Aku tak pernah terfikir nak menceburkan diri dalam bidang larian ni secara serius. Ingat main lari je dah boleh la kan. Tapi aku selalu terfikir, macam mana orang boleh lari dengan distance yang sangat jauh. Macam mana dia control penafasan dia? Kaki dia tak sakit ke? Macam2 la persoalan. Aku fikir mungkin sebab diorang ni memang di takdirkan hebat berlari kot..hahaha..
Tapi sejak aku mula join group fitness ni, banyak ilmu yang aku dapat. Kau tak boleh nak lari mengkhinzir buta je. Rezeki aku pulak jumpa dengan si Pali ni. Kenal pulak sebab aku yang join group dia nak naik Gunung Kinabalu bulan 5 ni. Rupa2nya si pali ni jugak otai dalam bab2 larian. Jadi dah nampak peluang dah kat situ. So aku mintak dia train aku bagaimana nak lari dengan cara yang betul. Kena train beb sebab aku kan dah teregister HM bulan 3 ni. Kena prepare betul2.
Jadi janji nye, hari isnin 16/2/15 kitorang berjumpa dekat depan masjid putra putrajaya. Tak jadi masalah bagi aku sebab memang situ pun tempat training aku kalau sorang2. Kira first time aku berlari dalam team. Memang sangat best, dan semangat nya sangat lain. Route kali ni adalah 10km, dari masjid putra ke PICC. Cabaran sungguh la weh. Biasa lari suka2 boleh berenti bila aku rasa nak berenti. Ni dah dalam mode training, memang pali balun aku habis baik la. Dari masjid putra tak berenti lari. Berenti je kena jerit dengan Pali. Tapi ada jugak la aku mintak diskaun 2 3 kali, memang dah tak larat dah. Tapi diskaun pun dapat ciput je..hihi.
Banyak gila ilmu dapat masa ni. Macam mana cara nak bernafas (bernafas guna hidung je ye), macam mana nak lari dekat bukit. Pali was a very good coach. Kalau takde dia, memang aku patah balik dah. It was a good training and surely I will repeat it again. Kepada coach Pali, terima kasih banyak.
No comments:
Post a Comment