My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 9 July 2015

Second Trial - 21 hari Delay Period

Bila dah masuk 21 hari delay period dan tak ada tanda-tanda mengandung pun macam sakit breast, mual2 or sewaktu dengannya. Jadi aku confirm rasa aku tak pregnant dan masalah PCOS aku muncul semula. Aku beranggapan jadi macam ni sebab aku start makan nasi sepanjang bulan puasa ni. Sehingga la pada suatu pagi yang hening..huhu..masa bangun nak sediakan sahur, yang aku perasan aku duduk tepi tingkat. Rumah aku ni tingkat 8, jadi angin subuh tu memang kuat la. Tiba2 badan aku berangin dan aku rasa nak muntah. Memang aku terus muntah angin la lepas tu. Tiba-tiba aku terfikir, aku pregnant ke? Disebabkan aku masih ada UPT 80 sen yang aku beli borong hari tu, aku pun terus cuba pakai. Hasilnya..




Dalam hati aku dah berbunga2 dah. Positif ke ni? Tapi aku jadi pelik pulak. Kalau korang perasan dekat gambar tu, Line Test jauh lagi pekat dari Line Control. Korang tahu tak maksud line test dengan line control tu? Line control, line yang akan keluar even kau mengandung atau tak. Line test tu plak indicator yang bagitau kau mengandung atau tak. Dalam gambar ni, sepatutnya yang belah kiri adalah control line, yang kanan test line. Ikutkan gambar ni jugak, bermaksud aku mengandung la.

Disebabkan aku tak puas hati dengan result UPT murah tu, esoknye aku pergi beli Clear Blue. Habis RM40 duit aku. Aku tunggu subuh esoknye sebab aku nak pastikan waktu yang betul2 level hcg tinggi. Hasilnye... 


Aku tak mengandung. Aku lebih percaya kan CB ni la sebabkan harga nya yang berganda dari UPT 80 sen tu. Jadi aku amik gambar upt murah tu dan aku tanya dekat orang yang jual UPT ni. Jawapannya, UPT tu rosak sebab upt tu terbalik. Dan resultnya tak boleh digunakan. In this case, korang boleh mintak orang yang jual tu, gantikan balik UPT korang. 

Aku yang tak puas hati, cuba lagi UPT murah tu sebab nak tengok berapa banyak lagi yg rosak. Hasilnya...


4 UPT yang rosak

Kepada penjual UPT, jangan la buat macam ni, kesian kan la kepada kami2 yang teringin nak anak ni. Sedih kot kalau diberi harapan palsu macam ni. Memang aku down selepas kejadian ni. Nak luah kat sapa pun tak tahu. Cerita kat suami, dia boleh nasihat sepaham dia la, dia pun bukan perempuan yang faham hati perempuan. Akhirnya aku cari kawan aku yang ada masalah PCOS juga untuk share perasaan. Rupanya dia pun tengah bersedih. Lepas je sesi luahan perasaan. Baru hati aku ni lega.

Tak lama lepas tu, period aku pun dah datang. Kira nya untuk second trial, memang tak berjaya la. Tunggu kan pula hasil cubaan #misibuatbaby yang akan datang. Akhir kata, maju baby untuk negara.

Physiotherapy di Klinik Presint 9, Putrajaya

Kesah fisio misio ni bermula selepas aku balik kinabalu hari tu. Aku ni memang dah ada masalah lutut sejak tahun 2013. Masa tu aku rasa punca sakit lutut sebab aku obese dan dalam masa yang sama aku aktif jugak. Tapi sejak 2013 tu sakit aku on off, bila buat aktiviti baru sakit, sakit la dalam 2 minggu lepas tu lega. Ada satu tahap yang sangat kritikal, masa tu aku baru habis OBS (Outward Bound School), nak buang air mencangkung pun mengalir air mata. Sampai satu tahap, aku duduk je atas toilet cangkung tu sebab memang tak boleh bengkok langsung lutut aku.

Jadinya berterusan la sakit tu, on off sampai la aku naik Kinabalu hari tu. Seperti yang dijangka, lutut aku memang merana la lepas turun je dari Kinabalu tu. Bila balik ke KL, sakit aku tak surut2. Naik turun tangga sakit, jogging lagi la sakit sangat. So aku decide pergi klinik nak check. Aku pergi ke Klinik Presint 9. Bila jumpa doktor, dia suruh aku lurus bengkok kan kaki, dengar la bunyi lutut aku, krup krap krup krap. Apa lagi, doktor suruh xray.

 (gambar ehsan google)

Lebih kurang macam ni la rupa lutut aku. Lutut yang normal, sepatutnya ada renggang antara tulang tu. Jadi doktor sahkan aku ada arthritis. Sedihnye, muda2 dah kena penyakit orang tua. Takde ubat pun nk cure benda ni. Tapi boleh la makan suppliment Glucosamine. Sambil tu aku kena buat physio. 

Lepas je dari bilik doktor, terus pergi ke Depart. Rehab untuk buat appointment physio. Dalam sebulan juga la appointment aku. Masa hari appointment, pkl 8 aku dah sampai. Tak ramai sangat pun patient, lebih kurang dalam 3 4 orang je yang aku perasan.

Tak lama pun tunggu, nama aku dipanggil. Disebabkan ni first time aku physio, kena interview dulu la. Sakit kat mana? Level sakit macam mana? Pernah jatuh tak? Pernah obese tak? Puas dah kena interview, mula la sesi physio. Aku tak tau nak panggil orang yang buat physio ni apa? Doktor ke? Tapi memang muda sangat la pulak doktor nye.

Sesi physio bermula dengan guna satu alat ni. Ada pad yang dipasang pada lutut aku. Lepas tu dia akan pasang alat tu, dan aku boleh rasa kena aliran elektrik dekat pad tu. Kata nya tujuan buat benda tu untuk merangsang otot kat kawasan lutut tu. Kira salah satu langkah pemulihan la.

Gambar ni aku tengah berlunjur sambil dikenakan renjatan letrik. Bunyi macam terseksa je tapi sebenarnya aku tengah enjoy tak yah pikir pasal kerja..hihi

Settle kena renjat dalam 20 minit, sambung naik basikal pulak. Basikal ni ala2 macam dekat gym. Tapi dekat screen tu ada rekod kaki mana yang kita guna lebih, strength level kita dan lain2 info mcm jumlah distant dan calories burned.  Untuk yang ni pun kena buat dalam 20min. Terasa sengal juga la lutut aku buat benda ni.

Dua benda ni je aku kena buat dalam first sesi physio ni. Doktor tu ajar beberapa exercise yang aku boleh buat dekat rumah nanti contohnya duduk sambil lunjurkan kaki selama 10 saat atau baring sambil tegangkan kaki.

Jadi begitu lah cerita first physio therapy aku. Next session aku akan update lagi.

Sunday, 21 June 2015

Second Trial - Kejap Positif Kejap Negatif

Lama tak update status TTC aku. Last aku post pasal UPT masa CD21 yang keluar double line tu. Sekarang ni, aku dah delay period seminggu. Good news ke???? Nan hado. Check UPT masa first day delay period, keluar la double line (still kabur), hati dah berbunga2 dah, tapi still rasa something yang tak kena.

Memang betul la instinct aku, lepas 3 hari aku check UPT lagi. NEGATIVE. Tak puas hati, pagi tadi aku check UPT lagi, NEGATIVE. Pasrah? Redha? Serah saja la pada Yang Maha Esa. 

Sunday, 7 June 2015

Raqib si Malim Gunung

Seperti yang kita maklum, baru-baru ini negeri Sabah digegarkan dengan kejadian gempa bumi yang terjadi di Ranau. Rasanya semua orang pun tahu yang Gunung Kinabalu terletak di kawasan tu. Kalau sebelum ni tak tahu, kira sekarang korang dah tau la kan?

Sebulan yang lepas, tarikh yang sama, bulan berbeza, aku pun tengah berada di Gunung Kinabalu. Alhamdulillah, tiada apa2 yang tidak diingin berlaku. Aku selamat mendaki ke puncak dan selamat juga sampai di kaki gunung. Tapi tidak kepada rakan2 kita yang naik pada bulan ni. Akibat gempa tersebut, ramai yang tersadai di puncak kinabalu, ramai juga yang cedera dan malah ada juga yang meninggal dunia. Aku tak dapat bayangkan jika aku yang berada di tempat mereka. Aku yakin aku akan fobia nak naik gunung lagi.

Sabah dan Gunung Kinabalu sangat dekat dengan hati aku for many reasons. Aku ada niat untuk pindah ke sana pun. Cumanya sebab keluarga aku semua kat KL ni, memang tak dapat la aku nak merasa jadi warga Sabah.

Ok, sebenarnya, tujuan aku nak cerita tentang Malim Gunung atau orang kita panggil guide. Masa aku naik kinabalu bulan lepas, guide aku bernama Raqib. Muda lagi budaknya, baru 21 tahun and baru je habiskan diplomanya. Mulanya aku tak banyak sembang pun dengan dia sebab aku memang lambat nak warm up. Nak bersembang dengan orang yang baru kenal memang kelemahan aku. Tapi masuk hari kedua, dan disebabkan aku ada masalah sikit nak berjalan laju, raqib la yang teman aku sepanjang jalan. Jadinya, banyaklah yang kami sembangkan.

Dari situ aku kenal raqib. Budak muda yang tinggal dengan nenek dan atuk dan juga abang kepada adik2 yang masih belajar. Mak dan ayah dia dah berpisah dan tinggal jauh, jadi menjadi tanggungjawab dia la menyara keluarga.

Dari perwatakan dia, memang nampak raqib seperti budak2, tapi sebenarnya dia sangat matang. Sepanjang perjalanan, tak pernah dia tak tegur orang2 lain yang berselisih. Bila bertembung dengan guide2 lain pun, dengan ramahnya dia bersembang. Aku tanya, ramai betul kawan kau kat sini ye raqib. Apa dia jawab? Saya tak kenal pun kak, tapi tak salah kan tegur. Fuhhh..menusuk jiwa aku. Aku ni konon2 berlagak macam orang obesia plak tak nak tegur2 orang, padahal sesama orang Malaysia jugak.

Masa dekat puncak, salah seorang kawan aku tergelincir, tak ada kecederaan serius yang berlaku, tapi raqib ni, kelam kabut dia macam kucing hilang anak. Nak tinggalkan aku dia serba salah (kang aku plak yang jatuh), tak tengokkan kawan aku tu pun dia serba salah. Akhirnya aku cakap, raqib pergi la tengok dia, akak boleh jalan slow2. Settle dia tengok kawan aku, dia datang balik 'jaga' aku. Aku tanya, risau betul ye kau qib. Dengan slang sabahnya, risau la kak, saya bawak orang, kalau bawa kambing saya tak kesah sangat...hahaha..melawak kan kau raqib.

Cuaca di gunung kinabalu memang tak menentu. Kejap2 terang, kejap2 gelap, kejap2 lagi plak hujan. Dijadikan cerita, aku punya rain coat, tak boleh guna. Salah size aku beli. Badan gajah pakai saiz kancil, memang tiada guna nya la. Aku cakap ngan raqib, qib, akak xde baju hujan la, baju akak tu tak boleh pakai sebab kecik sangat. Raqib dengan murah hati, akak jangan risau, akak pakai saya punya, saya ada bawak payung ni. Siap mengusik aku, akak beli tu bukan raincoat kak, tu steamboat...argh..perhli aku plak mamat ni.

Raqib teman aku sampai la ke timpohon gate. Malah, bayaran teksi untuk ke KK park pun dia bayarkan. Akak naik teksi dengan saya ye, saya dah bayarkan. Aduh budak ni, kau memang saja nak menyentuh perasaan aku yang tengah kepenatan ni kan? Sampai di KK park, aku memang dah tak larat nak jalan, lutut dah berbisa. Dia la yang uruskan nak ambil sijil aku semua. Tengok la macam mana orang yang ikhlas bekerja untuk mencari rezeki. Memang halal duit kau dik. Aku dengan besar hati hadiahkan glove yang aku pakai. Kenapa glove? Sebab masa kat puncak, dia cakap, cantik la glove akak. Sebab aku dah tau apa yang dia suka, senang la keje aku. Semoga tiap kali kau tengok glove akak tu, kau teringat la kat akak ye.

 Raqib yang berbaju merah. Yang depan kiri tu guide juga. Abg Azlan. Orang kelantan yang dah berhijrah ke Sabah.

Barisan hero, malim2 gunung yang hebat

Alhamdulillah, ketika kejadian gempa di Sabah baru2 ni, Raqib tak bekerja. Aku dengar je gempa, terus terfikirkan dia. Cepat2 aku whatsapp, lama juga tak berbalas. Tak lama mana pun, dalam 2 ke 3 jam je pun, risau tu yang buat lama tu. Tapi mengetahui yang adik Raqib selamat, hati aku dah cukup lega.


Jutaan terima kasih saja yang mampu aku ucapkan pada semua guide/malim di gunung Kinabalu. Hanya yang pernah mendaki kinabalu tahu betapa hebatnya malim2 kinabalu dan betapa bertanggungjawabnya mereka menjaga pendaki2 yang lain. Semoga mereka terus diberkati dan diberikan kesihatan yang berpanjangan agar dapat meneruskan perjuangan mereka. Kinabalu akan terus selalu dekat di hati aku.


Friday, 5 June 2015

Kalau Mengandung Kena Senyap2..hishhhh

Cerita ni dah lama, aku cuma teringat je. Masa aku first time mengandung (tapi tak jadi tu) tahun lepas, aku ada buat satu post kat blog ni. Tujuan post tu adalah untuk memberi semangat kepada kawan2 PCOS dan berkongsi ilmu kepada yang sama-sama berusaha nak dapat anak. Aku share juga kat FB tentang post yang aku buat tu. So secara tak langsung, ada la kawan2 dan sedara mara yang tahu aku mengandung setelah 3 tahun kahwin. Ramai la yang ucapkan tahniah, dan tak kurang juga yang bertanyakan tips.

Dijadikan cerita, tak ada rezeki aku dan suami, aku gugur. Sedih tu sedih juga, tapi hidup diteruskan. Satu hari, aku call seseorang (dirahsiakan) yang baru balik dari menunaikan haji. Nak bertanya khabar la kononnya. Nak tahu apa yang sedihnya? Dia cakap, lain kali mengandung jangan cakap kat orang, nanti ada orang dengki ke apa, dibuatnya tak baik kat kita. 

Kalau korang la jadi aku, sentap tak kalau dengar orang yang baik dengan kita cakap macam tu? Apa yang seseorang tu cuba sampaikan? Adakah sebab aku bagi tau dekat orang, aku gugur? Jadinya salah aku la? Terpikir jugak, ada jugak ke orang yang dengki dengan aku yang dah 3 tahun kahwin tak ada anak ni?

Bagi aku, semua tu kerja Allah. Jangan pertikaikan. Bila mengandung kita bersyukur, kita tak mengandung pun kita bersyukur, kita gugur pun lagi la kena bersyukur. Allah kan sebaik2 perancang. Ikut je la perancangan Allah.

Bagi seseorang tu, walau pun dah lama berlalu kata-katamu itu, hati ku masih terguris sehingga kini. Terima kasih.

Thursday, 4 June 2015

Second Trial - CD21


Update untuk hari ni. UPT ni adalah pada CD21. Line semakin terang. Dan yang peliknya, UPT aku akan lebih terang kalau ambil pada waktu petang. Kalau buat pada subuh, guna urine yang pertama, UPT jadi kabur or negatif terus. Ada orang kata kandungan hcg seseorang tu bergantung juga, biasanya hcg akan pekat pada waktu pagi, tapi ada juga yang pekat belah petang or malam. Jadi kenali diri anda. Disebabkan aku belum lagi lewat period, malah 10 hari lebih lagi kot period aku akan menjelma, so aku decide untuk tak buat apa2. Cuma jaga diri and jangan lasak2. Mana la tau betul2 ada baby dalam perut ni ke kan. Kita tunggu la lagi 2 minggu untuk tahu keadaan sebenar. But for now, doakan yang terbaik untuk aku dan keluarga. Amin.

Monday, 1 June 2015

Second Trial - UPT positif tapi tidak hamil

Topik hari ni menarik sebab aku rasa menarik, sukati aku la nak rasa apa

Pernah tak korang berada dalam situasi di mana bila korang check upt dan keluar double line? Upt kalau dah double line maksudnya pregnant la kan? Tapi kali ni, korang tak pregnant, pernah?

Ni dalam sejarah hidup aku, aku try buat UPT, keluar double line (tapi kabur sangat la), dan aku tak tau aku pregnant ke tak. Kenapa aku tak tau? Sebabnya masa aku test ni, aku masih di CD16. Secara logiknya, takkan seawal ni. Bertambah peliknya, aku try selama 5 hari dan resultnya masih sama. 

Nampak? Tak nampak?

Aku kasi besar gambar. Masih tak nampak?

Aku arrowkan siap2.

Jadi, mari kita buat sesi perbincangan. Apa sebenarnya yang terjadi?

Ada banyak kemungkinan kenapa wujudnya double line pada UPT:

1) Kau memang pregnant

2) Kau pregnant, tapi kau gugur. Biasanya di awal kehamilan la sebab waktu gugur tu sama/atau lebih sedikit dari waktu kau period, jadi kau sendiri tak tahu yang kau dah pregnant. Kenapa UPT masih keluar double line? Sebab UPT ni mengesan horman hcg dalam air kencing kau, mungkin tertinggal lagi saki baki hcg dalam urine. Tapi bile hormon tu dah takde, UPT akan jadi negatif balik. Ini aku rasa nama dia chemical pregnancy (kalau salah sila betulkan)

3) Evaporation line (evap line). Ini kira macam upt tu tipu kau la. Baca direction pada pregnancy test. Kalau dia kata baca result dalam tempoh 5 min contohnya, dan dalam tempoh tu, result adalah negatif. Esok nye korang tengok test kit tu, tiba2 ada double line. Itu namanya evap line. Kiranya tu false pregnancy (cilaka dia tipu kita yang kepingin nak anak ni). Tapi nak yakin, test la balik semula kan. Apa susah...hihi

4) UPT tu dah expired. Pi beli baru.

Seperti kes aku dalam gambar tu. Aku pun tak tahu apa sebab dia. Malas la nak pikir..hahahaha