My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday 10 March 2016

Menjejak Bohey Dulang

Macam mana tah aku boleh tahu pasal bohey dulang ni...(1 minit kemudian..literally, aku cuba mengimbau balik dalam masa seminit sebelum sambung menulis) ooo..dah ingat, masa tu kawan aku post dekat FB gambar dia dekat bohey dulang. Terus aku jatuh cinta dan hati melonjak2 nak pergi. Rupanya bohey dulang kat Malaysia je. Kat Sabah nun. Aku ni je jahil geografi.

Memang target aku, 2016 aku nak pergi bohey dulang. Alang2 dah sampai semporna tu, aku terus plan nak diving sekali, rugi la kan kalau tak pulun habis2. Cari kawan2 yang berminat. Ada sorang je kawan aku yang nak join. Arghh..lantak la, berdua pun berdua la. Bukan jauh pun, dalam Malaysia jugak. Kebetulan MAS buat promo, jadi kami dengan segeranya beli tiket ke Tawau.

Harga tiket masa ni lebih kurang RM360 pergi dan balik. Ok la, include luggage makan semua dah. Tapi nak jadi cerita, trip yang sepatutnya 4 hari je, kitorang tambah lagi jadi 6 hari. Gila excited kitorang. Terus beli tiket balik baru. Mahal sikit la sebab dah tak promo. Tiket baru yang kami beli (balik saja), RM250. Ni semua sebab nak jalan puas2 dekat pulau-pulau yang ada dekat semporna.

Bab nak mencari bot yang sudi bawak kami pergi bohey dulang ni agak sukar skit sebab kami berdua je. Kebanyakan pakej nak sekurang2nya 5 orang. Tak boleh jadi. Apa cara sekali pun, aku kena sampai bohey dulang. Cari punya cari, memang rezeki kitorang la, aku jumpa satu page dekat FB. Kebetulan officemate aku orang semporna, dia bagi satu no contact person jugak. Rupanya orang yang sama dalam FB yang aku jumpa tu. Nama orangnya abg helmi. Memang sangat2 baik orangnya.

Aku berhubung dengan abg helmi ni melalui whatsapp je. Tapi cara dia layan kau, memang macam kawan. Even kau nak survey trip lain pun, terus tak jadi sebab abg ni sangat baik. Tanya la berapa banyak soalan pun, mesti dia layan. Kalau dia atau aku tak paham, dia terus call.

Percaya atau tak, pakej untuk kami sepanjang 6 hari, termasuk stay di homestay (rumah abg helmi sendiri), makan, minum (kakak aka wife abg helmi masakkan), sewa boat, peralatan snorkeling dan diving, total hanya RM1000. Sangat2 murah. Detail aktiviti sepanjang di Semporna macam cerita kat bawah ye.

Hari Pertama - Day Trip ke Pulau Mataking

Sepatutnya first trip kami ke Bohey Dulang, tapi disebabkan hujan, kami terus tukar plan ke Pulau Mataking. Dalam hati berdoa supaya esok tak hujan dan boleh naik Bohey Dulang.

Perjalanan menaiki bot ke Pulau Mataking ambil masa dalam 1 jam lebih. Agak jauh sebab pulau ni dah dekat hujung Malaysia, depan je sikit dah masuk Filipina. Ada 1 je resort dalam ni. Jadi kami ambil pakej yang boleh guna fasiliti dalam resort. Nak makan ke, tumpang toilet, nak mandi semua dah senang. Harga pakej RM200.





Keunikan Pulau Mataking adalah disebabkan ada 2 pulau yang terpisah kalau air pasang. Kalau air tengah surut, kau boleh jalan ke Pulau Mataking kecil.

Nampak tak pulau kecik tu, tu la mataking kecil. Kami jalan je ke sana. Menjelang petang, laluan ni dah tertutup.

Bab air laut yang jernih, biru dan kehijauan tu tak yah cakap lagi la. Memang tak berkelip mata kau.




Tengok, air dah mula pasang, laluan ke mataking kecil pun dah nak hilang. Lupa pulak nak kenalkan, ni Jerry dan Jus, kawan baru kami. Sama2 join dengan pakej abg helmi.

 
Dah puas pusing pulau, kami snorkeling pulak. Dekat pantai pun dah penuh coral dan ikan2.




On the way balik, kami singgah di Pulau Pandanan. Tak ada apa pun disini, pulau kecil yang ada markas tentera. Sebelum masuk kena mintak izin dulu, kang tak pasal kena tembak.

 Dekat belakang tu Pulau Mataking


Hari Kedua - Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan.

Hari ni kami concur 3 pulau terus. First ke bohey dulang dimana korang kena hike dulu untuk menikmati keindahan bohey dulang. Jarak perjalan sejauh 600meter. Bagi yang tak pernah hiking, memang akan mengalami penyesalan dan kesengsaraan...hahaha. Tapi, jangan risau, penyesalan tersebut akan digantikan dengan kegembiraan bila sampai ke puncak.

Jeti Bohey Dulang



Pemandangan di Puncak



Selesai hiking, sambung snorkeling di Pulau Mantabuan dan Sibuan. Ikan2 dekat semporna ni memang mesra la..hihi






Hari Ketiga - Diving di Mabul dan Kapalai

Mabul dan Kapalai ni rasanya memang dah sangat popular dekat semporna ni. Dekat sini memang sesuai untuk diving. Untuk snorkeling agak kurang sesuai. Disebabkan last aku diving bulan 7 tahun lepas, memang berdebar2 aku nak terjun laut kali ni. Tapi Alhamdulillah, everything went well dan memori terindah tercipta di sini. Cewah.


Mabul













 Terima kasih kepada Dive Master, Mizi, yang melayan kerenah kami


Sebelum balik ke KL semula, wajib la singgah di Pekan Tawau, shopping.


So apa lagi, yang tak sampai Semporna lagi, jom ke sana. Memang berbaloi-baloi. Kalau nak dapatkan service abg helmi, boleh whatsapp or call dekat no 011-3647 8252.

No comments:

Post a Comment