Bagi yang follow blog aku (bajet ada orang yang follow..puii)..korang mungkin perasan dah lama aku tak update pasal cerita TTC aku. Kalau yang tahu, tahun lepas aku keguguran setelah hampir 3 tahun mencuba. 3 tahun tu dah satu penantian yang sangat memeritkan, keguguran tu pulak penambah segala keperitan. Lebih kurang tu la perasaan aku dalam waktu ni.
Lagi pulak lepas keguguran, period aku jadi tak betul semula, dalam tempoh 4 bulan, baru sekali je period. Jadi mood nak berTTC tu dah hilang sebab susah nak tentukan waktu subur. Jadi buat masa ni, aku cuba kurangkan fokus aku pada TTC, tapi tak la bermaksud aku abaikan kesihatan aku. Aku masih terus berdiet, masih lagi bersenam, jaga makan, dan makan suppliment yang sepatutnya. Cuma fokus aku dah tidak ke arah untuk TTC. Sekarang aku banyak luangkan masa aku untuk bersenam, spend masa dengan family dan kawan2.
Jadi post2 aku selepas ini akan banyak tentang cerita aku join marathon, hiking, pergi jalan2 dan sebagainya. Tapi bagi yang nak bertanya pasal TTC boleh je tanya aku. Tunggu kan post aku tentang next event iaitu 100 plus run dengan trip aku ke USS. Pasal USS aku nak share cara2 nak melancong dengan jimat cermat. Bila sampai masanya nanti dan aku dah bersedia fizikal dan mental, aku akan fokus balik pada TTC aku. For that, good day to everyone and adios muchachos.
No comments:
Post a Comment