My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Sunday 13 July 2014

Aku dan TTC - Masanya Belum Tiba

Bila bercerita tentang TTC, mesti ia dikaitkan dengan kesediaan dan tanggungjawab. Orang kata bila kita dah ada anak nanti, secara sendirinya diri akan bersedia dan akan rasa bertanggungjawab. Orang lain tak dapat menilai tahap kesediaan diri kita sendiri dan tapi dapat menilai tahap ketanggungjawaban kita. Sebab tu kita selalu lihat dan pelik bila ada sesetengah ibu bapa yang mengabaikan anak-anak. Abai ni tak bermaksud hanya jaga makan minumnya, malah mendidik rohani, mengajar ilmu tentang kehidupan, membekalkan persediaan di dunia dan juga akhirat. Bila aku lihat anak-anak yang tak bermoral or tak reti nak beradab, automatik aku anggap ibu bapa dia gagal untuk mengajar anak untuk beradab. Tak dinafikan, tak ada siapa yang tak sayangkan anak. Anak tu segala-galanya. Tapi jangan la anugerah yang Allah beri tu, tidak dididik sebaiknya. Anakkan satu amanah. Betul la Amanah adalah sesuatu yang amat berat untuk dipikul. Aku tak tahu aku macam mana nanti, sebab aku tak ada anak lagi. Mungkin aku lebih teruk mendidik anak berbanding ibu bapa yang lain. Tapi sekurang-kurangnya aku nak bersedia sebelum aku ada anak. Aku tak nak jawab dekat akhirat nanti kenapa aku tak berjaya nak didik anak aku. Mungkin sebab itu aku belum ada anak, MUNGKIN. Sebab aku belum bersedia. Diri sendiri pun masih terumbang ambing. Terlalu banyak dosa, macam mana nak pimpin anak aku nanti. Takut nanti aku pimpin anak aku ke neraka, bukan ke syurga. 

Tapi aku tetap berdoa dan berusaha agar dianugerahkan anak. Bukan saja untuk memikul amanah, tapi sebagai penyeri hidup aku dan suami. Amin. 


1 comment:

  1. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

    ReplyDelete