My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 10 November 2016

My Nine Months Journey - Cabaran Mengandung

Assalamualaikum semua. Semoga masing-masing masih kekal positif. Salam perkenalan pada kawan2 yang baru add aku dekat fb. Dekat fb aku tak share lagi news yang aku pregnant. So, korang memang takkan dengar aku update pasal pregnancy la dalam fb. Cukup la aku share kat blog ni dulu, sebab blog ni memang khas untuk kita-kita yang berusaha nak anak.

Bagi yang masih mencuba, teruskan amalan pemakanan sihat, banyakkan bersenam, banyakkan berdoa, dan kekal positif. Jangan stress2 ok.

Ok, nak share sikit tentang cabaran yang aku hadapi sepanjang aku pregnant 3 bulan ni. Baru 3 bulan. Ada 6 bulan lagi nak lalui. Tapi Alhamdulillah, 3 bulan aku tak la terlalu sukar. Aku tak mengalami sebarang alahan, takde muntah2, takde yang jenis terlepek je. Kadang2 tu ada la, tapi tak teruk. Makan pun aku tak memilih. Semua aku boleh makan. Cuma aku jaga la sikit pemakanan. Sehabis baik aku kurangkan pengambilan gula. Air manis aku kurangkan, paling sangat pun aku minum susu or jus buah. Nasi memang aku kena ambil sebab level lapar aku sekarang berada di tahap maksima. Setiap 2 jam akan kelaparan.

Apa yang jadi kalau aku biar je aku lapar, makan datangla macam2 sakit. Kembung perut la, pedih ulu hati la. Penah satu malam, tengah tidur, tiba2 terjaga sebab perut teramat sakit. Kembung angin. Padahal sebelum tidur dah bantai makan nasi. Fuh, memang tak tahan. Nak buat apa pun tak tau. Nak sapu ubat pun takut. Akhirnya mintak en suami urut tanpa ubat la. En suami memang hebat mengurut. Dia tekan sikit2 je, dia pulak yang sendawa. Lepas urut baru la lega sikit, dapat la tidur. Esoknya terus ambil cuti, dan mintakkan en suami buatkan sup bubuh halia banyak2. Aku buat jugak air madu dan halia. Alhamdulillah lega. Cuma bila lapar aku makan untuk elakkan sakit semua. Makan sikit pun takpe, janji cukup untuk hilangkan lapar.

Satu lagi cabaran yang aku hadapi adalah sakit pinggang. Sakit yang lebih kepada lenguh. Bukan dekat bahagian pinggang je, bermula dari tulang punggung sampai la ke bahu. Biasanya sakit bila nak tidur la. En suami jugak la jadi mangsa untuk urutkan. Aku ada beli satu ubat spray ni. Nama Biobax. Memang membantu la ubat ni. Ubat ni pun memang khas untuk ibu mengandung. Kalau tak mengandung, lagi la boleh. Nanti aku share gambar.

Gambar seperti yang dijanjikan
Setakat ini je aku nak share untuk post kali ni. Next week aku ada check up dekat dr Hamid, nanti aku share perkembangan baby. Doakan semuanya sihat, semoga kawan2 aku pun sihat dan happy, Amin.

Tuesday, 25 October 2016

My Nine Months Journey - Week 10

Alhamdulillah, hari ni kandungan aku dah berusia 10 minggu. Seperti yang dijanjikan, aku akan update perkembangan terkini aku. Buat masa ni, dah 2 kali aku buat check up dekat klinik Dr. Hamid dan sekali di Klinik Kesihatan (masa bukak buku).

Dengan dr Hamid, aku kena check up setiap 2 minggu sehingga kandungan berusia 4 bulan. Lepas 4 bulan mungkin hanya perlu check up sebulan sekali, aku pun taktau. Check up pertama masa aku 8 minggu. Scan baby macam post sebelum ni. Masa tu dah nampak heart beat. Kalau macam first jumpa doktor hamid, aku kena makan metformin dan cucuk proluton. Tapi kali ni doktor bagi duphaston. Bagi TTCian rasanya dah tau kan function dupaston ni? Duphaston ni tujuan nya untuk kuatkan rahim. Aku kena makan ubat ni untuk tempoh 2 minggu.

Next check up nya pulak semalam, iaitu masa minggu ke-10. Kali ni aku jumpa dr aimi. Happy gila dr aimi bila jumpa aku. Berkali2 dia ucapkan tahniah. Aku pun memang nak sangat jumpa dr Aimi, nak ucapkan terima kasih kerana atas bantuan dia, impian aku nak dapat anak tercapai. Bila scan, terkejut tengok baby membesar dengan sihatnya. Tak tau la nak gambarkan perasaan macam mana, tapi aku banyak tergelak sebab baby bergerak2. Dr kata baby tengah mengeliat, lepas tu siap angkat2 kaki. Subhanallah, Maha suci Allah. Rasa besar sungguh kebesaran Allah. En suami pun tengok jugak masa tu. Memang saja aku paksa tengok sekali. Ikutkan dia agak takut kalau bab2 ni. Tapi bila dah tengok dia pulak yang suka. Selesai scan, dr aimi tak habis lagi ucap tahniah..hihi. then amik ubat, kali ni dr tambah calcium. Metformin, dupaston semua dah stop. Sekarang hanya makan suppliment.

10 week
Ok, selesai cerita check up semalam. Nak cerita pasal aku bukak buku merah pulak. Aku bukak buku masa minggu ke-7. Sebabkan ada pengalaman bukak buku masa kandungan yang lepas, aku tau yang aku kena call dlu untuk buat appoinment. Aku call masa minggu ke-5, date yang free adalah minggu ke-7 tu. Standard procedure nak bukak buku, first kau akan diinterview oleh misi, sebab nak isi detail kau dalam buku merah. Then kena amik darah. Selesai amik darah, tunggu pulak nurse panggil untuk basic check up. Masa check up dengan nurse dia akan tanya apa penyakit kau, ubat ape kau makan, lepas tu dia akan advice kau based on condition kau sekarang. Kalau aku yang ada darah tinggi, dia akan suruh aku tengok simptom2 tertentu dimana kalau simpton tu terjadi aku kena cepat2 pergi ke hospital. Aku tak ingat apa benda sakit tu, tapi semua rujukan dalam buku merah. Lepas dah jumpa nurse, tunggu turn pulak nak jumpa doktor. Dekat dr pun dia check lebih kurang macam nurse buat tadi, cuma dia ada buat ultrasound. Masa buat kali ni, tak berapa nampak janin aku. Cuma nampak kantung je. Lagi pun ultrasound dekat KK guna scan yang dekat perut. Compare dengan klinik dr hamid dia scan guna tvs. Jadi lebih terang la scan dr hamid. Dr KK minta aku buat ujian darah Thyroid disebabkan aku ada history thyroid. Result kena bawak untuk next check up. 

Aku dah buat pun ujian thyroid tu, dan keputusan nya, bacaan thyroid aku agak tinggi. Mula2 aku agak risau. Tapi bila aku bawak result ni ke Dr Hamid, dia kata tak ada isu sangat sebab ada sebilangan ibu2 yang akan mengalami masalah yang sama macam aku benda tu perkara normal. Jadi aku takde la risau sangat. 

Next week aku ada appoinment dengan KK pulak. Semoga semuanya berjalan lancar dan doakan aku dan kandungan sihat. Tq semua kerana sudi membaca kisah panjang lebar aku. Have a good day, and stay positive. BYE.

Wednesday, 19 October 2016

My Nine Months Journey Begin

Assalamualaikum. Sorry la lama menyepikan diri. Malas teramat2 nak update blog. Terima kasih kepada semua yang follow blog ni sama ada yang aku kenal atau pun sapa2 yang jadi silent reader. (waaa..perasan hot plak).

Post kali ni cuma sekadar untuk menghormati kawan2 follower yang tunggu perkembangan semasa. Insyallah, cerita yang lebih panjang lebar akan aku update next week. Aku akan cerita macam mana follow up aku dengan Dr Hamid Arshat dan juga macam mana aku buat buku merah dekat klinik kesihatan.

For now, aku share gambar baby dulu =)


Ikut kiraan date, masa ni aku 8 minggu. Tapi ukuran baby umurnya 7 minggu. Doakan semuanya berjalan lancar ye kawan2.

Kita jumpa next week. Byee.

Sunday, 2 October 2016

Metformin dan Im proluton

Seperti yang sedia maklum, lepas saje jumpa doktor hari tu, aku dibekalkan dengan bermacam-macam ubat. Tapi aku tertarik nak ulas pasal 2 ubat ni iaitu metformin dan im proluton. 

Metformin

Ubat ni tak asing lagi bagi pesakit kencing manis dan pcos. Tujuan ubat ni adalah untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Kalau orang yang ada penyakit kencing manis kita faham la kan kenapa nak kena control gula. Tapi untuk pesakit pcos, kenapa nak kawal gula pulak kan? Bagi yang tak tahu, pesakit pcos akan mengalami insulin resistance dimana badan tidak boleh proses gula sebaiknya. Gula dengan jumlah yang sepatutnya akan diproses menjadi tenaga, tapi gula yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak. Disebabkan pesakit pcos mempunyai masalah untuk memproses gula dalam badan, kebanyakan pesakit pcos akan mempunyai masalah berat badan berlebihan serta mudah mendapat kencing manis. Sehubungan itu, metformin membantu untuk mengawal kandungan gula dalam badan seterusnya turut meningkatkan kesuburan pesakit pcos.

Berdasarkan beberapa kajian, didapati penggunaan metformin dapat meningkatkan kesuburan bagi pesakit pcos. Tapi macam mana pula kebaikan metformin untuk ibu pcos yang mengandung. Berdasarkan pembacaan aku, terdapat kajian yang mengatakan metformin ni membantu untuk mengurangkan risiko keguguran pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang kukuh berkaitan ni. Tapi mungkin Dr Hamid prescribe aku dengan metformin berdasarkan pengalaman dan kepakarannya dalam bidang O&G.

Tapi apa2 pun dapatkan nasihat dari pakar sebelum korang nak consume ubat ni.


Untuk bacaan yang lebih jelas dari pakar, boleh refer blog ni.



Im Proluton

Untuk im proluton ni aku tak jumpa articel pasal dia. Nanti kalau aku jumpa aku share. Tapi aku nak cerita sikit pengalaman aku guna ubat ni. Ni bukan ubat makan ye. Ubat ni perlu disuntik dekat punggung. Tujuan ubat ni untuk kuatkan rahim.

Berdasarkan nasihat doktor aku perlu disuntik sebanyak 5 kali. Perlu diambil selang sehari. Dr hamid dah siapkan surat so aku just bawa saja ke mana-mana klinik. Walaupun ubat ni kecik je, tapi sakitnya, boleh tahan jugak..huhu..sakit gila bila kena cucuk. Sebelum doktor cucuk pun, doktor dah pesan yang ubat ni agak menyakitkan. Ini disebabkan ubat ni oil based. Setiap kali dicucuk aku mesti demam. 

Tapi tu la pengorbanan aku aku kena buat untuk dapatkan anak. Hadapkan je la. Sehingga hari ni ada 2 ubat lagi kena cucuk. Berdebar-debar tiap kali nak cucuk.



Semoga dipermudahkan segalanya selepas ni. Amin.

Wednesday, 28 September 2016

Appoinment Dr. Hamid - Kali Ke3

Alhamdulillah, masih sihat sehingga hari ni. Lepas saja tau yang aku pregnant, aku cuba call klinik dr hamid. Hampir lima hari aku call setiap hari, tapi tak berangkat. Nak tak nak, aku terpaksa serbu terus klinik. 

Memang kebetulan aku ambil cuti disebabkan ada urusan lain. Pukul 1130 aku sampai di klinik Dr. Hamid. Klinik baru dekat Bukit Jalil. Tak susah nak cari. Direction boleh dapat dekat FB Dr Hamid. Bila dah sampai, sesat jugak cari klinik. Bila tanya guard rupanya kena masuk kawasan hotel untuk ke klinik.

Niat di hati sebenarnya cuma nak buat appoinment. Tak terpikir pun nak jumpa doktor semua. Tapi bila aku register and bagitau nurse yang aku ada darah tinggi, nurse insisted nak aku jumpa doktor. Masa tu dah 1130, urusan aku pukul 12. Aku cakap aku tak cukup masa ni, kalau jumpa doktor petang boleh tak? Nurse dengan baik hatinya, terus jumpa doktor dan mintak aku jumpa doktor masa tu jugak. Memang semua que aku potong. Tapi nasib baik la patient tengah tak ramai. Rezeki aku la nak jumpa doktor cepat.

Kali ni aku terus jumpa dr Hamid. Tak jumpa dr aimi. Happy nye rasa hati. Dah lama teringin nak jumpa dr Hamid. Sebelum jumpa doktor, aku kena scan dulu. Scan dibuat oleh assistant doktor. Dr. Hamid cuma tengok gambar scan je.

Bila jumpa doktor, dia tengok rekod aku, tengok gambar scan. Dr kata dah nampak kantung, tapi belum lagi nampak janin. Then bila dia tengok rekod aku ada PCOS, dia kata aku dalam tempoh kritikal dimana aku memang kena jaga baik2 kandungan sebab risiko untuk gugur sangat tinggi. Ermm, seriau dengar. Maka untuk make sure aku dapat rehat secukupnya, dr terus bagi aku mc untuk 2 minggu.

Sebelum balik, aku kena cucuk dulu dekat punggung. Tujuan ubat tu untuk kuatkan rahim. Then aku kena cucuk lagi empat kali. Next cucuk just bawak ubat dan referral letter dekat mana2 klinik. Selain tu ada jugak suppliment2 lain yang aku kena makan.


Pukul 12 urusan dekat klinik semua dah selesai. Total cost RM350. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Insyallah next appointment lepas 2 minggu. Buat masa sekarang, kena rehat banyak2 dan berdoa semuanya dipermudahkan. Amin.


Monday, 19 September 2016

My IUI Result

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi aku masih bernafas dan sihat lagi sampai hari ni. Bertambah bersyukur lagi, bila IUI yang aku buat tempoh hari dengan Dr. Aimi membuahkan hasil. Alhamdulillah. Syukur. Syukur.

Ikutkan kata Dr, aku sepatutnya test upt pada minggu ke3. Tapi masuk minggu ke2 lepas IUI, aku dah rasa semacam. Breast rasa membengkak, perut extra cramp. Simptom macam nak period, tapi hati aku yakin rasa bukan period. Masa test pun pukul 3 pagi..haha. Masa ni sebab terjaga rasa nak kencing. Tiba2 pikir, alang2 check je la upt terus (aku memang dah ada stok upt, beli borong..kui kui). Tunggu sekejap je, terus muncul 2 line. Ya Allah. Tak tau nak  kata apa. Nak kejutkan en suami masa tu, tak sampai hati pulak. Buang tebiat apa bangun 3 pagi ni. Maka terpaksa la tunggu sampai subuh nak sampaikan berita gembira.

Guna Upt murah je

Next step nak kena call klinik Dr. Hamid Arshad balik untuk set tarikh nak scan baby. Oh, untuk makluman, klinik Dr. Hamid dah berpindah ke Bukit Jalil dan kalau nak call kena call hp sebab dia tak ada lagi telefon. Info pasal klinik baru boleh refer FB Dr Hamid.


Doakan aku dan baby sihat dan selamat sehingga melahirkan. Terima kasih kepada yang mendoakan aku. Semoga semua TTCian akan merasa pengalaman mengandung juga. Aku doakan. Amin.

Monday, 5 September 2016

Second Appoinment dan IUI - Klinik Dr. Hamid Arshad

Selepas jumpa doktor Almy hari tu, doktor dah siap2 bagi clomid untuk makan kalau aku period. Jadi bile dah period, aku kena makan clomid dari hari kedua sampai la hari keenam. First day period pulak aku kena call klinik untuk dapatkan tarikh next appoinment. Doktor dah tetapkan aku kena jumpa dia dalam hari ke 19 or 20 sebab dijangkakan telur aku akan matang dalam waktu tu. Jadi bila dah kira-kira, hari 19 dan 20 aku jatuh hari sabtu dan ahad. As usual, timing aku sentiasa tak kena. Maka, date jumpa doktor dianjakkan ke hari isnin iaitu hari ke21.

Bila sampai hari yang ditunggu-tunggu, pukul 730 aku dah sampai depan klinik. Macam biasa kena tulis nama dulu, Alhamdulillah, aku orang pertama sampai. Selesai breakfast, 830 naik semula ke klinik. Bila dah register, tunggu doktor panggil dalam pukul 9. Masuk bilik doktor terus doktor nak scan telur. Alhamdulillah, ada 1 telur dekat ovari kiri. Terus doktor suruh buat iui masa tu. Aku pulak masa tu terkejut jugak la, rasa macam cepat pulak nak buat iui ni. Tapi nak tunggu apa lagi kan, aku terus setuju.

Keluar bilik doktor, tugas husband pulak kena keluarkan sperm. Kemudian kami kena tunggu sperm diproses. Katanya dalam 45min siap, tapi tunggu punya tunggu, dalam 1230 baru nama aku kena panggil.

Masa ni dah berdebar2 la, macam2 zikir keluar. Doktor kata sperm husband cantik. Alhamdulillah. So sekarang turn aku pulak. Baring atas katil, lepas tu nampak doktor dah keluarkan muncung itik..seram siot. Procedure seterusnya aku tak yah cerita la ye. Tapi sakitnya, perghhh..memang menusuk kalbu la. Ada orang buat iui tak rasa apa2 kan. Aku pulak lain, sakitnya sama macam buat HSG. Doktor kata sebab pintu rahim aku sempit, so dia kena bukak. Maka menahan sakit la aku atas katil tu.

Selesai procedure, aku kena baring dalam 5 minit. Doktor advice untuk bersama dengan suami 2 3 kali lagi selepas ni. Kemudian tunggu 3 minggu untuk tau result.

Pukul 1 selesai semua nya, kos untuk iui adalah RM900. Maka bermula 3 weeks wait aku. Segala aktiviti lasak diberhentikan serta merta. Diet masih diteruskan. Semoga ada rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata kali ni. Insyallah.