My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Sunday, 15 May 2016

BE POSITIVE

BE POSITIVE

Ok, kali ni suka aku nak remind kan kepada kawan-kawan TTCian aku. Tolong la sentiasa positive. Aku selalu buat blog walking. Suka aku baca experience TTCian yang lain. Ada yang sangat positive. Ada yang sangat negative. Untuk yang positive, aku pun tumpang gembira. Mana yang negative, aku tumpang sedih. Ada yang sanggup pinggirkan diri dari keluarga dan kawan-kawan. Sangat sedih bila dapat berita orang lain pregnant. Nasihat aku again, tolongggg la jangan jadi macam tu. Rugi weh. Bukan rugi kat orang lain, rugi kat diri sendiri la. Why dont you just enjoy your life. Sementara tengah berdua je, buat segala macam aktiviti yang kau tak boleh buat bila kau ada anak. 

So, bila kau bukak FB, bukak IG, kau jeles tengok kawan2 kau berkepit dengan anak-anak. Apa kata kau bagi kawan2 kau tu jeles pulak dengan kau sebab kau boleh beraktiviti sebab tak ada anak. Senang kan? Dari kau murung sorang, bukan membantu kau berTTC pun.

Memang ada hikmah kau diuji macam sekarang ni. Contoh aku la, kalau aku tak berTTC, tak tentu lagi aku akan amalkan makanan sunnah, susu kambing, kurma. Kalau aku tak ada masalah, tah berapa kali kau nak solat hajat, solat dhuha, solat taubat. Mungkin tak buat pun. Tapi sebab sekarang aku tengah mengharapkan ehsan Allah, maka aku berdoa. Maka, kalau aku tak dapat apa yang aku nak pun, aku masih dapat pahala. As simple as that.

Kalau aku tak diduga dengan masalah TTC, takde nye aku selamat sampai ke puncak kinabalu, menyelam dalam laut. Mesti tengah sibuk kendong anak.

Maka, nasihat aku yang terakhir kali. Enjoy you TTC journey. Jangan buang masa bersedih. Sedih sikit2 cukup la, lepas tu bangun balik. 

Sekian,
Mak Jemah Nak Anak

No comments:

Post a Comment