My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday, 24 May 2016

My First IUI - 2 Weeks Wait

Seperti biasa, ni fasa paling aku tak suka dalam tempoh berTTC. Penantian tu satu penyeksaan woi. Sabar, sabar.

Dalam tempoh 2ww ni, aku kena makan duphaston. Bila kita makan ubat yang ada kaitan dengan hormon ni, memang sistem badan kita turut terganggu. Antara yang aku rasa sepanjang 2ww:

1) Kembung Perut
Yang ni rasa memang tak selesa. Rasa kat perut tak tau nak kata apa. Kejap rasa tegang, kerap rasa berangin. Sambil2 tu, aku layan la ketidakselesaan sambil usap perut dan baca Ya Musawwir. Sambil2 tu berdoa semoga terbentuk janin dalam rahim aku.

2) Selera Makan Bertambah
Hat ni tak yah kira la. Macam2 jenis makan terbayang2 kat otak aku. Teringin nak makan Japanese Soba la, nak makan chocolate chip cookies la, nak makan nasi arab la. Memang melantak je keje aku. Sambil tu, risau gak. Aku still kena jaga makan atas faktor PCOS aku.

3) Badan Lemah
Yang ni pun terasa sangat terutamanya masa tengah lapar. Menggigil satu badan. Bila dah masa nak tidur pulak, terasa sengal2 satu badan terutama bahagian pinggang. En laki la kena paksa urutkan belakang.

4) Sakit Payudara
Ni setakat rasa sengal2 macam nak period. Tak teruk sangat la.

Benda2 ni yang aku alami sepanjang tempoh 2ww. Tapi hari ni pun aku baru CD24. Ada seminggu lagi nak harung.

No comments:

Post a Comment