Assalamualaikum semua warga TTC. Apa khabar? Ok kau, macam pakar motivasi tak?
Kali ni nak update kesah selepas aku dah scan telur masa CD10. Summary kesah lepas, ada 1 je telur aku, dan doktor tambah ubat Humog (cucuk) sekali lagi, dan aku kena datang 2 hari kemudian untuk tengok progress telur.
Jadi pada CD12 iaitu hari Jumaat, pagi2 aku dah tercongok depan LPPKN. Again. Bila sampai turn aku, terus baring, dan doktor scan. Hasilnya, telur pada CD10 tu, tetap ada sebijik, tapi dah membesar dengan sihatnya dari 11mm ke 16mm. Alhamdulillah, mungkin berkat tambah ubat dan minum susu kambing, kurma dan badam. Semua dengan izin Allah.
Curi2 tangkap gambar telur..hihi |
Pada mulanya memang aku dah happy sangat la, tapi selesai scan, bila doktor consult, doktor kata IUI tak dapat diteruskan. Sebabnya telur aku hanya ada 1. Nak IUI sekurang-kurangnya ada 2 telur. Luluh hati aku. Tapi tak buat IUI bukan la maksudnya aku takde chance nak pregnant untuk cycle ni. Peluang still ada sebab telur memang dah ada, cumanya aku kena buat natural way. Maksudnya kena berasmaradana la...hihihi.
Doktor terus bagi ubat cucuk yang baru. Cara cucuk masih sama. Tujuan dia untuk pecahkan telur tu. Waktu cucuk adalah tepat 9 pagi Sabtu, keesokan harinya. Dan dalam tempoh 36 jam, telur akan pecah dan ready untuk disenyawakan. (maksudnya kena..ehem ehem la, pandai la pikir sendiri).
Doktor juga terus bagi ubat kuat rahim yang kena diambil pada CD19 selama 12 hari. Ubat ni aku pernah makan masa pregnant dulu. Tujuan ubat ni, kalau kau pregnant, dia akan kuatkan rahim, tapi kalau tak pregnant, dia bagi kau period.
Makanya, kena la tunggu sehingga next month untuk mengetahui drama TTC ini. Semoga ada berita gembira di bulan Ramadhan dan Syawal ni. Sementara tu, jangan lupa buat solat hajat, solat dhuha dan minta banyak2 pada Allah. Amin.
salam sis, cmne dgn progess post sis nie? tq ya share pasal duphaston nie, kawan sy pun bgth mkn duphaston nie, then biler sy pregnant mggu ke 8 br sy check up, tetiba sy mkn ubat nie, pelik lah sy, knp ubat nie sy utk turun kan darah, tkt sy, tetiba sy google, sy ckp klu pregnant kuat kan rahim, alhamdulillah, t ya sis share psoting nie, moga sis sihat sll , murah rezeki sll aamiin
ReplyDeletecerita lebih detail kena baca post2 lain ye sis =). Tapi summarynya, saya buat iui dengan dr hamid arshad dan baby dah 5 bulan sekarang =)
Deleteoh lupa, sy guna acc husband, hhehee
ReplyDelete