sampai jugak harinya. Aku sampai LPPKN sekitar jam 9 pagi. Ambil no giliran, dan tunggu lebih kurang 1 jam sebelum jumpa doktor. Masa ni dah bagi siap2 result HSG. Nurse doktor pesan siap2 suruh ke toilet, in case doktor nak scan.

Bila sampai turn aku, aku dan suami pun masuk ke bilik doktor. Doktor bacakan semua result test. Untuk suami sperm test dan Ujian darah. Untuk aku ujian darah (tahap kesuburan) dan HSG. Untuk suami memang tak ada masalah, kuantiti dan kualiti sperm semua ok. Jadi masalahnya mesti la aku, untuk HSG, Alhamdulillah, tak ade tiub yang block. Tapi dari segi ovulation yang problem. Maksudnya tak subur la tu.

Bila doktor tengok rekod2 lepas, doktor terus advice untuk buat IUI. Doktor kata tak payah la nak buat cara natural lagi, dah try dekat 5 tahun pun, memang susah nak lekat. Makanya, untuk proceed IUI, aku kena tunggu next period untuk set appointment dan dapatkan ubat-ubat.

Sebelum settle, doktor minta buat scan dulu. Walaupun aku dah cakap aku ada PCOS, doktor nak tengok sendiri. Bila scan memang nampak telur2 kecil dekat ovari kanan aku. Bila scan belah kiri, aku terkujat jugak la, sebab ada 1 telur besar. Rupanya aku tengah subur. Wah wah wah, mmg happy rasa nak melompat la masa tu. Doktor terus advice untuk bersama selang sehari. Mana tau ada rezeki kali ni.

Selesai scan, doktor ajak menyembang pulak. Bukan cerita pasal TTC, cerita masalah negara, masalah politik. Maka aku and suami layan kan je la. Maybe doktor bosan asik layan orang berTTC je..kui kui kui.

Selesai jumpa doktor, terus tunggu untuk payment. Macam tak percaya aku, kos untuk consultation dan scanning tu hanya RM10. Memang tak dapat la harga tu kalau kau pergi hospital swasta.

Next step, tunggi next period. Semoga perjalanan TTC aku berjalan lancar. Amin.

Thursday, 10 March 2016

Menjejak Bohey Dulang

Macam mana tah aku boleh tahu pasal bohey dulang ni...(1 minit kemudian..literally, aku cuba mengimbau balik dalam masa seminit sebelum sambung menulis) ooo..dah ingat, masa tu kawan aku post dekat FB gambar dia dekat bohey dulang. Terus aku jatuh cinta dan hati melonjak2 nak pergi. Rupanya bohey dulang kat Malaysia je. Kat Sabah nun. Aku ni je jahil geografi.

Memang target aku, 2016 aku nak pergi bohey dulang. Alang2 dah sampai semporna tu, aku terus plan nak diving sekali, rugi la kan kalau tak pulun habis2. Cari kawan2 yang berminat. Ada sorang je kawan aku yang nak join. Arghh..lantak la, berdua pun berdua la. Bukan jauh pun, dalam Malaysia jugak. Kebetulan MAS buat promo, jadi kami dengan segeranya beli tiket ke Tawau.

Harga tiket masa ni lebih kurang RM360 pergi dan balik. Ok la, include luggage makan semua dah. Tapi nak jadi cerita, trip yang sepatutnya 4 hari je, kitorang tambah lagi jadi 6 hari. Gila excited kitorang. Terus beli tiket balik baru. Mahal sikit la sebab dah tak promo. Tiket baru yang kami beli (balik saja), RM250. Ni semua sebab nak jalan puas2 dekat pulau-pulau yang ada dekat semporna.

Bab nak mencari bot yang sudi bawak kami pergi bohey dulang ni agak sukar skit sebab kami berdua je. Kebanyakan pakej nak sekurang2nya 5 orang. Tak boleh jadi. Apa cara sekali pun, aku kena sampai bohey dulang. Cari punya cari, memang rezeki kitorang la, aku jumpa satu page dekat FB. Kebetulan officemate aku orang semporna, dia bagi satu no contact person jugak. Rupanya orang yang sama dalam FB yang aku jumpa tu. Nama orangnya abg helmi. Memang sangat2 baik orangnya.

Aku berhubung dengan abg helmi ni melalui whatsapp je. Tapi cara dia layan kau, memang macam kawan. Even kau nak survey trip lain pun, terus tak jadi sebab abg ni sangat baik. Tanya la berapa banyak soalan pun, mesti dia layan. Kalau dia atau aku tak paham, dia terus call.

Percaya atau tak, pakej untuk kami sepanjang 6 hari, termasuk stay di homestay (rumah abg helmi sendiri), makan, minum (kakak aka wife abg helmi masakkan), sewa boat, peralatan snorkeling dan diving, total hanya RM1000. Sangat2 murah. Detail aktiviti sepanjang di Semporna macam cerita kat bawah ye.

Hari Pertama - Day Trip ke Pulau Mataking

Sepatutnya first trip kami ke Bohey Dulang, tapi disebabkan hujan, kami terus tukar plan ke Pulau Mataking. Dalam hati berdoa supaya esok tak hujan dan boleh naik Bohey Dulang.

Perjalanan menaiki bot ke Pulau Mataking ambil masa dalam 1 jam lebih. Agak jauh sebab pulau ni dah dekat hujung Malaysia, depan je sikit dah masuk Filipina. Ada 1 je resort dalam ni. Jadi kami ambil pakej yang boleh guna fasiliti dalam resort. Nak makan ke, tumpang toilet, nak mandi semua dah senang. Harga pakej RM200.





Keunikan Pulau Mataking adalah disebabkan ada 2 pulau yang terpisah kalau air pasang. Kalau air tengah surut, kau boleh jalan ke Pulau Mataking kecil.

Nampak tak pulau kecik tu, tu la mataking kecil. Kami jalan je ke sana. Menjelang petang, laluan ni dah tertutup.

Bab air laut yang jernih, biru dan kehijauan tu tak yah cakap lagi la. Memang tak berkelip mata kau.




Tengok, air dah mula pasang, laluan ke mataking kecil pun dah nak hilang. Lupa pulak nak kenalkan, ni Jerry dan Jus, kawan baru kami. Sama2 join dengan pakej abg helmi.

 
Dah puas pusing pulau, kami snorkeling pulak. Dekat pantai pun dah penuh coral dan ikan2.




On the way balik, kami singgah di Pulau Pandanan. Tak ada apa pun disini, pulau kecil yang ada markas tentera. Sebelum masuk kena mintak izin dulu, kang tak pasal kena tembak.

 Dekat belakang tu Pulau Mataking


Hari Kedua - Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan.

Hari ni kami concur 3 pulau terus. First ke bohey dulang dimana korang kena hike dulu untuk menikmati keindahan bohey dulang. Jarak perjalan sejauh 600meter. Bagi yang tak pernah hiking, memang akan mengalami penyesalan dan kesengsaraan...hahaha. Tapi, jangan risau, penyesalan tersebut akan digantikan dengan kegembiraan bila sampai ke puncak.

Jeti Bohey Dulang



Pemandangan di Puncak



Selesai hiking, sambung snorkeling di Pulau Mantabuan dan Sibuan. Ikan2 dekat semporna ni memang mesra la..hihi






Hari Ketiga - Diving di Mabul dan Kapalai

Mabul dan Kapalai ni rasanya memang dah sangat popular dekat semporna ni. Dekat sini memang sesuai untuk diving. Untuk snorkeling agak kurang sesuai. Disebabkan last aku diving bulan 7 tahun lepas, memang berdebar2 aku nak terjun laut kali ni. Tapi Alhamdulillah, everything went well dan memori terindah tercipta di sini. Cewah.


Mabul













 Terima kasih kepada Dive Master, Mizi, yang melayan kerenah kami


Sebelum balik ke KL semula, wajib la singgah di Pekan Tawau, shopping.


So apa lagi, yang tak sampai Semporna lagi, jom ke sana. Memang berbaloi-baloi. Kalau nak dapatkan service abg helmi, boleh whatsapp or call dekat no 011-3647 8252.

Tuesday, 1 March 2016

My First Cycling Event

Alhamdulillah akhirnya aku dah mula terjebak kepada aktiviti sihat yang baru. Kalau sebelum ni aku sibuk bermarathon, sekarang aku kena pilih aktiviti yang lebih sesuai untuk lutut aku. Memandangkan en laki aku pun memang minat nak berbasikal, aku pun join sama.

Kebetulan sempena Hari Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan menganjurkan event fun ride. Lagi pulak pendaftaran untuk event ni adalah free, aku dengan suka hati mendaftarkan diri. Basikal memang dah sedia ada bertukun dekat rumah, jadi dah sampai masanya aku rasmikan basikal tu...huhu.


Maka, pada hari kejadian, lepas saja solat subuh, kami pun cepat2 bersiap ke Istana Kehakiman putrajaya. Nasib baik kami tinggal di putrajaya, tak payah nak kelam kabut. Sepatutnya pukul 7 dah start event, tapi aku tengok masih ramai yang baru sampai, siap setting2 basikal lagi. Maka takde la aku kalut sangat. Overall event memang sangat memuaskan. Event yang simple tapi tak menyusahkan peserta. Makanan dan minuman walaupun diletakkan dalam kotak dan letak pulak kat tengah2 jalan, memang sangat memudahkan. Peserta just perlu ambil, tak perlu nak beratur2 bagai.



Untuk event ni, organiser dah asingkan untuk 10km dan 40km event. Harus la aku sebagai first timer amik yang 10km saja. Itu pun dah naik semput...huhuhu. Helmet wajib ye kawan2, untuk keselamatan diri jugak. 

Aktiviti after event pun sangat menarik. Selain daripada sponsor yang hebat (dapat burgerbyte sorang sebijik, milo free, kopi free), ada juga cabutan bertuah dengan hadiah2 yang gila menarik. Grand prize proton saga u'allzz. Malangnya, aku  kurang bertuah, balik rumah bawak peluh je la. Tapi, for sure, next year kalau ada event ni lagi, aku memang akan join.