Hari n nak share resepi paling senang. Resepi ayam panggang sos nandos. Memandangkan kat rumah aku ada lagi sos nandos yang aku tak lalu nak makan kalau makan macam tu je. Sos tu aku guna perap ayam. Tambah sikit lada hitam. Then bakar dalam oven dalam suhu 180'c selama 35 minit. Kemudian dah boleh makan. Tadaa.
Sometimes people around you won't understand your journey. They don't need to, it's not for them.
My Atkins and TTC Journey
Monday, 26 January 2015
Sunday, 25 January 2015
Aku dan Exercise - 100 Plus Outrunner
Salam 1exercise...hihi..hari sabtu hari tu, 24 Januari 2015, merupakan event pertama aku untuk tahun 2015. Sebabkan dia yang pertama, so aku register for 9km je la, kang muntah hijau tak pasal. Tapi aku bukan main serbu je ye, seminggu sebelum event aku dah training siap2. Jogging for 5km and swimming. Ada beza ke kalau kau training sebelumnya? Jangan tak tau, memang berbeza hokey. Kalau nak pastikan korang tak pancit masa hari kejadiaan, silala training siap2. Bukan nak training kasi laju pun, cuma nak tingkatkan stamina so kita tak termengah2 bila lari nanti, juga nak kurangkan injury. Lepas lari 9km tu memang tak rasa sakit kaki pun.
Jom cerita pasal larian. Ikutkan jadual, gath time adalah pukul 6, flag off jam 8 malam. Disebabkan rumah aku sekangkang kera je dengan tempat kejadian, lepas magrib baru aku gerak dari rumah. Pukul 730 dah gerak, pukul 740 dah sampai tempat parking. Hari ni aku bertemankan amal, dia awal2 dah menyesal register masuk..haha..nasib kau la amal. Manusia memang ramai la kan, sebab dalam event ni ada 3 kategori, 6km, 9.3km dan 12km. Macam biasa 12km lepas dulu, 9km lepas dalam pukul 815pm.
Permulaan larian memang agak sesak dan berpusu2. Aku berjaya jugak la maintan first 3km, bila dah hampir2 putus nyawa, ternampak bayang2 water station, fuh, naik semangat balik. Dapat secawan 100plus dengan air mineral, sambung lari balik. Tapi dah agak slow la, dan ada kadang2 aku just jalan sebab dah mula semput. Tapi tak boleh jalan lama, dalam 1 ke 2 minit jalan, aku lari balik. Ada 3 water station sepanjang jalan. Yang mana sangat baik la, tapi tak baik bagi aku di mana aku nak terkencing masa tengah lari. Kot peluh tak keluar banyak kot.
Untuk 9km run tu aku manage untuk lari dalam masa 1jam 19min. Kira pencapaian terhebat aku sejak mula berjinak2 nak berlari ni. Aku rasa sebab training yang kerap sangat banyak membantu. Sebelum ni aku main redah je. Tapi memang kena tambah training lagi, sebab masih banyak ruang nak improve. Contoh untuk larian ni, average pace aku adalah 9min/km. Aku target untuk dapat 7min/km. Mungkin next run aku boleh tambah baik.
Sampai ke finish line, rasa nak menjerit kegembiraan, tapi kang orang kata aku tak senonoh pulak. Aku berjaya dapat ranking 541 untuk 9km female run dan 1471 untuk overall. Ok la tu. Dah dapat medal, pisang, air mineral semua, terus duduk melepek tunggu amal. Line pulak masa ni suck gile, mungkin sebab ramai sangat manusia. Nak call amal tanya kat mana pun tak dapat. Overall, larian kali ni was a great experience for me. Mana sangka aku boleh lari 9km. Mula2 start lari, aku mulakan dengan 3km, then 5km lepas tu 7km. Masa zaman DPA dlu, lari 2.5km pun rasa nak muntah. Hati kena kental, mental kena kuat, semangat kena tinggi. Itu je resepi aku. Ikut hati memang sedap lagi la tidur kat rumah kan?
Next run aku 8hb feb ni, KL City Run 10km run. Wish me all the best. And good luck to all of you too.
Wednesday, 21 January 2015
Aku dan TTC - selepas 4 bulan keguguran
Bagi yang follow blog aku (bajet ada orang yang follow..puii)..korang mungkin perasan dah lama aku tak update pasal cerita TTC aku. Kalau yang tahu, tahun lepas aku keguguran setelah hampir 3 tahun mencuba. 3 tahun tu dah satu penantian yang sangat memeritkan, keguguran tu pulak penambah segala keperitan. Lebih kurang tu la perasaan aku dalam waktu ni.
Lagi pulak lepas keguguran, period aku jadi tak betul semula, dalam tempoh 4 bulan, baru sekali je period. Jadi mood nak berTTC tu dah hilang sebab susah nak tentukan waktu subur. Jadi buat masa ni, aku cuba kurangkan fokus aku pada TTC, tapi tak la bermaksud aku abaikan kesihatan aku. Aku masih terus berdiet, masih lagi bersenam, jaga makan, dan makan suppliment yang sepatutnya. Cuma fokus aku dah tidak ke arah untuk TTC. Sekarang aku banyak luangkan masa aku untuk bersenam, spend masa dengan family dan kawan2.
Jadi post2 aku selepas ini akan banyak tentang cerita aku join marathon, hiking, pergi jalan2 dan sebagainya. Tapi bagi yang nak bertanya pasal TTC boleh je tanya aku. Tunggu kan post aku tentang next event iaitu 100 plus run dengan trip aku ke USS. Pasal USS aku nak share cara2 nak melancong dengan jimat cermat. Bila sampai masanya nanti dan aku dah bersedia fizikal dan mental, aku akan fokus balik pada TTC aku. For that, good day to everyone and adios muchachos.
Sahabat sejati sehidup semati
Post kali ini khas aku tujukan buat sahabat-sahabat tercinta.
Kalau korang pernah dengar 'kawan yang terbaik adalah kawan yang ada ketika kau senang dan juga ketika kau susah'. Ungkapan ni sesuai untuk kawan-kawan aku, yang aku kenal sejak di bangku sekolah.
Kami kenal dah lama. Rasanya dah hampir 20 tahun. Dalam gang aku kami ada berenam (sebenarnya berlapan). Qila, Maz, Iqah, Fiza dan Faz. Iqah dah Fiza aku kenal seawal darjah 1, qila pulak masa di darjah 6 dan maz dan faz di tingkatan 1. Bila persahabatan bermula seawal kanak-kanak, hubungan persahabatan tu tiada maksud lain melainkan sebuah keikhlasan. Bila kau dah dewasa, selalunya persahabatan tu tercipta bersebab. Tapi kami tidak, kami bersahabat atas niat yang ikhlas dan suci sebagai seorang kanak-kanak ribena.(jangan nak serius sangat).
Mungkin telah ditakdirkan, walaupun kami pernah berpisah sekejap atas sebab melanjutkan pelajaran, tapi diakhirnya kami bertemu juga. Terima kasih kepada teknologi, dunia tak sebesar mana. Lagipun kami ni lebih kurang, semuanya berjiran (rumah mak bapak la). Bila masing-masing dah kerja, rumah pun masing-masing tak jauh mana. Pusing2 area KL dan Selangor juga.
Dulu masa zaman sekolah, kami berenam berlapan memang jarang berpisah. Tak jumpa kat kelas, jumpa masa sukan, tak jumpa kat sekolah jumpa kat rumah. Melepak di rumah salah seorang tu satu kemestian. Aku ingat lagi dulu kami selalu melepak di rumah nenek iqah. Sebab nya depan rumah dia ada buaian. Sebelum pergi sekolah, kami berkumpul dulu dan pergi sekolah sama-sama. Hari jumaat pulak, kami duduk dekat buaian sambil usha mamat-mamat asrama pergi solat jumaat (ni tak senonoh). Bila ada masa lapang, kami keluar berjalan, naik bas, kadang-kadang ajak budak lelaki join sama (budak lelaki ni pun bergang). Tapi moment macam ni yang buat kami tergelak2 sampai sekarang. Buat kisah persahabatan kami makin indah. Ingat tak korang lagi, cerita kita di Kelantan...hahaha..ok, fullstop. (nanti faz marah).
Disepanjang perjalanan persahabatan kami, kami ketawa bersama, kami menangis bersama. Aku masih ingat masa arwah ayah aku meninggal, mereka lah antara yang pertama sampai di rumah, memberi sokongan moral. Alhamdulillah, kawan2 aku ni semuanya baik2 belaka. Agaknya sebab tu parent kami tak halang kami untuk berkawan.
Atas request dari member2 aku ni, aku nak cerita pengalaman aku dengan setiap seorang dari korang. Paling banyak cerita adalah pasal percintaan korang zaman kat sekolah, tapi sebab korang ramainya dah kawin, dan menghormati hati pasangan korang, kita gosip bab cintan cintun ni dalam whatapp la..hahaa
Iqah

Seingat aku, iqah orang pertama yang aku kenal dalam group ni. Tapi aku tak boleh nak ingat bila, sama ada kenal masa dekat tadika or masa darjah satu? Kau ingat qah bile kita first time jumpa? Iqah ni tutur kata dia lembut sangat, dalam group ni, dia la yang paling sopan. Seingat aku kami dalam satu kelas yang sama sejak darjah 1 sampai la darjah 6. Then bila masuk ke sekolah menengah, dah berpisah kelas, tapi masih di sekolah yang sama. Dulu rumah iqah kat sri segambut kan? Sebab aku macam ingat kita selalu naik basikal, kemain jauh lagi sampai ke sana. Tapi kenapa aku rasa macam aku tak pernah sampai rumah iqah? Memory aku sampai dekat rumah nenek iqah je. Masa ni memang syok lepak rumah iqah sebab ada ramai orang, ada sepupu-sepupu dan adik2 iqah. Kalau jumpa dorang sekarang, dah besar2 panjang dah. Terasa aku dah tua.
Fiza
Fiza pun antara yang terawal aku kenal. Lagi satu mak aku dan mak dia pun kenal. Rumah fiza jugak antara rumah aku rajin lepak. Dah kenapa aku suka lepak rumah orang? Aku ingat dulu layan tengok tv dekat rumah fiza lepas habis sekolah. Tgk MTV je pun, masa ni rasa dah hebat sangat la. Aku paling suka kalau masuk bilik Fiza, kemas gila, lepas tu kat meja make up dia penuh dengan barang2 pemutihan. Ok, fiza obses nak putih, dia tak tau kulit dia dah cun dah, dah la licin takde jerawat. Disebabkan aku sangat suka lepak rumah si Fiza ni, penah satu kali mak aku tak kasi masuk rumah tau sebab lepak lama sangat rumah kau. Sejak hari tu aku insaf skit la.
Faz
Faz aka kiki. (kiki ni nama baru...yo la kiki). Faz aku kenal masa form 1. Kenal sebab kami satu kelas. Kebetulan mak aku jugak dulu officemate arwah ayah nak mak faz. Kau nak tau, minah paling ganas, minah ni la, tapi dia jugak la minah paling cepat sentap. Faz popular dengan lelahnya, tiap masa akan guna inhaler. Aku ingat dulu kita penah berlari sebab nampak orang gila jalan bogel depan sekolah. Aku terbayangkan faz berlari dengan penatnya lepas tu sedut inhaler. Betul ke yang aku ingat tu? Sebab dulu kalau nak balik dari sekolah, aku, iqah, qila and faz akan balik dalam satu arah. Sampai rumah iqah, faz masuk simpang kanan, aku ngan qila jalan terus sampai simpang rumah qila. Fiza ngan maz awal dah lencong depan sekolah. Apa lagi yang si Faz ni popular? Tisu? Sapu tangan? Tapi ni masa zaman hingusan la, sekarang dah international. Tak pakai tu semua.
Qila
Qila pulak aku kenal masa darjah 6, qila dari kelas lain masuk kelas aku. Masa ni tak rapat sangat pun. Tapi bila form 1, kami satu kelas, so dah mula melekat la. Qila dulu sangat popular dengan rambutnya. Sampai sedara mara aku kalau cakap pasal qila, qila yang rambut kembang tu ke? Rumah qila pun salah satu tempat lepak. Dulu sebelum rumah qila renovate, kat dekat rumah ada balkoni, siap susun kerusi. So kitorang memang suka melepak kat situ. Lagi pun rumah qila sunyi je, syok kitorang nak sembang sambil gelak kuat nak mampus. Rasanya jiran2 memang tak puas hati la dengan kitorang. Masa qila form 1, badan dia agak chubby, tapi aku ingat dia diet gile2, sampai kurus dan slim sampai semua mamat2 kat sekolah tu syok kat dia. Yang hebatnya qila boleh maintain sampai sekarang. Sampai ke universiti pun, kami belajar ni U yang sama. So, memang tak terpisah la.
Maz
Ok, cerita dengan maz kena last sebab sejarah dia dengan aku paling panjang. Dari form 1 sampai la sekarang, macam kena curse plak..haha. Mula2 tu maz dah ada gang sendiri pun, gang ngan budak sekolah segambut kan? Lagipun maz baru pindah rumah kat kawasan tu, so kira budak perempuan baru yang hot la kat kawasan tu. Rasa nya cerita maz pindah kat kawasan tu memang popular. Semua kata ada awek cun baru pindah kat seri delima (lagi plak adik beradik maz semua gadis2 yang cun)..haha..so kitorang selaku senior kawasan rasa jeles la...haha. Tapi aku kot yang bawakkan maz dalam group ni. Mungkin sebab masa tu kami sama2 pengawas, so aku yang mula2 rapat ngan maz. Masuk form 4, kitorang sambung plak belajar dekat mrsm mersing. Sama2 pulak, siap jadi roomate untuk setahun. Lepas tu terpisah kejap masa matrik tapi jumpa balik masa degree. Masa ni jadi housemate plak. Gila tak boleh dipisahkan.

Bila dah dewasa, masing-masing dah punya keluarga sendiri, tak menjadi halangan untuk kami terus berhubung. Whatapp, facebook semua ada. Bukan satu masalah. Tak ada alasan juga untuk korang tak berhubung dengan kawan2 lama. Walau pun masing-masing sibuk dengan urusan masing2, kami pasti luangkan sedikit masa untuk bersama. Kalau kami punya masalah, muka-muka ni lah tempat mengadu.
Aku doakan korang semua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kemudahan di dunia dan di akhirat. Aku sayang korang dari dulu, kini dan selamanya.
"Graduation (Friends Forever)"
And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excited and we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever
So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels
Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us around?
Will these memories fade when I leave this town

Monday, 5 January 2015
Bagaimana Diet dengan Cara Atkins - Aku tau azam tahun baru korang nak kurus kan?
Assalamualaikum semua. Dah masuk 6 hari kita di tahun 2015. Yang berazam nak kuruskan badan tu, macam ne? Dah start ke belum, ke masih merangka pelan diet sambil makan burger bakar bersulamkan diet coke? Apa kata lepas habis burger tu, sambung makan ice cream dengan brownies plak. Ceh, gile sarcasm aku. Sabar2, jangan terasa lak sebab aku pun dulu macam tu. Tapi kalau tiap hari pun korang berangan korang kurus di hujung tahun 2015 nanti sambil mulut korang terus mengunyap, memang sampai 2050 la badan kau membuntal.
Sekarang, sila buang semua barang2 makanan korang tu. dan ikut tips aku ni. Bagi yang single, aku tak nampak masalah korang kalau nak buat atkins ni. Bagi yang berkeluarga, tambah2 kau perempuan, agak susah sebab kau nak masak untuk family kau lagi. Tapi, kau cuba fikirkan yang kau nak kurus sebab apa? cuba bayangkan kau dah capai benda tu. Kau cuba bayangkan badan kau sekarang dah level victoria secret punya model. pergh...idaman ramai kot. Contoh macam aku, aku nak kurus sebab aku nak pregnant. So aku bayangkan aku tengah pregnant sambil usap2 perut aku...haha.
So, bagaimana nak mulakan diet korang?
1. Sila kosongkan peti ais korang. Buang makanan2 yang memang kau yakin tak membantu kau untuk kurus. Terutamanya macam benda2 manis, air jus, air kotak. Buang aku tu bukan la bermaksud masuk dalam tong sampah, suruh la anak2 kau habiskan ke, bagi kat jiran ke.
Ni encik suami la topup air sedap dalam peti ais..arghh..stress..nasib aku tak terkesan..haha
Kemudian bersihkan pulak barang masakkan kau dekat dapur. Sila habiskan sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram, sos bbq. Gula pula, tinggalkan separuh bekas je utk kegunaan emergency kalau tiba2 ada orang datang umah kau. Kang nak buat air pakai apa pulak. Senang, kau kunci rumah kau jangan bagi orang datang melawat.
2. Sila explain pada orang terdekat kau terutama suami, anak2, parents, in laws, kawan2 rapat yang kau sekarang tengah diet. Terangkan apa benda yang kau boleh makan, apa yang kau tak boleh makan. Masa ni akan ada mulut2 yang akan mempertikaikan kau. Tapi sila tabahkan hati sebab 3 bulan dari sekarang, dorang akan nampak hasilnya dan dorang pulak akan tanya apa tips nak kurus. Kepada orang luar, kau tak yah explain sgt la, buat bazir air liur je.
3. Check kesihatan korang. Ada darah tinggi tak? gula ok tak? kolestrol?
4. Sila hadam senarai yang kau boleh makan dan apa yang kau tak boleh makan. Dalam atkins memang ada makanan yang kau boleh makan dan yang tak boleh. Kalau korang google, memang banyak list yang korang boleh dapat. Secara ringkasnya senarai makanan yang boleh dan tak boleh:
Tak boleh
Semua yang berunsurkan karbohidrat seperti nasi, beras perang, bihun, mee, laksa, pasta, roti, kentang, tepung dan yang seperti dengannya
Segala jenis gula/manisan - gula pasir, gula-gula, madu, coklat, ice cream dll
Segala jenis sos, kicap
Segala jenis makanan proses - daging burger ramli, nugget
Sayuran yang berkarbohidrat tinggi seperti kentang, ubi dan lobak
Buah-buahan (sebab manis)
Jajan2 memang haram la kan
Boleh makan
Ayam
Ikan
Daging
Udang
Telur
Sayur hijau
Minyak masak
Keju - limit seslice 1 hari
Mayonis (sila pilih kandungan carbs yang paling rendah, advisable jenawa kewpie)
Air kosong/mineral
5. Kalau korang dah decide nak buat atkins, sila hadam pulak tentang atkins. Dalam atkins ada 4 fasa. Fasa paling kritikal adalah fasa 1. Tempohnya dalam 2 minggu sehingga 2 tahun. Jangan lebih dari tu. Dalam fasa satu, limitkan pengambilan carbo sebanyak 20gram sehari. Carbo ini pula datang nya dari sayuran hijau.
6. Beli bahan2 masakan untuk bantu korang diet. Pastikan stok cukup untuk elakkan korang makan benda yang tak sepatutnya bila lapar. Contoh pastikan dalam peti ais korang ada dah ayam sekor, ikan bilis, or paling teruk pun telur. Kalau tiba2 korang lapar, masak je benda2 ni. Salah satu benda yang korang boleh beli adalah gula stevia. Gula ni selamat untuk atkins. Ada yang jenis liquid dan ada juga yang serbuk.
7. Buat pelan pemakanan korang dalam masa seminggu. Jangan skip makan! Pastikan perut korang sentiasa kenyang. Contoh menu yang korang boleh ikut:
Sarapan
Telur hancur 2 biji
Makan tengah hari
Ikan/Ayam goreng
Malam
Ayam bakar
Coleslow
7. Belajar resepi2 atkins. Ada beberapa resepi aku share dalam blog ni. Sila rajin kan jari mencari.
8. Dalam seminggu pertama korang diet, korang akan rasa terseksa. Lidah akan rasa kelat. Cuba bertahan. Selepas seminggu, Insyallah korang akan mula biasakan diri. Sila jauhkan diri dari segala jenis jamuan, ajakan pergi makan kat kedai kalau korang tahu diri korang tak cukup kuat. Tapi kalau korang kuat, tak ada masalah pun, pergi kedai, order la makanan yang korang boleh makan.
9. Banyak kan minum air kosong, 1 liter bagi setiap 25kg berat korang. Tapi jangan lebih dari 4 liter. Tak baik untuk buah pinggang.
10. Timbang berat sebelum mula diet. Lepas 2 minggu, cuba timbang semula. Ada perubahan tak?
Bagi ibu2 yang kena masak untuk keluarga, tak ada masalah pun. Cuba masak senatural boleh, gantikan gula dengan stevia yang aku cakap tadi. kalau rajin, buatla satu lauk khas untuk korang je. Kemudian makanlah bersama-sama dengan keluarga tercinta tapi nasi tu korang buang la jauh2. Ambil bau je dah cukup.
Lebih kurang macam ni la kalau korang nak mulakan misi menurunkan berat badan korang dengan cara atkins. Pucuk pangkal nya dari korang sendiri. Pastikan korang ada semangat yang kuat. Kalau tiap kali korang nampak nasi berlaukkan masak lemak pun korang dah goyang, tak mau kawan la. Adios.
Sunday, 4 January 2015
Aku dan Aktiviti Kecergasan - 2015
Kalau korang ni jenis suka online shopping beli baju, beli tudung, beli kasut..beli la apa2. Aku pulak suka online shopping beli marathon. Untuk suku pertama tahun 2015 ni, aku dah shopping siap2 aktiviti apa aku nak buat. Bukan la maksudnya kalau tak join aktiviti ni, aku tak bersenam pulak kan. Tapi aktiviti macam ni lebih kepada nak fun sambil nak kumpul tshirt and medal.
18 January
24 January
8 February
21 March
Bagi korang yang berminat nak join aktiviti macam ni, boleh survey dekat myraceonline.com atau sport.my. Make sure register awal sebab selalu nya sebulan sebelum event, dah penuh dah. Event terdekat aku adalah score zumba. Nanti aku hupdate, ok. Have a nice day korang.
Misi Tahun Baru 2015
Alhamdulillah kita dah melangkah ke tahun 2015. Sinonimnya, kalau dah tahun baru ni, mesti la azam baru kan? Jujurnya, aku tak pernah ada azam tahun baru pun, sebab at the end of the year, aku tak kan ingat pun apa azam aku masa awal2 tahun dulu.
Aku yakin kenapa susah sangat nak ingat, sebab azam tu xde target dan takde perancangan. Contoh, kau azam gila2 la nak kurus, tapi apa target kau? nak turun berapa banyak? Macam mana kau nak turun? berapa lama masa kau nak amik?
Sempena 2015 ni, untuk julung2 kalinya aku nak pasang azam. Azam aku sendiri aku bahagikan pada dua. 1) nak kecikkan lengan 2) nak baby (ni memang azam sepanjang zaman).
Kau nampak azam no. 1 aku tu? dah kenapa lengan je? sepanjang pemerhatian aku selama aku berdiet dah nak masuk setahun ni, bahagian yang paling tak susut adalah bahagian lengan aku. Jadi, semalam, sambil baring2 mengenang nasib, aku sempat youtube satu workout untuk bakar lemak kat area lengan tu. (How to lose arm fat). Kaedahnye mudah, hanya perlu ada 2 bijik dumbbell. berat lebih kurang 2kg each. Dumbbell aku beli kat fitness concept. Jadi, sebelum memulakan azam ni, kena ada gambar sebelum selepas la kan. Tapi sekarang ada gambar sebelum je la dulu. Gambar selepas, tunggu ada hasilnya nanti.
Pada 5 Januari 2015, ukur lilit lengan aku adalah 34cm.
Untuk mencapai target aku ni, aku akan buat workout ni tiap hari selama 2 minggu, dan kita cuba tengok hasilnya. Akan haku update kan nanti.
Ni antara workout yang aku buat
Ni antara workout yang aku buat
Sementara tu, untuk azam yang kedua, belum start lagi. Sebab ada beberapa perkara nak kena settle dan aku pun dah register beberapa larian. So kena fokus satu2 dulu.
Good luck kepada semua untuk azam tahun baru korang. Cuba capai azam yang kecil2 dulu..better la kan dari tak capai apa2 langsung. At the end of the year, tak la kau jadi loser..huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)