My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 17 February 2016

Tesco Online

Kali ni nak sembang topik lain sikit. Topik shopping. Aku bab2 shopping ni memang suka, tambah2 lagi online shopping sebab tak payah pening2 kepala nak fikir. Malah online shopping bantu aku nak berjimat. Jimat macam mana?

Kalau korang tak pernah lagi cuba tesco online, aku cadangkan korang try la. Memang sangat memudahkan urusan malah boleh control nafsu shopping kau. Sebagai contoh la, kalau aku pergi supermarket, tangan ni rajin sangat nak gapai benda2 yang tak perlu. Bila time nak bayar, baru melopong sebab dah over budget. Tapi bila shopping dengan tesco online ni, aku boleh terus search barang yang aku nak beli dan control budget aku. Kalau rasa terlebih, aku buang je barang yang tak perlu.

Lagi2 pulak sekarang ni aku tengah berdiet, aku perlukan stok lemon, epal dan roti aku sepanjang masa. Dan benda tu pulak bukan boleh simpan lama2, kena beli every week. Kalau tidak setiap minggu la aku pergi supermarket, memang berlebih la belanja aku. Tu belum tambah aku menyinggah kat kedai2 lain lagi.

Yang bagusnya dengan tesco online, dia delivery barang ke rumah dalam time frame yang kau tahu. Jadi kau boleh tunggu saja barang2 yang kau nak sambil tengok tv di rumah. Bayaran pulak boleh dibuat dulu ketika beli, or bayar guna card masa barang sampai. Bayaran memang guna card ye, cash tak diterima. Tapi boleh guna debit or credit kan, so aku tak nampak masalah kat situ. Tapi aku cadangkan bayar saja ketika barang sampai sebab kalau barang2 kau tu tak menepati selera kau, kau boleh tolak dan tak perlu bayar barang tu. Kalau barang dah bayar, kau terpaksa tunggu tesco refund pada kau. Kan dah leceh.

Lagi satu, make sure kau check setiap barang yang order terutama expiry date. Kita bukan la bersangka buruk, tapi untuk langkah berjaga2. Ni resit tesco aku, tengok, ada barang yang tesco tak boleh hantar. Jadi dia akan deduct siap2 payment kau, dan kau bayar saja amount tu. Kalau kau dah bayar online siap2, kau kena tunggu tesco refund balik kat kau.

So akhir kata, selamat shopping.


http://eshop.tesco.com.my/en-GB

Monday, 15 February 2016

Edisi Geli Geleman - Sapa tak lalu jangan baca!!

Post kali ni ada unsur geli geleman sikit. Kalau korang baru lepas makan better tangguh dulu baca post ni. Kasi hadam dlu makanan tu, baru baca. Sapa yang tengah diet, boleh la nak baca dlu..hahaha.

Ni nak cerita pasal period sebenarnya. Memang dah 3 4 bulan ni period aku mula buat hal balik. Dia datang ikut suka dia. Untuk period bulan ni, dia dah bagi hint seminggu awal, ada la spoting skit2. Yang aku pun musykil nak anggap period or darah Istihadhah (penyakit). Tapi nak selamat, aku akan mandi wajib juga dan bersolat. Sehingga la pada tarikh betul2 period (sebab tau period, darah dah berbentuk flow bukan spoting).

Biasalah kalau period, sakit2 bahagian perut dan pinggang. Tapi hari ketiga period, aku rasa extra sikit sakit. Tapi layan je la, boleh kehulur kehilir lagi berjalan buat kerja dalam kesakitan tu. Balik saja dari kerja, nak mandi, dah bile tengok pad, terkejut monyet mak. Ada seketul darah daging lemak tak tau la apa benda tu, keluar. Ni memang first time jadi macam ni. Patut la sakit semacam. Rupa ketulan tu macam ni


Ok, maap la pada sapa2 yang dah termuntah lepas tengok gambar ni...huhu.

Sambung cerita. Lepas ketulan ni keluar, aku agak risau la. Apa benda pulak ni. Nak kata mengandung aku dah check pregnancy test, memang negatif. So nak sedapkan hati, dan atas nasihat kawan2, aku decide nak jumpa doktor.

Bila jumpa doktor, aku terangkan la masalah aku. Doktor mintak buat pregnancy test lagi sekali walaupun aku cakap aku tak pregnant. Doktor nak eliminate kemungkinan yang aku gugur. Bila buat test, ternyata aku memang tak pregnant dan ketulan tu bukan janin.

Kalau dah bukan, apa pulak tu? Doktor kata tu darah period biasa. Aku rakyat marhaen kena terima la seadanya. Bagus jugak keluar ketulan ni. Kalau tak memang selamanya dia bersemadi dalam rahim aku.

Ada antara korang yang kena macam ni jugak? Share sikit.

Aku dan TTC - Appoinment Doktor LPPKN Part 1

Alhamdulillah, cik P yang ditunggu-tunggu telah muncul. Malangnya dia muncul hari sabtu, makanya aku dah rugi 2 hari untuk buat appoinment dengan LPPKN. Takpe la, isnin masih boleh call, sebab katanya klinik akan bagi date appoinment dari hari ke2 sampai hari ke5. Mungkin sempat lagi.

Pagi2 isnin, baru nak start kereta nak pergi kerja, aku bukak pintu belakang kereta. Tengok-tengok, filem Xray aku kebasahan sebab kena hujan. Sedihnye la sehingga menusuk kalbu. Nasib aku la kereta dah lama, tingkap pun dah bocor. Filem xray HSG ni aku memang aku letak dalam kereta sebab senang. Aku ni tak menentu tempat berada, kejap di KL kejap kat Putrajaya. So jalan selamat, letak je la xray tu dalam kereta. Habis melekat2 sampul xray tu pada filem, dan warna filem tu pun ada yang tertanggal.

 Hancus Xray aku

Tak pe lah, sedih lebih2 pun apa gunanya. Sampai je dekat ofis, aku terus call hospital tawakal, tempat aku buat HSG dulu. Tak susah pun, mintak saja salinan filem, dia akan buatkan. Cuma kena bayar RM20. Report doktor aku tak perlu dah sebab report masih berjaya diselamatkan. Ok, settle satu masalah.

Lepas call tawakal, aku call LPPKN pulak untuk appoinment dengan doktor. Dua kali telefon baru dapat. Bila dah dapat bercakap dengan nurse, dia semak IC, dan dengan kecewanya diberitahu, date untuk bulan februari dah penuh. Ya Allah, sedihnye la. Bulan 1 hari tu memang aku dah tak buat sebab tak period-period, bila dah period, date penuh pulak. Sadis sungguh hari isnin ku ini.

Tapi berita baiknya, aku dapat date 15 mac untuk appoinment dengan doktor. Ek, pelik pulak, kata nk kena buat appoinment masa CD2 ke CD5, ni main bantai je bagi date. Aku pun belum tentu period masa tu. Tapi kata nurse tu boleh pulak. Duh, sakit pulak hati aku. Kalau macam tu baik la aku call dari bulan satu masa period tak muncul2 tu. Tapi takpe la, ada hikmah je, janji aku dapat date dah cukup baik. So sekarang ni tunggu saja la date yang bakal menjelma. Dengan itu, daaa.

Thursday, 11 February 2016

Appoinment LPPKN yang masih tertangguh

Ok, sila bagi solution sikit. Sebab aku ni sepatutnya nak kena jumpa doktor dekat LPPKN tu. Appoinment kena buat masa first day period. Jadahnye, period tak muncul. Dah 2 bulan hokey. Kang stress period tak keluar pulak, tapi period tak keluar aku stress le.

Sekarang dah hampir sebulan makan pil yasmin, tengah berdiet baru 3 hari dan menunggu cik period coming. Sila datang cik period. Ku menunggu mu dengan penuh ketidak sabaran.

Diet lagi. Lagi-lagi Diet

Aku dah kata, jaga makan, kalau gemuk nanti susah, tu la, degilll...ok, tu namanya aku membebel.

Sejak aku ada masalah sakit lutut dan kurangkan aktiviti bersenam, semangat diet aku pun ke lautan hindi....dushhh..tumbukan tepat di pipi.

Makanya bila dah gemuks, faham2 la, period jadi tak betul, sakit2 kaki, sakit2 badan, badan rasa lesu. Menyampahhhh

Makanya, terpaksa la mak memaksakan diri mak yang terpaksa ini untuk berdiet semula. Tapi kali ni, regime diet mak dah berubah. Kalau dulu mak buat atkins, kali ni mak buat low calories. Sekarang baru hari ketiga dan masih berjaya menduduki tangga pertama.

Apa menatang menu tiga hari ni?

Sarapan - 2 keping roti wholemeal, telur sejibik, salad dan tomato, dikepit bersama. Nak lagi sedap, roti tu aku bakar sikit atas pan.
Air detox - perahan 1/2 lemon, madu, cuka epal dan 1 inci halia diketuk.



Makan tengah hari - lauk pauk tanpa kuah dan sayur2an, kalau lapar, aku tambah nasi segenggam


Makan malam - roti sekeping, ayam rebus, salad, tomato dikepit bersama (sebelum pukul 8)

Snek - epal hijau

Diet kali ni memang berbeza dengan atkins dulu. Aku nk cuba masukkan carb dalam menu aku sebab untuk jangka masa panjang memang aku tak boleh survey tanpa carbs.

Bab air memang aku tak minum air manis. Air manis aku air detox tu je la yang ditambah madu.

Bab bersenam aku masih amalkan. Sekurang2nya aku akan jogging 2 kali seminggu dan swimming sekali seminggu. Tapi bila jogging aku dah tak banyak lari sebab lutut aku memang dah tak boleh terima tekanan. Maka redha je la.

Jadi mari kita tunggu hasilnya dalam 2 minggu ni. Turun sekilo dua pun ok la. Good luck kepada aku.

*update hari ke4 diet - telah berjaya turun 2kg..yeayy

Tuesday, 2 February 2016

Warrior Trail Semenyih 2016

Akhirnya aku dah rasmikan aktiviti kecergasan rasmi pertama aku untuk tahun 2016. Wah wah wah..dah habis januari baru nak start ye.

Aku memang dah lama teringin nak join benda2 ala ninja warrior bagai ni. Tapi selalu terbantut sebab yuran dia yang agak mahal. Memang cecah RM100 ke atas. Tapi kali ni aku kena join jugak sebab aktiviti kecergasan aku akan stop bulan tiga ni untuk aku fokus TTC pulak.

Seminggu sebelum hari kejadian, aku memang dah rasa seram sejuk dah. Boleh ke aku nak buat sebab cabaran kali ni bukan setakat lari je, tapi ada halangan2 yang aku kena buat. Tapi selagi tak buat kita pun tak tahu kemampuan kita kan, so aku kena cabar diri.

Pada hari kejadian, pagi2 lagi aku dah bersiap bergerak ke Semenyih. Race akan start pukul 9 pagi. Masa register memang dah dibahagikan mengikut kumpulan dan kumpulan ni pulak akan bermula ikut waktu yang ditetapkan. Tapi malangnya, pada hari kejadian, semuanya lintang pukang. Sukati korang la nak start pukul berapa. Tapi aku tak kesah mana sebab aku bukan nak race pun, aku cuma nak suka2 try cabaran2 dia.

Bagi korang yang teringin nak main lumpur, games macam ni la korang patut cuba. Total challenge ni adalah 10km run dengan 25 obstacles. Ada combination human made obstacles dan natural obstacles. Yang natural ni memang best la, pi redah sungai, panjat bukit yang mak bapak licin, berlari dalam kebun getah, mengelak taik lembu. Memang rare la pengalaman ni. Bab human made obstacle tu banyak yang aku tak buat sebabnya aku tak mampu, contoh bergayung dekat tali, melompat antara palang. Lagi pulak dari segi safety aku tengok urusetia tak jaga sangat, kang patah kaki tangan, sapa nak tanggung.

Tapi overall games memang sangat mencabar dan menguja hati aku. Insyallah ada rezeki aku nak join lagi aktiviti2 macam ni. Jom layanz gambar-gambar.















Friday, 1 January 2016

Post Yang Wajib Anda Baca Jika Anda PCOSer

Perhatian : Ini adalah post lama yang saja aku up kan supaya siapa yang mengunjungi blog ni tahu tujuan sebenar blog ni. 

Pertamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca tulisan aku kali ni. Aku rasa sangat-sangat terpanggil untuk menulis berkaitan isu ni supaya aku dapat bantu kawan-kawan aku yang senasib dengan aku. Apa yang aku akan ceritakan hari ni agak panjang namun diakhirnya pasti ada sesuatu yang boleh korang dapat. Aku harap, tak banyak pun, at least sedikit. Di harap korang akan baca sampai habis post aku ni. Cerita ini akan berkisarkan tentang usaha aku berTTC (Try To Conceive) untuk pedoman kita bersama.

Sedikit latar belakang tentang aku. Berkahwin pada umur 25 tahun. Aku mula-mula period masa umur 13 tahun (form 1). Sejak aku period sehingga la aku kahwin, period aku tak pernah teratur.Aku pernah period 2 kali setahun, dah pernah juga period selama 3 bulan tanpa henti. Macam-macam ubat aku dah cuba, macam-macam doktor dah jumpa. Tapi hasilnya tetap sama. Sepanjang aku berjumpa doktor (zaman anak dara), tak pernah ada doktor yang mention tentang PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). Cuma ye doktor akan kata masalah hormon. Jadi masalah tu takde kesudahannya dah aku mula biasa dengan keadaan aku tu. Yang bagus nya tentang tu, aku sentiasa puasa penuh. Sepanjang hidup aku mungkin ada 2 atau 3 kali je kot aku pernah ganti puasa (the good site of it la kan). Ada beberapa lagi simpton yang aku ada seperti bulu kaki yang extremely panjang (kalah lelaki), ada sedikit misai, masalah jerawat, keguguran rambut yang agak teruk. Kemudian aku ada masalah berat badan. Masalah berat badan ni bermula sejak habis SPM. Badan aku bagai dipam-pam. Membesar dan terus membesar. Berat max aku pernah capai ialah 85kg dengan tinggi 155cm. Tapi aku jenis yang suka diet dan bersenam. Jadi kawan-kawan yang rapat dengan aku akan perasan betapa yoyo nye badan aku. Kejap kecik kejap besar. Berat paling ringan aku adalah 54kg. Tapi most of the time aku bersaiz besar. Tapi yang aku perasan, period aku akan lancar bila aku kurus (itu memang aku pasti).

Pada usia aku 25 tahun, sampai jodoh aku untuk berkahwin. Ketika tu berat aku 68kg. Period masih tak berapa lancar. Tapi tak seteruk zaman remaja dulu. Paling teruk 3 bulan aku tak period. Aku expect aku akan ada masalah untuk mengandung. Tapi aku malas nak fikirkan. Bila masanya sampai, baru aku nak fikirkan soal anak. 

Tapi masa terus berlalu, kawan-kawan yang kahwin sama-sama waktu dengan aku dah mengandung, malah yang kahwin selepas aku pun dah mengandung. Mak mertua dah hint2, sedara mara dan kawan2 dah tanya. Setahun pertama kahwin adalah waktu yang sangat-sangat kritikal. Hati serapuh kaca, air mata sentiasa mudah mengalir. Hati bukan busuk tapi bila kabar tentang kawan-kawan mengandung, hati rasa sakit. Biasanya aku akan unfollow mereka-mereka ni. Sangat la tak baik perangai aku ni, tapi nak buat macam mana, jiwa sangat sensitif. Aku yakin ramai jugak yang ada perasaan macam tu, sebab aku pun survey dari pengalaman kawan-kawan aku jugak. Tapi masuk tahun kedua perkahwinan, hati jadi lagi cool. Bagi aku la, dah boleh terima cerita-cerita tentang kehamilan ni, cuma kadang-kadang saja rasa terluka. Bukan la juga bermaksud menangisi qada dan qadar. Bila aku dekatkan diri dengan Allah, rasa resah tu kurang dan hati lebih tenang. Malah aku boleh menerima ketentuan Allah sepositive mungkin.

Cerita macam mana aku boleh tahu tentang PCOS. Pada mula nya aku memang tak pernah dengar  tentang PCOS sampai la satu hari, dalam tahun 2012, masa tu aku bekerja di KPM. Ada satu event menjemput KKM untuk buat pemeriksaan kesihatan. Kebetulan pada masa tu ada seorang doktor kalau kita nak minta advice. Jadi aku pun jumpa doktor tu dan bertanya tentang masalah period aku yang tak teratur. Doktor terus advice aku untuk jumpa pakar wanita. Dia kata aku berkemungkinan menghidap PCOS dengan hanya melihat simptom2 yang dia boleh lihat kat aku. Balik ke rumah, aku terus buat research tentang PCOS. Dari situ aku tahu sedikit sebanyak tentang PCOS dan kesan-kesannya. Salah satunya adalah masalah kesuburan.

Tanpa membuang masa, aku terus survey gynea2 terbaik yang ada sekitar putrajaya dan akhirnya aku decide nak pergi Hospital Az Zahra. Setelah buat appointment dan sampai pada hari kejadian. Aku jumpa doktor dan check segala macam. Termasuk buat TVS. TVS ni scan dari bahagian vagina terus ke ovari. Masa scan doktor tunjukkan kat aku kedudukan ovari dan rahim. Rahim tak ada masalah. Tapi ovari aku kedua-duanya bengkak. Dua2 ada polycysts. Maksudnya, ovari aku mengeluarkan telur, tapi telur tidak matang dan berkumpul dalam ovari dan menjadikan ovari bengkak. Betul la apa yang doktor KKM tu cakap. Aku memang ada PCOS. Seterusnya, advice doktor yang membuatkan harapan aku agak tipis. Doktor kata tiada ubat untuk PCOS. Ubatnya hanyalah aku kena kurangkan berat badan. Masa ni la berat aku 85kg, berat yang terberat dalam hidup aku. Tambah lagi, tekanan darah aku sangat tinggi, rasanya 150/95 lebih kurang. Doktor pesan awal2, jangan pregnant selagi aku tak stabilkan tekanan darah aku.

Jadi bermula dari hari tu, aku lebih fokuskan untuk rendahkan tekanan darah. Mula-mulanya aku cuba ubatan-ubatan kampung macam misai kucing, tunjuk langit..tapi aku tak consistent. Sampai la tahun 2013, aku pergi klinik sebab tengkuk aku sakit (tekanan darah tinggi la ni), doktor marah and advice aku makan ubat. Aku insist cakap tak nak sebab kita kan biasa ditakut2kan dengan ubat ni. Kalau dah makan ubat kena makan seumur hidup. Tapi doktor terangkan yang ubat sebenarnya tak bahaya. Tak makan ubat lagi bahaya. Kalau aku makan ubat mungkin aku akan free dari risiko strok sampai la aku umur 60 tahun. Tapi kalau tak makan ubat, aku boleh 'jalan' bila-bila masa menjelang umur 35. Mendengarkan tu, tak sanggup aku. Banyak lagi nikmat hidup ni yang aku tak rasa. Jadi aku ikut cakap doktor dan sejak hari tu aku jadi pengunjung setia KK(klinik kesihatan).

Tahun 2014, selepas tamat je kursus DPA (bagi geng2 batch 44, I love you all), aku mula rasa dah sampai masanya untuk aku pregnant. Aku mula join group TTC. Dari situ baru tahu yang nasib aku tak la teruk sangat. Masih ramai yang tak ada zuriat, malah lagi lama kahwin daripada aku. Dari group TTC pulak aku dapat tahu tentang Group PCOS. Dalam group tu, rupa-rupanya ramai jugak yang menghidap PCOS. Itu yang tahu dia ada PCOS, yang tak tahu mungkin ramai lagi. Dari group PCOS ni, macam-macam ilmu aku dapat. Tak perlu nak jumpa doktor bagai, malah ilmu yang ada lebih bagus dari ilmu yang doktor sampaikan. Salah satu ilmu yang aku dapat adalah, pesakit PCOS kenalah mengamalkan pemakanan khas. Badan pesakit PCOS ada masalah untuk memproses glukos, maka kena elakkan makanan yang manis dan berkarbohidrat. Pesakit PCOS juga kena elakkan makanan2 soya based contohnya air soya, tahu, tempe, kicap dll. Daripada situ pulak, aku tahu tentang diet Atkins. Maka aku join pulak group Diet Atkins Malaysia. Sepanjang aku follow group tu, ramai yang berjaya pregnant lepas berDA. Memang rezeki Allah bagi, tapi rezeki pun tak datang kalau kita tak berusaha. Mungkin DA adalah salah satu usaha yang aku kena buat.

Maka pada 8 APRIL 2014, aku mulakan misi menurunkan berat badan aku yang tertunda sejak tahun 2011. Harapan nya sangat kuat iaitu untuk berjaya pregnant satu hari nanti. Dalam tempoh 4 bulan aku berDA, aku berjaya turun sebanyak 15kg. Dari 78kg ke 63kg. Dalam pada itu, aku ada juga amalkan susu kambing. Alhamdulillah. Masa ni aku rasa dah patut aku pergi gynea semula untuk check sama ada PCOS aku masih teruk tak seperti tahun 2012 dulu. Kali ni aku decide jumpa Dr. Adilah dari hospital pantai KL. Dua kali aku jumpa dia. First masa aku CD13. Aku cakap dengan doktor aku ada PCOS, doktor tak percaya mungkin sebab aku dah tak segemuk dulu dan jerawat aku pun dah tak ada. Macam biasa buat TVS scan, Alhamdulillah, dah tak ada polycyst, yang tinggal cuma kantung-kantung telur which means aku pernah ada polycyst. Dan yang paling menarik, ada telur yang dominant dalam ovari aku. Telur yang memang tunggu masa nak ovulate. Happy sangat-sangat. Jadi doktor dah jadualkan awal-awal berapa kali aku kena bersama dan 2nd appointment aku kena datang balik pada CD17 untuk tengok sama ada telur tu boleh keluar atau tak. Second appointment pergi, Alhamdulillah, telur dah ovulate. Jadi doktor bagi ubat kuat rahim dan cuma tunggu dan berdoa sehingga aku lewat period dan check upt sendiri.

Pada 16 September 2014, Hari Malaysia, dengan semangatnya aku check UPT. Alhamdulillah, timbul line kedua. Sepanjang hampir 3 tahun aku berkahwin, pertama kali nampak line ni. excited sangat. 19 September 2014, aku ke klinik kesihatan untuk sahkan pregnancy, Alhamdulillah. (awal sebab aku ada darah tinggi, baik mencegah dari mengubati)

Sekarang tindakan aku, jaga diri baik-baik dan banyak-banyakkan berdoa. Sememangnya pesakit PCOS berhadapan dgn risiko keguguran yg tinggi. Pemakanan mesti dijaga. Apa yg kena pantang kena la pantang. Semoga aku berjaya mengharunginya.

Moral kepada story aku hari ini.

1) Jika korang rasa ada simptom2 PCOS, teruslah berjumpa doktor pakar. Jangan jumpa doktor biasa saja.
2) Jika korang confirm ada PCOS dan ada masalah berat badan, tolongggggg la turunkan berat badan.
Boleh amalkan diet low carb, atau nak lebih cepat diet atkins. Elakkan makanan soya based, ia akan memburukkan keadaan anda.
3) Jika semua usaha dah dibuat, jika ada duit lebih, berjumpa la dengan pakar untuk mengetahui keadaan semasa anda. Mungkin bukan sebab PCOS saja anda tak mengandung. Mungkin tiub filipio tersumbat, or mungkin juga masalah tu berpunca dari suami ada. Untuk tahu semua tu, jangan malas untuk jumpa doktor.
4) Setelah berusaha, tawakallah, dan banyak-banyakkan berdoa. Rezeki itu semua dari Allah.
5) Jika dah berjaya pregnant, sila teruskan pantang larang bagi pesakit PCOS bagi mengelakkan perkara yg tak diingini. (Aku skrg berada di phase ni).


Tujuan blog ni bukan la untuk menongkah langit, cumalah untuk tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman. Doakan aku dan baby selamat hingga la hari kami bertemu nanti. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari aku sendiri.

P/S.: Kepada kawan-kawan FB aku, kalau boleh cerita ni disini sahaja dulu ye. Boleh la nak share post ni, cuma kalau nak wish apa2 jangan di FB ye, tq =)

P/S terkini : Rezeki tidak memihak pada aku dan Allah dah tarik nikmat yang sementara ini. Kita cuba di lain kali. =)