Alhamdulillah akhirnya aku dah mula terjebak kepada aktiviti sihat yang baru. Kalau sebelum ni aku sibuk bermarathon, sekarang aku kena pilih aktiviti yang lebih sesuai untuk lutut aku. Memandangkan en laki aku pun memang minat nak berbasikal, aku pun join sama.
Kebetulan sempena Hari Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan menganjurkan event fun ride. Lagi pulak pendaftaran untuk event ni adalah free, aku dengan suka hati mendaftarkan diri. Basikal memang dah sedia ada bertukun dekat rumah, jadi dah sampai masanya aku rasmikan basikal tu...huhu.
Maka, pada hari kejadian, lepas saja solat subuh, kami pun cepat2 bersiap ke Istana Kehakiman putrajaya. Nasib baik kami tinggal di putrajaya, tak payah nak kelam kabut. Sepatutnya pukul 7 dah start event, tapi aku tengok masih ramai yang baru sampai, siap setting2 basikal lagi. Maka takde la aku kalut sangat. Overall event memang sangat memuaskan. Event yang simple tapi tak menyusahkan peserta. Makanan dan minuman walaupun diletakkan dalam kotak dan letak pulak kat tengah2 jalan, memang sangat memudahkan. Peserta just perlu ambil, tak perlu nak beratur2 bagai.
Untuk event ni, organiser dah asingkan untuk 10km dan 40km event. Harus la aku sebagai first timer amik yang 10km saja. Itu pun dah naik semput...huhuhu. Helmet wajib ye kawan2, untuk keselamatan diri jugak.
Aktiviti after event pun sangat menarik. Selain daripada sponsor yang hebat (dapat burgerbyte sorang sebijik, milo free, kopi free), ada juga cabutan bertuah dengan hadiah2 yang gila menarik. Grand prize proton saga u'allzz. Malangnya, aku kurang bertuah, balik rumah bawak peluh je la. Tapi, for sure, next year kalau ada event ni lagi, aku memang akan join.
No comments:
Post a Comment