My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Sunday, 8 February 2015

Menambah Lemak di Me' Nate

Pagi tadi aku dah lari 10km, jadi konon malamnya nak la aku reward diri sendiri dengan makan sedap2 kan..haha..alasan.

Sebenarnya encik husband yang teringin nak makan western. Kebetulan aku baru baca artikel pasal restoren ni dekat FB kata makanannya mahal. Mencecah RM9k. Tapi bila aku baca betul2, ada macam2 harga pulak tu, ada yang murah jugak. Lagi pulak owner restoren tu bekas tukang masak queen Elizabeth. Orang melayu kita. Apa salahnya kita support. Dari makan dekat TGIF atau Tony Roma yang tak pasti halal haramnya.

Lokasi restoren dekat Ampang, dari rumah aku lalu Duke je senang dan dekat. Tak susah nak cari kedai ni sebab guna Waze. Lagipun Ampang memang kawasan kami dating dulu...hahaha.

Sampai2 kedai, memang ramai dah duduk luar kedai tunggu turn. Nasib dia ada sediakan kerusi, so tak perlulah berdiri nak menunggu. Kami tunggu dalam lebih kurang 20 minit, then sampai turn kami.


Duduk2, dia bagi menu. Baca menu macam tak berapa faham..hihihi. Tapi kami tengok ada banyak fridge tepi2 dinding penuh dengan daging. Agaknya ni la kot orang cakap boleh pilih2 ni. Tanya dekat waiter, rupanya memang kena pilih jenis daging. Syok la kan.


 
Ni salah satu yang kami pilih, Lamb ribs. Harga RM68.60. Harga ni korang takyah la nak tambah tolak bagai. Harga ni termasuk dia dah masak dan side dish sekali.

Ada 2 lagi yang kitorang pilih. Tak sempat ambil gambar. Lagi yang best dekat restoren ni, air semua free, kecuali air dalam botol. Ada panas ada sejuk. Free dan free flow. Ambil la sesuka hati korang, tapi jangan tak habis, nanti kena bayar.


Nampak dia dah warning siap2 tu...sila habiskan minuman anda ye. Tak baik membazir.


Tunggu agak lama jugak la nak siap masak. Mungkin sebab full house jadi lambat la sikit kan. Tapi bila makanan sampai, meleleh air liuq..haha.

 Angus Striploin - Medium Rare

Lamb Rack - Medium Well

Makan memang puas hati la. En laki makan kenyang sangat sampai dah tak lalu...meat overload...haha.

Meh kita tengok resit pulak.


Siap ada diskaun. Sekali sekala makan apa salahnya. Kalau hari2 memang koyak la poket..haha. Highly recommended. Sila lah datang ye.

No comments:

Post a Comment