Hari perjalanan : Sabtu - Isnin
Ahli Geng Todak : Aku, Milin, Yuyu
Mode Pengangkutan : Kereta Milin sebab keta dia paling baru keluar kedai
Mode Perjalanan : Suka Suki sambil bergosip
Perjalanan kami bermula dengan Bismillah.
Day 1
Sehari sebelum perjalanan aku dah warning siap2, suh bangun awal sebab milin memang payah nak bangun pagi. Sepatutnya janji jumpa dekat rumah aku pukul 8pagi. Akhirnya jadi pukul 9pagi angkara milin yang tak boleh bangun pagi.
Tengok berapa banyak hasil tangkapan kitorang. Beg sandang coklat tu pun aku baru beli tu..haha.
Lepas dah puas shopping baru terasa lapar, jadi kami pun terus la ke food court. Nampak makanan tak pandang kanan kiri dah, seranggg...
Selesai aktiviti shopping, dalam pukul 4 gitu, kami terus bertolak ke JB dan check in dekat Tune hotel. Masa check in, kalau kau dah siap2 book bas, pihak hotel akan bagi satu resit untuk kau claim tiket dekat office odyssey. Office odyssey ni sebelah je pun, dalam building tune hotel jugak. Redeem tiket dan register nama dan ic. Dia akan suruh kau tunggu depan office dia esok pukul 715 sebab bas akan bertolak ke USS jam 730. Dah settle urusan bas, kami berehat dan solat sebelum aktiviti malam pulak.
Nak dijadikan cerita, kitorang sebenarnya tak dapat tiket USS lagi. Akak agen kitorang ni cakap sistem USS tengah down, so tak boleh print tiket. Aku selaku ketua rombongan harus la gelabah. Kang tak pasal kena beli tiket baru pulak. Mula2 akak tu janji pukul 930 nak hantar tiket, dah pukul 930 akak tu kata tiket still tak dapat lagi. Dah sudah. Aku malas nak fikir, perut pun dah lapar, cakap ngan akak tu kata kami pergi makan la dulu. Kang dengan akak kena makan dengan saya kang...hahaha.
Alang2 dah sampai JB, tempat wajib makan mesti la senibong kan. Layan la makan seafood sampai pecah perut. Alhamdulillah, tengah sedap makan, akak USS call kata tiket dah ada. Ok, boleh sambung makan dengan riang ria.
Kisah seterusnya bersambung sebentar nanti...
No comments:
Post a Comment