Daripada Abu Dzar r.a, Rasulullah SAW bersabda : "Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh melakukan kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha."
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Bagi yang berTTC aku sarankan korang untuk tingkatkan amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, solat di waktu malam, bersedekah dan salah satunya lagi solat dhuha. Bagi yang suri rumah, rasanya tiada masalah bagi anda untuk luangkan masa untuk menunaikan solat ini. Paling lama pun masa yang diambil dalam 10-15 minit, bergantung kepada anda juga. Bagi yang bekerja, curi masa sedikit, tapi kalau boleh minta la keizinan dari bos utk ambil masa 5 ke 10 minit utk solat dhuha. Solat dhuha kalau tak silap aku boleh ditunaikan 30minit selepas waktu syuruk. Jadi rajin2 la tengok waktu solat.
Semoga dengan amalan sunat ini terutama solat dhuha ni, dapat memurahkan rezeki kita terutama rezeki anak bagi yang sedang berTTC. Dgn siapa lagi kita nak meminta kan?
Solat dhuha dilaksanakan sebanyak 2 rakaat setiap satu salam. Kalau berkelapangan buat la lebih dari 2 rakaat. Banyak cara-cara solat dhuha yang korang boleh google saja. Yang aku nak fokuskan lah, adalah pada doa di akhir solat tu. Sangat meruntun jiwa. Terasa diri sangat kerdil. Semoga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur. Amin.
Untuk lebih tahu sila klik

No comments:
Post a Comment