My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday, 10 May 2016

My First IUI - CD10

Hari ni appoinment aku untuk buat ultrasound selepas kena makan and cucuk ubat last week. Appoinment kali ni nak tengok progress telur, sama ada berkesan tak makan ubat tu. Jadi pagi2 sebelum pintu klinik LPPKN tu dibuka, aku dah tercongok depan klinik. Ramai juga yang datang klinik hari ni. Menunjukkan semakin ramai yang susah nak conceive..hurmmm.

Tunggu dalam setengah jam untuk turn aku, terus kena baring untuk ready di scan. Bila doktor datang, senang, terus serbu. Hasil scan, mula2 doktor scan belah kanan. Seperti biasa ovari aku penuh dengan telur2 kecil. Sedih =(. Next doktor scan belah kiri, godek2 skit, nampak la satu telur yang besar. Alhamdulillah. Saiz telur lebih dari 11mm which boleh proceed untuk iui. Tapi tak cukup besar untuk buat IUI dalam masa terdekat. So aku kena tambah ubat cucuk untuk sehari lagi, dan 2 hari lagi perlu datang untuk tengok progress. Which doktor said, she doubt the egg will be ready on that day. Maybe kena tambah dos jugak masa tu..huhuhuh..

Doktor siap cakap, ni la cabaran nak merawat pesakit PCOS. Memang susah nak suruh kitorang ni bertelur..hahaha.

So, while waiting for this coming friday, kena berdoa la banyak2 semoga telur aku membesar dengan sihatnya. Nampaknya kena tambah suppliment macam susu kambing or kurma or madu untuk bantu telur ni membesar. 

Amin, Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment