Lama dah rasanya tak cerita pasal TTC. Ikhlas kata, hati ni dah mula tawar sebenarnya nak berTTC. Bila fikirkan usaha yang kena dibuat, jumpa doktor, makan supplement, control makan, BBT, OPK, aku rasa penat. Tapi bila setiap kali tengok kawan2 pregnant, aku pun teringin jugak.
Ikutkan perancangan, selepas aktiviti ke Gunung Kinabalu nanti, which is in May, aku akan start TTC balik. Walaupun sekarang ni baru bulan Feb, aku dah rasa kepenatan nya. Kadang2 hati tu rasa sedih sangat bila fikirkan orang lain yang mudah nak mengandung. Kenapa la aku susah sangat. Air mata tu senang je nak mengalir. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, tapi ujian2 yang datang ni kadang2 menduga kesabaran aku.
Aku dah mula berfikir untuk tak punya anak. Biarlah berdua saja sampai ke tua. Itu pun kalau suami aku sanggup la. Kalau tak sanggup, segalanya terserah pada dia dan aku redha. Maaf la, ini cuma luahan emosi wanita tak stabil.
No comments:
Post a Comment