My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 18 February 2016

Action Camera - SJ4000

p.s.: Sebelum korang start membaca, post ni sekadar pandangan peribadi dan bukan pandangan profesional pasal function camera ni. Mak tangkap gambar guna hp pun rasa dah cantik sangat...hahaha.

Bulan tiga nanti aku dan kawan-kawan akan pergi berjalan ke suatu tempat yang dirahsiakan buat masa ni (ke aku dah cerita dalam post sebelum ni, lupa, abaikan)..hihi..tunggu post bulan 3 nanti aku update kitorang pergi mana. Tempat yang kitorang nak pergi ni memerlukan aku untuk beli action camera yang boleh digunakan dalam air..ok, tu kira hint dah tu.

Aku memang dah teringin lama dah nk beli gopro, tapi disebabkan harga nya yang agak mahal, aku cuba cari alternative lain. Dulu aku pernah beli action camera dari lazada, jenama cap apa, aku pun tak sure. Dan kualiti gambar harus lah tak begitu cun. Sesuai la dengan harga yang tak sampai RM200. Tapi disebabkan aku nak guna cepat, masa nak ambil lesen diving hari tu, aku beli jugak sebab harga tu je aku mampu.
Sekarang, camera tu pun dah rosak. Makanya aku terpaksa beli yang baru untuk bawak trip kali ni.

Aku ada survey di facebook dan instagram, page2 yang jual action camera. Harga pun dalam lingkungan RM350 ke RM400. Dari contoh2 gambar dan testimoni customer diorang ni, memang macam bagus la. Tapi bila aku mintak contoh gambar dalam air, satu pun tak bagi contoh kat aku. So aku rasa serba salah la nak beli.

Satu hari tu, sedang berjalan2 di Jalan TAR, KL, aku teman encik suami ke Pertama Compleks sebab nak tukar tali jam dia. Dia memang suka ke sana kalau pasal jam2 ni. Kira dah macam regular customer la. Masa tu tiba2 aku terfikir untuk singgah kedai camera. Kebetulan ada pulak kedai tu jual action camera, salah satu nye memang gopro la. Harga pun mencecah ribuan ringgit. Memang tak termampu la aku. Dalam mengusha tu, aku perasan camera SJcam. SJcam ni agak popular jugak la. 

Aku rasa SJCam ni cuba cater pengguna yang tak mampu untuk memiliki go pro tapi masih nak mendapatkan kualiti gambar yang terbaik. Kiranya ambil kesempatan dalam kesempitan la. Tapi bagi aku takde masalah, kalau sjcam tak buat macam tu, memang sampai bila2 la aku tak akan merasa dapat pakai action camera yang berkualiti. Jadi tanpa membuang masa, aku memang sambar terus sebab harganya masih mampu milik dan confirm original. Kalau beli online, tahap keoriginalan dia pun aku tak sure.



Aku tak boleh nak compare sjcam ni dengan camera2 lain yang lagi hebat sebab aku tak pernah cuba. Aku pernah cuba camera cikai beli kat lazada je pun. Tapi ternyata kualiti sjcam sangat baik. Seperti biasa, sebelum aku guna camera ni untuk tujuan sebenar, aku akan buat testing dulu dekat pool. Untuk cubaan kali pertama ni, aku sangat berpuas hati kecuali gambar ketika dalam air. Aku tak sure sama ada kualiti gambar tu sendiri atau sebab air kolam tu yang kotor.

So, mari layan gambar2 ni.

Gambar camera yang dulu



Masa ni air kolam memang tengah jernih. Sayang pixel gambar tak cantik. So nampak pecah2. 

Orang kat belakang tu tengah membawak perut sekali..hahaha


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Gambar menggunakan SJcam


Air kotor, tapi muka mak yang tembam masih jelas kelihatan





Cubaan Kali Kedua - Air kolam lebih clear


Hasil cubaan kali kedua, masa ni air dalam pool jauh lagi bersih dari first trial. Seriously, gambar dalam air pun cantik gila. Ni buat mak tak sabar2 nak pergi....(masih dirahsiakan)..hahaha..

 



2 comments:

  1. seronoknya bergambar dalam air...laa sgt saya x swim..baju swim pun dah x de

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la berenang, senaman yang baik dan tak berpeluh..hihi(walaupun peluh sebenarnya dah sebati dengan air kolam)

      Delete