My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday, 3 February 2015

Trip Ke USS - Day 2

Day 2 (Ahad)

Maka sampailah hari kami nak berjimba. Pukul 630 aku dah ketuk pintu bilik milin dah suh bangun. Kau kalau lambat memang kena tinggal la milin. Pukul 715 kitorang dah turun bawah hotel. Dah ramai rupanya orang yang dah menunggu. Bas pun dah beratur kat luar hotel. Tunggu punya tunggu dalam pukul 830 jugak la baru dapat naik bas. Lupa nak cakap, masa korang redeem tiket bas, orang bas tu akan bagi satu borang. Kena isi borang tu kalau nak masuk singapore ye. 

  Passport dah ready

Tengok ramai dah menunggu

Budak dua orang ni dah teruja nak masuk USS

Alhamdulillah, perjalanan nak masuk singapore sangat lancar hari ni. Jalan kat tambak johor pun tak jem. Mungkin sebab hari minggu kot. Nak masuk singapore kena lalu imigresen Malaysia dulu, kat sini memang pantas sebab guna mesin je. Masuk imigresen singapore lambat sikit sebab kena check manually. Prosesnya,tiap kali pergi imigresen kau kena la turun bas ye. Settle imigresen, bas pun bertolak ke USS. Lama jugak perjalanan, dalam lebih kurang 40min jugak la.

Kami sampai di USS lebih kurang pukul 10pagi. Pasti la sebelum masuk kena tangkap gambar dengan bumi bergerak dulu kan.




Disebabkan kami sarapan roti je dalam bas tadi, perut dah berbunyi2 mintak di isi. Masuk je USS, kami terus cari tempat makan. Jangan risau ye nak cari makanan halal dalam USS. Ada banyak. Dalam map USS ada diberitahu restoren mana yang halal.




Aku guna voucher 10% masa ni. Jadi hanya topup SD1 untuk satu meal lengkap dan mengenyangkan ni.

Bila perut dah kenyang, hati dah senang, apa lagi, jom enjoyyyy...sila layan gambar2 je la ye.






















Sambil berjimba tu, jangan tak solat ye korang. Ada surau disediakan tapi kecik la. Boleh solat dalam 6 ke 7 orang je setiap kali. Lokasinya belakang The Mummy.


Disebabkan seronok sangat berjimba, sedar2 dah pukul 630. Kena turun ke bas pukul 7. Kami dah kesedihan dah nak meninggalkan USS. Nasib yuyu tak hentak2 kaki nangis tak mau balik. Jangan sedih ye yuyu, next time kita datang lagi.


Tak syok la kan kalau tak memborong bila kat USS. Barang2 dia memang menarik jiwa raga. Sempat la aku sambar dua tiga barang. (ye ke dua tiga?hahaha). Semoga kita berjumpa lagi USS. I miss you already.





No comments:

Post a Comment