Pernah tak korang plan nak bercuti semata-mata nak duduk dalam bilik hotel? hahahaha...
Ni la kerja aku, saja2 amik cuti, habiskan duit, untuk relax dalam bilik hotel. Tapi bukan sebarang hotel la. Grand Lexis la jadi pilihan terbaik dengan specialty private pool nye. Aku memang dah lama berangan nak ke Grand Lexis ni. Tapi niat selalu terbantut memandangkan kosnya yang agak mahal.
Tapi kali ni aku kasi pejam mata sebab alang2 dapat bonus..Alhamdulillah. Bukan selalu pun dapat rezeki sedebuk.
Check in adalah pukul 4 petang. Aku sampai hotel pukul 3, tapi mak ai, orang beratur panjang nak check in. Sebabnya sekarang ni cuti sekolah, memang parents amik kesempatan la bercuti agaknya.
Settle check in, ada buggy disediakan untuk ke bilik.
Tak sampai 1 minit pun, dah sampai bilik..hihi
Apa lagi, terus serbu bilik la kan. Waaaa, kagum sungguh
Apa lagi, terus kami sebagai kanak2 riang, melompat la dalam pool.
Lepas dah penat berendam, tidur ambil tenaga kejap, bangun terus bersiap cari makan. Kami bergerak ke Teluk Kemang untuk cari makan, sambil2 tu memang niat nak lepak tepi pantai.
Tempat Mengisi Perut Yang Lapar |
Dating Tepi Pantai. Romantikanya |
Balik dari makan, sambung aktiviti berendam..hahahaha.
Aktiviti berenang tidak dapat ditayangkan kerana boleh mengakibatkan muntah darah. Jadi tengok gambar cawan berisi milo panas dan kulit kuaci je la ye |
Esok paginya, hotel ada sediakan breakfast. Banyak pilihan dan sedap.
Sebelum percutian singkat ni tamat, jom jalan2 sekitar Grand Lexis.
Maka berakhirla percutian singkat yang sangat2 syok ni. Dijamin puas hati.