Assalamualaikum semua. Dah masuk 6 hari kita di tahun 2015. Yang berazam nak kuruskan badan tu, macam ne? Dah start ke belum, ke masih merangka pelan diet sambil makan burger bakar bersulamkan diet coke? Apa kata lepas habis burger tu, sambung makan ice cream dengan brownies plak. Ceh, gile sarcasm aku. Sabar2, jangan terasa lak sebab aku pun dulu macam tu. Tapi kalau tiap hari pun korang berangan korang kurus di hujung tahun 2015 nanti sambil mulut korang terus mengunyap, memang sampai 2050 la badan kau membuntal.
Sekarang, sila buang semua barang2 makanan korang tu. dan ikut tips aku ni. Bagi yang single, aku tak nampak masalah korang kalau nak buat atkins ni. Bagi yang berkeluarga, tambah2 kau perempuan, agak susah sebab kau nak masak untuk family kau lagi. Tapi, kau cuba fikirkan yang kau nak kurus sebab apa? cuba bayangkan kau dah capai benda tu. Kau cuba bayangkan badan kau sekarang dah level victoria secret punya model. pergh...idaman ramai kot. Contoh macam aku, aku nak kurus sebab aku nak pregnant. So aku bayangkan aku tengah pregnant sambil usap2 perut aku...haha.
So, bagaimana nak mulakan diet korang?
1. Sila kosongkan peti ais korang. Buang makanan2 yang memang kau yakin tak membantu kau untuk kurus. Terutamanya macam benda2 manis, air jus, air kotak. Buang aku tu bukan la bermaksud masuk dalam tong sampah, suruh la anak2 kau habiskan ke, bagi kat jiran ke.
Ni encik suami la topup air sedap dalam peti ais..arghh..stress..nasib aku tak terkesan..haha
Kemudian bersihkan pulak barang masakkan kau dekat dapur. Sila habiskan sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram, sos bbq. Gula pula, tinggalkan separuh bekas je utk kegunaan emergency kalau tiba2 ada orang datang umah kau. Kang nak buat air pakai apa pulak. Senang, kau kunci rumah kau jangan bagi orang datang melawat.
2. Sila explain pada orang terdekat kau terutama suami, anak2, parents, in laws, kawan2 rapat yang kau sekarang tengah diet. Terangkan apa benda yang kau boleh makan, apa yang kau tak boleh makan. Masa ni akan ada mulut2 yang akan mempertikaikan kau. Tapi sila tabahkan hati sebab 3 bulan dari sekarang, dorang akan nampak hasilnya dan dorang pulak akan tanya apa tips nak kurus. Kepada orang luar, kau tak yah explain sgt la, buat bazir air liur je.
3. Check kesihatan korang. Ada darah tinggi tak? gula ok tak? kolestrol?
4. Sila hadam senarai yang kau boleh makan dan apa yang kau tak boleh makan. Dalam atkins memang ada makanan yang kau boleh makan dan yang tak boleh. Kalau korang google, memang banyak list yang korang boleh dapat. Secara ringkasnya senarai makanan yang boleh dan tak boleh:
Tak boleh
Semua yang berunsurkan karbohidrat seperti nasi, beras perang, bihun, mee, laksa, pasta, roti, kentang, tepung dan yang seperti dengannya
Segala jenis gula/manisan - gula pasir, gula-gula, madu, coklat, ice cream dll
Segala jenis sos, kicap
Segala jenis makanan proses - daging burger ramli, nugget
Sayuran yang berkarbohidrat tinggi seperti kentang, ubi dan lobak
Buah-buahan (sebab manis)
Jajan2 memang haram la kan
Boleh makan
Ayam
Ikan
Daging
Udang
Telur
Sayur hijau
Minyak masak
Keju - limit seslice 1 hari
Mayonis (sila pilih kandungan carbs yang paling rendah, advisable jenawa kewpie)
Air kosong/mineral
5. Kalau korang dah decide nak buat atkins, sila hadam pulak tentang atkins. Dalam atkins ada 4 fasa. Fasa paling kritikal adalah fasa 1. Tempohnya dalam 2 minggu sehingga 2 tahun. Jangan lebih dari tu. Dalam fasa satu, limitkan pengambilan carbo sebanyak 20gram sehari. Carbo ini pula datang nya dari sayuran hijau.
6. Beli bahan2 masakan untuk bantu korang diet. Pastikan stok cukup untuk elakkan korang makan benda yang tak sepatutnya bila lapar. Contoh pastikan dalam peti ais korang ada dah ayam sekor, ikan bilis, or paling teruk pun telur. Kalau tiba2 korang lapar, masak je benda2 ni. Salah satu benda yang korang boleh beli adalah gula stevia. Gula ni selamat untuk atkins. Ada yang jenis liquid dan ada juga yang serbuk.
7. Buat pelan pemakanan korang dalam masa seminggu. Jangan skip makan! Pastikan perut korang sentiasa kenyang. Contoh menu yang korang boleh ikut:
Sarapan
Telur hancur 2 biji
Makan tengah hari
Ikan/Ayam goreng
Malam
Ayam bakar
Coleslow
7. Belajar resepi2 atkins. Ada beberapa resepi aku share dalam blog ni. Sila rajin kan jari mencari.
8. Dalam seminggu pertama korang diet, korang akan rasa terseksa. Lidah akan rasa kelat. Cuba bertahan. Selepas seminggu, Insyallah korang akan mula biasakan diri. Sila jauhkan diri dari segala jenis jamuan, ajakan pergi makan kat kedai kalau korang tahu diri korang tak cukup kuat. Tapi kalau korang kuat, tak ada masalah pun, pergi kedai, order la makanan yang korang boleh makan.
9. Banyak kan minum air kosong, 1 liter bagi setiap 25kg berat korang. Tapi jangan lebih dari 4 liter. Tak baik untuk buah pinggang.
10. Timbang berat sebelum mula diet. Lepas 2 minggu, cuba timbang semula. Ada perubahan tak?
Bagi ibu2 yang kena masak untuk keluarga, tak ada masalah pun. Cuba masak senatural boleh, gantikan gula dengan stevia yang aku cakap tadi. kalau rajin, buatla satu lauk khas untuk korang je. Kemudian makanlah bersama-sama dengan keluarga tercinta tapi nasi tu korang buang la jauh2. Ambil bau je dah cukup.
Lebih kurang macam ni la kalau korang nak mulakan misi menurunkan berat badan korang dengan cara atkins. Pucuk pangkal nya dari korang sendiri. Pastikan korang ada semangat yang kuat. Kalau tiap kali korang nampak nasi berlaukkan masak lemak pun korang dah goyang, tak mau kawan la. Adios.
No comments:
Post a Comment