My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 30 September 2015

Hikmah

Aku sebenarnya tak suka nak cerita sedih-sedih sangat dalam blog aku ni. Tapi, ada masanya memang tak ada tempat aku nak luah perasaan. Aku rasa, ni aku rasa la, orang yang tak ada masalah untuk TTC tak akan dapat menyelami perasaan orang yang memang susah nak dapat anak. Buktinya, bila aku luahkan perasaan pada orang yang memang dah ada anak, respon dia sangat mengecewakan berbanding orang yang betul-betul ada masalah nak dapatkan anak.

Or even, kalau aku luahkan pada orang yang belum kawin. Sama ada dia akan jadi sangat positif or sangat negatif. Sangat positif maksudnya dia tak boleh rasa lagi pressure nak dapat anak. Yang negatif pulak lebih kepada, 'kau untung la dah kahwin, aku ni tak tau bila nak kahwin'. Memang betul la apa diorang ni cakap. Sebab tu kalau kita susah, kita tengok orang yang lagi susah dari kita. Baru kita tahu erti bersyukur.

Tapi, luahan aku kali ni bukan sebab aku tak bersyukur. Ini lebih kepada sedih. Sedih kali ni, bukan takat sedih sikit-sikit. Sedih macam di tikam pisau kat hati. Bukan sekali tikam, berkali-kali (haa, betapa nak cakap sedihnye tu).

Apa punca aku sedih sangat ni? Dalam masa 2 bulan je ni, aku dapat 5 news kawan-kawan yang baik dengan aku mengandung. Dapat tahu berita baik yang pertama, aku dah melalak dah. Lepas tu, tak sampai seminggu, dapat lagi tau dari kawan lagi satu. Dan terus la bersambung sampai ke hari ni, kawan aku yang ke lima pulak mengandung.

Kau faham tak perasaan tu? Aku bukan dengki, malah aku happy untuk diorang. Tapi aku sedih sebab aku tak dapat lagi nak rasa pengalaman tu. Tapi aku memang sentiasa yakin ada hikmah disebalik perancangan Allah. Tapi aku kena akui, aku manusia biasa, rasa kecewa tu perkara biasa.

Solution untuk masalah macam aku ni? Aku rasa tak akan ada solution. Perasaan ini akan keep on terjadi setiap kali aku tahu orang-orang terdekat aku mengandung sampai la aku sendiri mengandung nanti.
 




Wednesday, 9 September 2015

Trip ke Sarawak

Dalam korang bersedih masih belum ada anak, tidakkah korang gembira masih boleh berjalan2 tanpa memikirkan urusan anak? Nikmat Allah manakah lagi yang hendak kau dustakan?

Disebabkan itu la korang akan perasan yang aku suka berjalan dan enjoy hidup aku sebab ramai sangat yang pesan kat aku suruh gunakan masa sepenuhnya masa tak ada anak ni untuk berjalan. 

Sehubungan daripada itu, aku dan family pun plan la trip jalan-jalan ke Sarawak (hahaha..ni semua alasan nak berjalan je). Kami satu family ni memang tak pernah lagi sampai Sarawak. Nama je 1Malaysia. Sarawak pun tak pernah pergi, bikin malu je.

Trip kali ni kami pilih untuk bercuti di Kuching. Tiket flight memang dah beli awal sebab ada promotion MAS. Harga tiket RM275 seorang pergi dan balik. Bagi yang ada plan nak pergi Kuching, meh aku share skit info untuk mudahkan korang. Semoga membantu.

Tempat Tinggal

Eden Apartment - Aku book tempat tinggal guna Agoda. Aku pilih konsep apartment sebab kami semua ni berenam. 2 couple plus mak dan adik bujang aku. Apartment ni ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Katil pun queen size. Memang sesuai untuk kami. 
Lokasi apartment dekat dengan airport. Kalau nk ke bandar Kuching lebih kurang 20minit.

Kos penginapan untuk satu malam adalah RM270. Kami tinggal untuk 2 malam jadi total RM540. Bagi aku berbaloi la. Kalau tinggal hotel, tak dapat harga ni untuk 3 bilik.

Setiap bilik dilengkapi dengan air corn, tuala bagi setiap seorang, mesin basuh, peti ais, tv semua ada. Cuma tak boleh masak je dalam rumah ni. Takpe la, kitorang memang malas nak masak..hahaha.

Aku rasa kalau nak sewa rumah ni, boleh kot direct terus pada owner. Nama dia Clara, no phone 0128884843.

Sewa Kereta

Thanks to internet, maklumat semua di hujung jari. Aku dapat contact owner kereta pun dari internet.
Sewa avanza RM170 sehari, tapi dapat diskaun RM150 sehari. Kereta boleh pick up di airport dan pulangkan pun di airport. Kalau nak sewa kereta boleh la contact orang ni ye Wanz - 0198655054.


Tempat Berjalan

1) Kampung Budaya Sarawak

Tempat ni korang wajib datang kalau sampai ke Sarawak. Kiranya kalau kau datang sini, kau dah pusing satu Sarawak la. Sebab apa aku cakap macam tu. Dekat sini pengunjung akan diperkenalkan dengan budaya dan kaum2 yang ada di Sarawak. Korang boleh tengok rumah2 setiap kaum di Sarawak. Kira macam dah pusing satu Sarawak la kan?

Harga tiket adalah sebanyak RM60 seorang. Ada diskaun untuk pelajar (dengan student card) dan warga emas.

Ada persembahan tarian dibuat di teater Kampung Budaya. Shownya adalah pada pukul 11 pagi dan 4 petang. Memang terpegun la tengok artis2 kampung budaya ni menari. Tak semena-mena aku rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Aku sendiri kagum dengan kepelbagaian kaum dalam Malaysia ni.

Lokasinya dekat Santubong. Perjalanan dari Bandar Kuching lebih kurang 1 jam.





Rumah Suku Bidayuh

2) Jong's Crocodile Farm

Nama pun crocodile farm, jadinya banyak la buaya dekat sini. Harga tiket bagi dewasa adalah RM22. Make sure korang datang ikut timing sebab pukul 11.30, akan ada sesi bagi buaya makan. Bukan bagi macam tu je. Ni dia gantung ayam dekat tali dan buaya tu akan lompat untuk makan. Memang pengalaman yang sangat menarik dan memang takkan jumpa kat tempat lain. Bayangkan la buaya yang besar 3 kali ganda dari orang ni melompat. Ngeri siot.

Selain dari buaya, ada juga binatang lain macam ular, ikan, burung..banyak lagi la..


3) Pasar Serikin

Lepas balik dari tengok buaya, kami ke pasar serikin. Aku pergi sebab ramai yang suggest sbb barang2 kat sini murah. Tapi nak pergi ke pasar ni agak jauh sebab dia dah nak ke sempadan Indonesia. Yang menjual kat pasar ni pun kebanyakan nye or boleh cakap hampir semuanya orang Indonesia. Perjalanan dari crocodile farm mengambil masa 1 jam lebih.

Kalau korang jenis nak cari kain batik sarawak, periuk belanga, tikar sarawak..boleh la cari dekat sini. Make sure korang borong sebab tak berbaloi jalan jauh2 kalau tak beli kan.

On the way back ke Kuching, kami singgah dekat satu gua. Gua ni temple la lebih kurang. Tapi tak salah la nak melawat.


4) Medan Niaga Satok

Kat sini pulak kalau korang nak beli ikan terobok. Memang murah sangat. Seekor ikan terobok RM25. Bukan terobok kecik2 anak tau, besar2 bapak. Kitorang beli terus 4 ekor. Makan la sampai pengsan..haha..Selain terobok, boleh juga beli benda2 lain. Contohnya rempah laksa sarawak. Macam aku, aku beli garam gunung bario, minyak kelapa dara yang pure punya dan belacan sarawak.

Aku cadangkan kalau korang nak ke sini beli ikan terobok, boleh ke kedai no. B67. Selain harga murah, dia boleh packkan kan ikan kau untuk senang nak masuk dalam flight. Dia pun ada service untuk pos ikan ke semenanjung ni.


5) Kek Lapis

Ada dua kedai kek lapis yang popular di Kuching iaitu Dayang Salhah dan Mira Cake House. Cara terbaik untuk ke kedai ni, dengan cepat, pantas dan tuntas adalah dengan menaiki sampan. Korang pergi je dekat waterfront kuching, korang akan nampak sampan yang kulur kilir. Naik saja sampan tu dan bayar la RM1 seorang. Tak sampai 5 minit korang akan sampai to the other side. Jalan sikit je, korang akan nampak Mira Cake House dulu. Depan lagi, baru jumpa Dayang Salhah.




Kalau tak nak naik sampan, masih boleh naik kereta. Tapi jauh la, perjalanan pun lebih kurang 30 minit.


Makanan

Kalau dah sampai sarawak, tak sah la kalau tak cuba makanan sarawak kan. Makanan macam mee kolok, laksa sarawak rasanya boleh didapati di mana-mana kedai pun. Tapi bila aku rasa, aku bukan la peminat makanan sarawak. Aku tetap suka makan laksa penang la or even laksa johor.

Sarapan

Kopi 'O' Corner

Kedai ni memang popular di sarawak. Menunya lebih kurang makanan di semenjung je, tapi ada la tambahan mee kolok dan laksa sarawak tu.


Mee Kolok

Tengah Hari

Makan tengah hari ni kami tak fokus sangat sebab kebanyakan masa kami tengah berjalan. Bila lapar kami menyinggah. Macam first day, kami makan di foodcourt dekat dengan Kampung Budaya Sarawak. Dan hari kedua kami singgah di Kompleks Islam Sarawak. Makan dan solat di sana.

Malam

TopSpot
Lagi satu kewajipan kalau pergi Sarawak adalah untuk makan seafood. Tempat yang popular untuk makan seafood adalah di Topspot di bandar kuching. Aku cadangkan korang ke gerai ABC. Order ikan masak mangga dengan terubok bakar sambal. Boleh menangis makan..hahaha.


RJ Ayam Penyet
Lagi satu yang popular adalah RJ Ayam Penyet or RJ Ayam Bakar..sama je. Kat sini yang popular harusla ayam penyet. Aku cuba ayam bakar. Memang sedapla. Lagi satu benda wajib kau order kat sini adalah pisang cheese.

Perjalanan kami di sana semua pakai waze saja. Make sure la korang ada power bank yang fully charged sebab handphone korang mesti selalu mintak nyawa punya.





Monday, 24 August 2015

Honeymoon di Genting - Tips berjimat di Genting

Genting? Aku rasa ramai dah tak letak kan Genting sebagai list tempat untuk bercuti. Lagi pulak sejak taman outdoor dia tengah tutup untuk construction. Tapi bagi aku dan suami, tempat mana nak bercuti tu bukan satu isu pun. Janji dapat bercuti. 

Jadi sempena Birthday encik suami, aku decide untuk bercuti di Genting. Kenapa Genting? Sebab Genting sejuk dan boleh la aku ambil kesempatan nak peluk2 encik suami..kuikuikui.

Nak tahu kebaikan bila outdoor theme park Genting tu tutup? Makanya harga benda2 lain jadi murah la. Percaya tak, aku dapat book hotel First World dengan harga RM50 semalam. Berbaloi sangat la. Yang ni aku beli guna agoda je. Kalau tu dah kata murah, sekarang ni Genting tengah buat promotion lagi hebat. RM25 semalam, tak gila kau? Nak bukti?


Itu baru harga hotel. Harga tiket untuk tempat2 rekreasi pun jadi murah. Tapi dengan syarat, kau beli online siap2. Jangan beli dekat tiket kaunter, harga takde diskaun. Berapa harga tiket yang murah tu?

  Harga SnowWorld dari RM30.20 jadi RM19. Dah jimat RM11.20 seorang.

Tiket indoor dan Ripleys pulak dapat jimat RM10.40.

Sila berkunjung di Website Genting sendiri ye.
Nak jimat macam mana lagi? Berbaloi2 sangat la. Ada lagi beberapa aktiviti menarik yang korang boleh buat macam tengok wayang, naik cable car, atau korang boleh juga try attraction terbaru Genting iaitu Behind the Scene Tour. Aku tak ambil pakej ni sebab masa tak cukup. Harga tiket RM28. Tapi macam biasa, online je, dapat la diskaun nanti.

So, nak sambung cerita aku kat Genting.

Pukul 9 macam tu aku bertolak dari Putrajaya. Aku pilih pergi hari Ahad dan Isnin. Ambil cuti la hari Isnin tu. Sampai di Genting lebih kurang pukul 11. Terus pergi ke First World. Ikut saja signboard. Terus parking di bangunan First World. Hotel dan tempat berrekreasi di bangunan yang sama. Parking pulak free, jimat lagi.

Sampai terus kami redeem tiket yang beli online tu. Kaunter tiket di aras 2A, dekat sebelah SnowWorld. Untuk indoor aktiviti, dia akan bagi pakai gelang kertas tu, unlimited access sampai la tutup Genting pada hari tu. 

First aktiviti adalah ke Ripleys Believe it or not. Ala, rancangan tv tu. Tapi ni dalam bentuk muzium. Memang sangat2 menarik. Berjalan dalam tu je aku ambil masa dalam 1 setengah jam. Ikutkan hati memang lama lagi aku kat situ, tapi sebab nak kejar SnowWorld. Tiket Snowworld ni bermasa, so kau tak boleh nak ikut suka hati masa kau je.

 




Jika tuan bijak laksamana hang tuah, jawab soalan berikut:



 Jawapannya...pergi Genting sendiri la nak tau jawapannya...hahaha.

Selesai jalan di Ripleys, kami sambung jalan dekat SnowWorld pulak. Baju, kasut semua jangan risau, pihak SnowWorld sendiri dah sediakan. Yang tak best dekat sini adalah, korang tak boleh nak tangkap gambar sendiri. Handphone dan camera semua dilarang masuk. Kalau nak tangkap gambar kena guna photographer dia dan harga sekeping gambar adalah RM50. Gile kau. Cekik darah betul. Kalau nak banyak, boleh mintak dia burn CD je, tapi harga dia RM130. Lagi sekali, gile kau. Tapi sebab encik suami bermurah hati, kitorang beli juga la sekeping gambar untuk kenang-kenangan.

Terima lah kiriman kasih sayang kami dari iceland dengan ucapan kami tak dapat balik Malaysia untuk Merdeka kali ni sebab mata wang Malaysia tak laku kat sini. 
 
Aktiviti seterusnya adalah makan. Ok, ni salah satu kelemahan Genting. Restoran halal memang agak limited di sini. Kalau korang jenis makan fastfood tak ada masalah sebab ada Marrybrown, Pizza dan Mcd. Lain2 option boleh makan di Kenny Rogers dan Nyonya cafe atau Only Mee. Ada juga foodcourt tapi aku tak sempat nak pergi. Dan harga pun boleh tahan mahal. Jadi pilihan terbaik, bawak la roti or megi siap2. Aku ada nampak satu family ni, makan megi dekat tempat lapang depan hotel. Syok ooo makan megi panas masa sejuk2. Kenapa la aku tak terfikir nak buat macam tu.

Nextnye kami check in hotel. Waktu check in adalah pukul 3. Kalau nak check in tak perlu dah nak ke kaunter. Ada mesin check in disediakan. Cuma masukkan IC saja. Macam tu juga kalau nak check out.

Aktiviti malam kitorang berjalan2 pusing Genting ambil angin malam. Sejuk tapi tak sesejuk genting yang dulu. Tak pakai sweater pun masih oleh bertahan. Then balik hotel terus tido sebab dah penat berjalan satu hari.

Esoknya memang tak buat aktiviti ape. Selesai sarapan kami check out dan turun ke Gohtong sambil pekena teh tarik. Kesimpulannya, aktiviti singkat dekat Genting dengan orang tersayang dah cukup membahagiakan untuk aku. Kalau orang tersayang nak belanja jalan-jalan dekat London, lagi syok..haha.

Akhir kata, bye.


Thursday, 13 August 2015

Aku dan Atkins - Sihat dengan stevia

Kalau yang dah follow atkins, confirm korang tau pasal larangan mengambil gula dalam menu korang. Gula ni bukan saja ada dalam bentuk gula tebu yang selalu kita guna tu. Gula jugak adalah dalam nasi, buah-buahan dan makanan2 lain yang kita rasa tak manis pun. Sebab tu dalam atkins di larang ambil carb berlebihan dan buah-buahan. Tujuannya adalah untuk elakkan korang makan gula tu la. 

Bagi sesetengah orang, pengambilan gula ni tak la teruk sangat kesannya pada badan dia. Tapi pada aku, gula adalah sangat tak bagus untuk aku. Disebabkan aku ada PCOS, aku ada masalah dengan gula iaitu insulin resistance di mana badan aku tak boleh proses gula dengan betul dan jika pengambilan gula tidak dikawal, berpotensi besar untuk mendapat diabetis. 

Jadi, untuk menangani masalah ni. Option terbaik adalah menggantikan gula tebu yang kita selalu guna dengan stevia. Apa pulak stevia ni?

Stevia ni pun jenis2 manisan dan sumber dia adalah dari daun. Nama daun tu stevia la. Tapi, mana pulak nak cari daun stevia ni? Apa la susahnye, sekarang dah ada stevia liquid pun. Yang bagusnya dengan stevia, dia nya zero calories dan rasanya 200 kali manis dari gula biasa. Tak percaya? Aku dah buat experiment pun. Hari tu aku buat masak lemak. Bila masukkan stevia, termasukkan 2 titis.... 2 titis ok, bukan 2 sudu. Terus terlebih manis gulai aku. 

Ni dia stevia. Sebotol berharga RM50.




Sunday, 2 August 2015

Pengalaman Diving Course

Alhamdulillah. Bersyukur aku sebab masih bernyawa lagi di muka bumi Allah ini. Dengan izin Allah, aku diberi peluang untuk melihat lebih banyak ciptaan Nya.

Ok, itu namanya tazkirah di hari raya. 

Kepada yang tak tahu, ni nak bagi tau. Aku ni suka buat keje gile. Elok2 orang berehat kat umah, aku sibuk nak amik lesen diving. Akhirnya, selepas sekian lama plan, dan beberapa kali jugak tangguh, aku and the gang berjaya mendapatkan sekeping lesen diving.

Sikit maklumat pasal course diving aku ni.

Tarikh : 30 Julai - 1 Ogos 2015
Lokasi : Kg. Tekek, Pulau Tioman
Certificate : NAUI
Diving Center : Abect Housereef
Kos : RM1,200 termasuk penginapan, breakfast dan tiket feri (lunch dan dinner duit sendiri)
Team : 5 orang ( Yani, Fiqa, Syaza, Yus dan aku)

Kami gerak dari Putrajaya pada 29 Julai malam lagi, terus ke Mersing dan tidur di hotel murah sana.

First Day

Pagi2 lagi, bangun awal dan breakfast sebab kami nak kena kejar feri pukul 9 pagi. Kami ambil feri di jeti Mersing, ada juga option kalau nak ambil feri dekat jeti tanjung gemok. Perjalanan dari Mersing ke Kg. Tekek lebih kurang 2 jam. Kami sampai di Kg. Tekek lebih kurang jam 11.30. Terus call Kak Mimi, owner Abect dan makan tengah hari siap2 kat kedai makan dia.

Sampai di Hostel, solat semua, pukul 130 kami terus berkumpul di diving center. Tak jauh pun dari hostel, jalan kaki je. Sesi pertama adalah tayangan video. Ada 4 chapter yang kena tengok. Naui ada bagi sekali buku teks untuk kami refer. Mula2 tengok video memang tak paham la kan. Banyak sangat terms.




Settle tengok video, terus kami diperkenalkan dengan equipment untuk diving. Ada cylinder (tong gas), Mask, regulator, dry suit, fin, weight dan macam2 lagi la. Jadi masing2 dah dapat set masing2, kami di ajar untuk assemble dan dissemble equipment tu semua. Semua nye ada cara pasang dan buka dan kami juga diajar cara bersihkan benda2 tu semua. Setiap kali sesi, semua tu kami kena buat sendiri.



Dah siap assemble, bermula la aktiviti dalam air. Dari diving center tu, kena hangkut berkilo2 berat tong gas ke pantai..huhu..redah saja la


Aktiviti hari pertama tamat dengan kepenatan yang amat sangat. Tidur pun tak sedar dunia dah sambil berdebar2 nak tunggu hari esok.

Second Day

Hari ni aktiviti diving masih di kawasan pantai saja. Walaupun dekat pantai, kedalaman dia mencecah 5 meter juga, Banyak benda nak kena belajar masa ni, cara2 bersihkan mask dalam laut, cara bernafas, cara berenang, macam mana nak rescue kawan, macam2 la lagi belajar. Ilmu tu semua penting sebelum kita nak mula diving di laut yang lebih dalam.


Third Day

Hari terakhir training adalah boat dive. Maksudnya kami dibawah dengan boat ke tengah laut. Peralatan semua pakai dalam bot, dan dari bot kita terjun ke laut. Cuak jugak sebab masa ni kedalaman dah mencecah 18meter. Dari atas nampak gelap je dasar laut tu. Ngeri weh.

Tapi berbekalkan ilmu yang dah belajar masa second day, rasa confident la sikit. Bila dah confident, boleh la tangkap gambar banyak2..haha. Tapi maafkan diriku sebab camera murah je, tak sanggup lagi nk beli go pro.









 

Malam pula, kami kena exam untuk betul2 dapat sijil. Exam pun pukul 10 malam, mata dah tak boleh nak bukak. Alhamdulillah, berjaya dengan jayanya.



It was a good experience for me. Aku cadangkan korang pun patut cuba. Bak kata melayu jawa Live Our Life To The Fullest. Lepas ni boleh la pergi Mabul pulak. Dengan itu, bye semua.


Wednesday, 22 July 2015

Aku dan Atkins - Back To Normal

Selamat Hari Raya Semua.

Dah puas makan lemang, rendang dan benda2 lain yang menggemukkan? Aku dah...hahahaha.

Jadi, dengan kuasa membebel yang aku ada, jom kita start atkins balik. Tapi nak mula kan semula menu2 atkins, memang kembang tekak aku..tapi biasanya akan rasa macam tu dalam tempoh 2 minggu (kiranya waktu induction), tapi lepas dari tempoh tu kau memang akan jadi biasa.

Nak tengok ape menu atkins aku?



Ayam Panggang, Sayur2, telur, teh hijau. Standard menu la tu.

Tapi kali ni ada tambahan menu. Nampak yang putih tu? Tu namanya homemade mayonis. Haaa, kau hado. Nak tau cara2 buat mayonis?

Resepi Homemade Mayonis

Aku nak share resepi mayonis yang lulus atkins. Tak payah la korang buang duit beli kt kedai sebab mayonis kat kedai pun tak tentu lulus atkins atau tak.


Bahan-bahan:

1 biji telur
3/4 cawan minyak
2 sudu cuka
Garam
Stevia

Cara-cara:

Masukkan telur, 1 sudu cuka dan 2 sudu minyak dalam blender, dan blend
Bila dah sebati, tambah lagi 1 sudu cuka dan 2 sudu minyak, stevia dan garam secukup rasa, blend lagi
Next masukkan 2 sudu minyak dan blend
Ulang step ni sampai semua minyak habis
Kena blend minyak sikit2 takut mayonis tak menjadi
Blend sampai jadi warna putih
Kemudian masuk dalam peti ais

Mayonis ni tahan dalam tempoh seminggu
Kalau suka kan kelainan boleh la tambah lada hitam ke, serbuk cili ke masa blend mayonis. Kita yang buat dia kan. Selamat Mencuba.