My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 12 November 2014

Aku dan Exercise - Siri Putrajaya dengan Heart Rate Monitor Watch Baru

Dalam sibuk-sibuk bekerja, jalan lupa nak bersenam ye. Cuba luangkan masa kau sikit untuk bersenam. Bukan untuk sapa pun, untuk diri sendiri. Aku selalunya akan ada cara untuk aku sendiri bagi semangat nak bersenam. Macam contoh, aku akan ubah tempat-tempat nak exercise, sekarang aku dah syok berlari dekat Putrajaya. Bukan lari siang2, lari malam, dalam pukul 8 ke 830. Aku akan berlari dari Masjid Putra sampai la ke Palace of Justice (POJ), lepas tu patah balik. Total dalam 4km. Memang syok lari mlm sebab sejuk je. Buat masa ni, 4km je yg termampu, mungkin masuk sebulan berlari, boleh pulun 10km pulak kot. Cuma bahaya lari malam ni, kena lebih berhati2 sebab jalan gelap, macam2 kemungkinan boleh terjadi walaupun mmg ramai yg berlari malam2 buta tu. Kalau boleh kena la berkawan.

Lagi satu cara aku nk motivate diri aku sendiri, aku beli Heart Rate Monitor Watch, benda ni poyo je lebih, tapi biar la poyo janji aku lari. Aku memang cari yang murah2 je tapi function cukup. Aku memang cari yang ada function step count, distance, calories burn dan kiraan HR. Kos dalam RM160. Ok la, kalau brand Garmin or Polar boleh cecah dalam RM500 - RM1000. Tunggu aku dah jadi athlete nanti aku beli satu. Kalau nak boleh search dekat FB Fit67.







 Dalam bersenam hati kena happy, jangan stress2 ye.

Selain berjogging malam2, aku juga swim. Kiranya aku dah ada jadual exercise aku. Biasanya selasa dan khamis petang aku akan swimming. Isnin, Rabu or Jumaat malam aku akan jogging (bergantung pada cuaca memandangkan sekarang musim hujan). Siapa yang nak join digalakkan sangat2.

Dari segi pemakanan, aku dah tak follow sangat atkins. Tapi aku masih hadkan pengambilan nasi dan sumber carbs lain. Aku akan amik nasi dalam 1- 2 minggu sekali. Masih banyakkan minum air/teh hijau dan sayuran hijau. Berat sekarang masih statik sebab aku tak serius berdiet, cuma control pemakanan je.






No comments:

Post a Comment