My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday, 5 January 2015

Bagaimana Diet dengan Cara Atkins - Aku tau azam tahun baru korang nak kurus kan?

Assalamualaikum semua. Dah masuk 6 hari kita di tahun 2015. Yang berazam nak kuruskan badan tu, macam ne? Dah start ke belum, ke masih merangka pelan diet sambil makan burger bakar bersulamkan diet coke? Apa kata lepas habis burger tu, sambung makan ice cream dengan brownies plak. Ceh, gile sarcasm aku. Sabar2, jangan terasa lak sebab aku pun dulu macam tu. Tapi kalau tiap hari pun korang berangan korang kurus di hujung tahun 2015 nanti sambil mulut korang terus mengunyap, memang sampai 2050 la badan kau membuntal.

Sekarang, sila buang semua barang2 makanan korang tu. dan ikut tips aku ni. Bagi yang single, aku tak nampak masalah korang kalau nak buat atkins ni. Bagi yang berkeluarga, tambah2 kau perempuan, agak susah sebab kau nak masak untuk family kau lagi. Tapi, kau cuba fikirkan yang kau nak kurus sebab apa? cuba bayangkan kau dah capai benda tu. Kau cuba bayangkan badan kau sekarang dah level victoria secret punya model. pergh...idaman ramai kot. Contoh macam aku, aku nak kurus sebab aku nak pregnant. So aku bayangkan aku tengah pregnant sambil usap2 perut aku...haha.

So, bagaimana nak mulakan diet korang?

1. Sila kosongkan peti ais korang. Buang makanan2 yang memang kau yakin tak membantu kau untuk kurus. Terutamanya macam benda2 manis, air jus, air kotak. Buang aku tu bukan la bermaksud masuk dalam tong sampah, suruh la anak2 kau habiskan ke, bagi kat jiran ke.

Ni encik suami la topup air sedap dalam peti ais..arghh..stress..nasib aku tak terkesan..haha

Kemudian bersihkan pulak barang masakkan kau dekat dapur. Sila habiskan sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram, sos bbq. Gula pula, tinggalkan separuh bekas je utk kegunaan emergency kalau tiba2 ada orang datang umah kau. Kang nak buat air pakai apa pulak. Senang, kau kunci rumah kau jangan bagi orang datang melawat.

2. Sila explain pada orang terdekat kau terutama suami, anak2, parents, in laws, kawan2 rapat yang kau sekarang tengah diet. Terangkan apa benda yang kau boleh makan, apa yang kau tak boleh makan. Masa ni akan ada mulut2 yang akan mempertikaikan kau. Tapi sila tabahkan hati sebab 3 bulan dari sekarang, dorang akan nampak hasilnya dan dorang pulak akan tanya apa tips nak kurus. Kepada orang luar, kau tak yah explain sgt la, buat bazir air liur je.

3. Check kesihatan korang. Ada darah tinggi tak? gula ok tak? kolestrol? 

4. Sila hadam senarai yang kau boleh makan dan apa yang kau tak boleh makan. Dalam atkins memang ada makanan yang kau boleh makan dan yang tak boleh. Kalau korang google, memang banyak list yang korang boleh dapat. Secara ringkasnya senarai makanan yang boleh dan tak boleh:

Tak boleh

Semua yang berunsurkan karbohidrat seperti nasi, beras perang, bihun, mee, laksa, pasta, roti, kentang, tepung dan yang seperti dengannya
Segala jenis gula/manisan - gula pasir, gula-gula, madu, coklat, ice cream dll
Segala jenis sos, kicap
Segala jenis makanan proses - daging burger ramli, nugget
Sayuran yang berkarbohidrat tinggi seperti kentang, ubi dan lobak
Buah-buahan (sebab manis)
Jajan2 memang haram la kan

Boleh makan
Ayam
Ikan
Daging
Udang
Telur
Sayur hijau
Minyak masak
Keju - limit seslice 1 hari
Mayonis (sila pilih kandungan carbs yang paling rendah, advisable jenawa kewpie)
Air kosong/mineral

5. Kalau korang dah decide nak buat atkins, sila hadam pulak tentang atkins. Dalam atkins ada 4 fasa. Fasa paling kritikal adalah fasa 1. Tempohnya dalam 2 minggu sehingga 2 tahun. Jangan lebih dari tu. Dalam fasa satu, limitkan pengambilan carbo sebanyak 20gram sehari. Carbo ini pula datang nya dari sayuran hijau. 

6. Beli bahan2 masakan untuk bantu korang diet. Pastikan stok cukup untuk elakkan korang makan benda yang tak sepatutnya bila lapar. Contoh pastikan dalam peti ais korang ada dah ayam sekor, ikan bilis, or paling teruk pun telur. Kalau tiba2 korang lapar, masak je benda2 ni. Salah satu benda yang korang boleh beli adalah gula stevia. Gula ni selamat untuk atkins. Ada yang jenis liquid dan ada juga yang serbuk.

7. Buat pelan pemakanan korang dalam masa seminggu. Jangan skip makan! Pastikan perut korang sentiasa kenyang. Contoh menu yang korang boleh ikut:

Sarapan
Telur hancur 2 biji

Makan tengah hari
Ikan/Ayam goreng

Malam
Ayam bakar
Coleslow

7. Belajar resepi2 atkins. Ada beberapa resepi aku share dalam blog ni. Sila rajin kan jari mencari.

8.  Dalam seminggu pertama korang diet, korang akan rasa terseksa. Lidah akan rasa kelat. Cuba bertahan. Selepas seminggu, Insyallah korang akan mula biasakan diri. Sila jauhkan diri dari segala jenis jamuan, ajakan pergi makan kat kedai kalau korang tahu diri korang tak cukup kuat. Tapi kalau korang kuat, tak ada masalah pun, pergi kedai, order la makanan yang korang boleh makan.

9. Banyak kan minum air kosong, 1 liter bagi setiap 25kg berat korang. Tapi jangan lebih dari 4 liter. Tak baik untuk buah pinggang.

10. Timbang berat sebelum mula diet. Lepas 2 minggu, cuba timbang semula. Ada perubahan tak?

Bagi ibu2 yang kena masak untuk keluarga, tak ada masalah pun. Cuba masak senatural boleh, gantikan gula dengan stevia yang aku cakap tadi. kalau rajin, buatla satu lauk khas untuk korang je. Kemudian makanlah bersama-sama dengan keluarga tercinta tapi nasi tu korang buang la jauh2. Ambil bau je dah cukup.
Lebih kurang macam ni la kalau korang nak mulakan misi menurunkan berat badan korang dengan cara atkins. Pucuk pangkal nya dari korang sendiri. Pastikan korang ada semangat yang kuat. Kalau tiap kali korang nampak nasi berlaukkan masak lemak pun korang dah goyang, tak mau kawan la. Adios.

Sunday, 4 January 2015

Aku dan Aktiviti Kecergasan - 2015

Kalau korang ni jenis suka online shopping beli baju, beli tudung, beli kasut..beli la apa2. Aku pulak suka online shopping beli marathon. Untuk suku pertama tahun 2015 ni, aku dah shopping siap2 aktiviti apa aku nak buat. Bukan la maksudnya kalau tak join aktiviti ni, aku tak bersenam pulak kan. Tapi aktiviti macam ni lebih kepada nak fun sambil nak kumpul tshirt and medal.

18 January


 24 January

 8 February


21 March

Bagi korang yang berminat nak join aktiviti macam ni, boleh survey dekat myraceonline.com atau sport.my. Make sure register awal sebab selalu nya sebulan sebelum event, dah penuh dah. Event terdekat aku adalah score zumba. Nanti aku hupdate, ok. Have a nice day korang.

Misi Tahun Baru 2015

Alhamdulillah kita dah melangkah ke tahun 2015. Sinonimnya, kalau dah tahun baru ni, mesti la azam baru kan? Jujurnya, aku tak pernah ada azam tahun baru pun, sebab at the end of the year, aku tak kan ingat pun apa azam aku masa awal2 tahun dulu.

Aku yakin kenapa susah sangat nak ingat, sebab azam tu xde target dan takde perancangan. Contoh, kau azam gila2 la nak kurus, tapi apa target kau? nak turun berapa banyak? Macam mana kau nak turun? berapa lama masa kau nak amik?

Sempena 2015 ni, untuk julung2 kalinya aku nak pasang azam. Azam aku sendiri aku bahagikan pada dua. 1) nak kecikkan lengan 2) nak baby (ni memang azam sepanjang zaman).

Kau nampak azam no. 1 aku tu? dah kenapa lengan je? sepanjang pemerhatian aku selama aku berdiet dah nak masuk setahun ni, bahagian yang paling tak susut adalah bahagian lengan aku. Jadi, semalam, sambil baring2 mengenang nasib, aku sempat youtube satu workout untuk bakar lemak kat area lengan tu. (How to lose arm fat). Kaedahnye mudah, hanya perlu ada 2 bijik dumbbell. berat lebih kurang 2kg each. Dumbbell aku beli kat fitness concept. Jadi, sebelum memulakan azam ni, kena ada gambar sebelum selepas la kan. Tapi sekarang ada gambar sebelum je la dulu. Gambar selepas, tunggu ada hasilnya nanti.

Pada 5 Januari 2015, ukur lilit lengan aku adalah 34cm.

Untuk mencapai target aku ni, aku akan buat workout ni tiap hari selama 2 minggu, dan kita cuba tengok hasilnya. Akan haku update kan nanti.

Ni antara workout yang aku buat




Sementara tu, untuk azam yang kedua, belum start lagi. Sebab ada beberapa perkara nak kena settle dan aku pun dah register beberapa larian. So kena fokus satu2 dulu.

Good luck kepada semua untuk azam tahun baru korang. Cuba capai azam yang kecil2 dulu..better la kan dari tak capai apa2 langsung. At the end of the year, tak la kau jadi loser..huhu

Monday, 22 December 2014

Pengalaman Mendaki Gunung Nuang

Hari ni aku nak share pengalaman aku mendaki Gunung Nuang. Memang kerja gile weh. Sebenarnya aku tak ada sebarang perancangan pun nak naik nuang ni. Tiba-tiba je aku rasa teringin nak panjat gunung. Terus aku cari kawan-kawan yang nak naik, tapi malangnya takde yang sanggup nak teman aku buat kerja gila ni. Mula-mula aku cari jugak la gang-gang hiking dekat fb, memang ada la yang nak pergi, tapi memikirkan aku tak kenal dorang ni pun, dan akan berjumpa kat nuang nanti for the first time, aku pun rasa berat hati nak join. Tiba2 dibukak pintu rezeki, kawan husband aku willing nak teman aku naik. So aku terus ajak adik aku temankan sekali. At least berkawan la jugak aku nak naik.

Sebelum nak naik gunung ni, apa yang nak kena ada? Ok, aku advice based on nuang la ye, pengalaman untuk gunung2 lain, mungkin sama dan mungkin juga berbeza. So, persediaan nya:
  1. Mental kena ready dengan track yang agak mencabar
  2. Cuba bersenam seminggu sebelum naik untuk stamina
  3. Kasut pastikan tapak masih bergetah, jangan licin lak
  4. Head lamp (untuk kegunaan kalau korang pergi subuh dan in case kalau korang balik dah malam)
  5. Gloves (penting sangat, kalau boleh kalis air)
  6. Baju hujan (kalau musim hujan, beli je yang RM5)
  7. Tongkat (jika perlu)
  8. Stokin extra kalau korang jenis tak tahan berjalan dengan kaki basah
  9. Makanan berat (nasi, roti) - ready untuk makan tgh hari dan malam
  10. Air mineral sekurang-kurangnya 3 liter
  11. Coklat, gula-gula
  12. Minyak angin
  13. Pakaian dan tuala (ni bila dah balik kalau korang nak mandi la)
Kenapa banyak sangat persediaan yang nak kena buat ni? Percaya la, kalau korang baru je cuba2 nak naik nuang tu, sila betul2 bersedia. Perjalanan naik dan turun nuang tu mengambil masa 12 jam. Gile kau kalau tak cukup preparation, mana kau nak cari. Masa aku naik nuang tu, perjalanan nak ke puncak ambil masa 5 jam, dalam pukul 8 start bergerak dari pangsun dan sampai di puncak jam 1 ptg. Lepak di puncak dalam sejam, pukul 2 turun balik, dan sampai ke kereta dalam pukul 8 malam. Masa turun aku agak lambat sebab keadaan tanah yang licin sebab baru lepas hujan. Tambahan pula, kaki dan badan semua dah sakit, so perjalanan turun tu dah jadi perlahan. Jika nak naik nuang, ada dua starting point, sama ada dari pangsun dekat hulu langat, or dari janda baik. Tapi aku tak pernah naik dari janda baik la.

Sekarang aku nak cerita pasal perjalanan pulak.

Aku bertolak dari KL selepas subuh ke pangsun. Lebih kurang jam 730 kami dah sampai sana. Tempat park kereta disediakan. Ada toilet semua kat sana, so buang la apa2 yang patut sebelum memulakan perjalanan.

Dalam pukul 8 perjalanan pun bermula. Di awal perjalanan korang akan jumpa jalan tanah merah je, tapi walaupun tanah merah, tahap kecabaran die pun boleh tahan juga, tapi aku bagi 1 bintang je la dari 5. Banyak lagi bintang aku nak bagi sepanjang perjalanan ni. Perjalanan dari parking kereta ke puncak nuang, akan ada 3 check point. Check point pertama ialah Kem Lolo. Check point kedua, Kem Pacat, dan check point ketiga ialah puncak pengasih.

Dari parking ke Kem Lolo, korang akan jumpa 6 buah pondok. Pondok kelima dekat dengan sungai. Selagi korang tak jumpa 5 pondok ni, jangan harap la korang nak dekat dengan Kem Lolo tu. Jauh lagi perjalanan tu. Dekat pondok2 tu ada tulis berapa KM korang dah jalan, dan berapa KM lgi nak sampai Kem Lolo.




Setelah sampai Kem Lolo ni aku nasihatkan korang makan la siap2, terutama kalau korang tak breakfast lagi. Tak lalu nak makan pun, sila la paksa makan untuk tenaga nak angkat kaki nanti.

Next, teruskan pejalanan ke Kem Pacat. Trek bermula dari kem lolo ni , jalannya takde yang mendatar ye, semuanya membunuh je. Sebab tu pentingnya senaman yang konsisten bagi memastikan stamina yang baik..huhu..macam iklan sabun lak. 

Aku sampai ke Kem Pacat dalam pukul 11 macam tu. Dekat sini, boleh la berenti sekejap rehatkan badan dan makan apa yang patut untuk tambah tenaga. Tapi jangan la rehat lama sangat kalau korang tak nak tido dalam hutan tu. Paling2 pun rehat la dalam setengah jam. Cuma minimakan rehat, sepanjang perjalanan pun jangan banyak berenti, jalan perlahan2 janji sampai puncak sebelum pukul 2 untuk mengelakkan korang stuck dlm hutan tu di waktu malam. Dari Kem Lolo ke Kem Pacat aku bagi 4 dari 5 bintang untuk tahap kesusahannya.



Perjalanan dari Kem Pacat ke Puncak Pengasih adalah trek tersusah dalam semua trek. Siap2 la pakai glove sebab korang akan panjat segala jenis batu dan kayu balak. Yang perempuan, tak yah sopan sangat, memang korang kena jadi jantan masa ni sebab semua pun dah lembik nak menolong kau. Aku boleh bagi 6 dari 5 bintang la untuk trek ni..huhu..tapi bagi yang suka kan cabaran, aku jamin korang mesti puas hati. Perjalanan dari Kem Pacat ke puncak Pengasih dalam 1 jam setengah. Itu pun jalan non stop.


Dari puncak pengasih, korang memang dah dekat dah nak ke puncak. Kalau belum pukul 1, jangan la give up, teruskan perjalanan. Trek dah tak susah sangat pun, cuma ada jugak la yang susah bila dah nak sampai ke puncak tapi trek nye pendek je.

Alhamdulillah, pukul 115 macam tu aku dah sampai ke puncak. Perasaan penat semua hilang bila sampai puncak, weh. Puas hati sangat. dengan udara yang sangat segar dan sejuk, memang tak dapat la kat KL. Kat puncak ni sejuk ye, so bagi yang tak tahan sejuk, jangan la pakai yang pendek2 sangat.





Setelah enjoy di puncak, jangan lupa korang nak kena harung balik perjalanan yang sama nak turun nanti ye..haha..nangis la siap2 dalam hati. Apa2 pun, isi perut siap2 sebelum turun untuk tambah tenaga ye. I wish you all the best bagi yang nak naik nuang tu. Doa banyak2 supaya perjalanan korang dimudahkan.

Tuesday, 16 December 2014

Trip ke Langkawi - Day 3

Day 3 adalah hari terakhir kami di Langkawi. Disebabkan hari ke 2 kami tak sempat ke waterworld, kami decide pergi hari ni. Waterworld dibuka seawal 930 pagi waktu cuti sekolah. So kami 930 memang dah gerak pergi ke waterworld. Ingatkan takde orang, rupanya dah ramai. Bila bile tiket, sila mention kalau ada warga emas sebab ada diskaun. Lagi satu, kalau korang kerja kerajaan pun akan ada diskaun, cuma perlu bawak pas kerja. Kalau tak bawak, tunjukkan slip gaji. (susah apa, kan ada download dalam handphone). Banyak beza tau kalau ada diskaun ni, sebab kalau harga biasa tiket adalah RM30 untuk dewasa. Tapi kalau ada diskaun boleh dapat RM24. Kalau ramai2 kan untung tu. Harga kanak2 RM20, RM16 kalau ada diskaun.

Apa yang best dengan waterworld ni? Paling rare adalah penguin dan singa laut la kan. Korang memang kena pergi terutama kalau bawak budak2. Tak payah budak2 la, orang tua pun teruja tengok.





Selesai aktiviti di Waterworld, kami terus bergegas ke pekan kuah untuk meneruskan aktiviti shopping. Tak pergi langkawi tak shopping memang tak sah la kan. Sekarang ni dah Haji Ismail Group dah buat kompleks, kalau korang nak senang nak beli semua benda di satu tempat, memang aku cadangkan pergi ke kompleks HIG ni la. Lagi satu tempat nak shopping adalah dekat Idamansuri. Aku berjaya beli frying pan tefal dengan harga RM72. Memang puas hati. Coklat memang tak payah cerita la, borong la puas2. Sorry takde gambar shopping sebab aku teruja sangat dan tak terpikir pun nak tangkap gambar...hahaha.

Akhirnya sampai la masa untuk pulang. Terus ke jeti, beli tiket pukul 6 petang. Sementara tunggu feri, bagi yang first time sampai langkawi, pergi la Dataran Lang, tangkap gambar dengan cik Helang.


Sekian sahaja laporan jalan-jalan cuti-cuti malaysia untuk kali ini. Semoga boleh jadi rujukan untuk korang kalau korang nak pergi Langkawi.

Trip ke Langkawi - Day 2

Sambungan daripada entri Trip ke Langkawi - Day 1

Day 2

Selepas semua dah siap bersarapan. Aktiviti pertama yang kitorang buat adalah Island Hoping. Island hoping ni aktiviti berjalan-jalan ke 2 pulau dengan menaiki bot. Aku dah deal siap-siap dengan orang motel untuk arrangekan bot. Untuk trip ni aku amik 2 boat, satu untuk 10 orang, dan satu lagi untuk 16 orang. Total cost RM750. Lebih kurang RM29 sorang. Kalau standard range adalah dalam RM30 - RM35 sorang. Pandai-pandai la korang cari pakej yang murah ye.

Pukul 845, kami dah siap gerak ke jeti. Mula-mula kami pergi ke Pulau Beras Basah. Aktiviti kat sini cumalah melepak dan mandi laut. Kalau nak mandi bawak la apa-apa yang patut or pakai la baju yang sesuai untuk mandi ye. Tapi cadangan aku, kalau tak nak mandi pun, pakai je seluar yang simple2 sebab confirm akan basah bila nak naik bot. Jangan la pakai baju kurung. Kesian aku tengok makcik-makcik (orang lain la) nak naik bot pakai baju kurung, terselak nanti tak ke haru.









Lepas dari Pulau Beras Basah, kami ke Pulau Dayang Bunting. Dalam perjalanan kami singgah tengok helang. Kalau bawak roti, boleh la tengok macam mana helang ni mencagut.

Dekat Pulau Dayang Bunting la, aktiviti pulak kena berjalan jauh nak ke tasik. Kalau mak-mak ada masalah lutut, biar la diorang berehat je di pondok2 yang disediakan, kesian nanti dorang nak kena daki tangga. Dekat tasik, sapa nak merasa berenang dalam tasik boleh la try, boleh jugak naik bot kayuh. Kena sewa saja. Hati-hati dengan monyet. Monyet dekat pulau ni sangat bijak dan ganas. Dorang akan target plastik beg sebab tahu biasanya ada makanan.



Lebih kurang pukul 1, kami dah sampai ke jeti chenang semula. Sebelum meneruskan aktiviti seterusnya, kami pergi makan dlu. Macam aku cakap sebelum ni, harga makan di kawasan Chenang memang agak mahal sedikit. Total makan tengah hari untuk 26 orang adalah RM260.

Lepas semua dah kenyang, next destination adalah cable car atau nama lainnya Panorama Langkawi. Perjalanan dari Chenang agak jauh, lebih kurang 1 jam juga. Sampai di sana cepat2 la serbu kaunter tiket ye, terutama kalau korang pergi waktu cuti sekolah. Kami sampai dalam pukul 3, dapat tiket masuk jam 4. Tiket ni dia bahagikan ikut masa. Beza tiap masa adalah selama 15 minit. Ready la IC siap2 bila nak beli tiket. Kalau 26 orang, ready la 26 orang. Harga tiket adalah RM35 dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Ada IC ada diskaun lagi. Sementara menunggu turn nak naik cable car tu, boleh buat aktiviti lain or pergi cuci mata sebab ada banyak kedai dekat kawasan tu. Kitorng ni budak-budak siap naik kuda dan main bola ape tah dekat tasik kt situ.









Habis cite cable car, masing-masing memang dah lembik la. So kitorng balik terus ke motel, mandi dah berehat. Itu pun dah sampai pukul 6 petang.

Pukul 8 malam, kami bersiap pula keluar untuk makan. Berdasarkan review dari adik keje kat motel ni, dia cadangkan untuk makan seafood dekat satu kedai di kawasan bukit malut. Harga dan rasanya ok, katanya la. Kalau korang search guna waze, memang sesat sampai ke kuah la, aku cakap sebab aku dah kena. Hampeh betul. Search punya search akhirnya dapat la tempatnya. Nama restoran ni Restoran Nelayan Bukit Malut. Kawasan dia agak terpencil. Berhampiran dengan hospital Langkawi. (gambaran dia lebih kurang macam ni, kalau hospital langkawi belah kanan korang, depan sikit akan ada traffic light, masuk ke kiri, terus sikit, korang akan nampak signboard dan simpang nak restoran di sebelah kiri). Pergi awal sikit sebab masyarakat sangatlah ramai.
Harga memang murah berbanding dekat Chenang. Aku ambil 8 ekor ikan (6 siakap 2 bawal), udang, sotong, siput (26 orang makan..tak tau la kg, tapi memang banyak), total semua RM650. Kalau dekat Chenang mau dekat seribu kau.


Tapi kalau korang nak makan juga di Chenang, aku cadangkan kalau takat 3 4 orang boleh lagi makan kt seafood dekat Chenang. Pergi la makan dekat restoran Haji Ramli. Rasa dia memang sedap. Aku makan untuk 4 orang RM200 jugak la.



Perut dah kenyang, hati dah tenang, kami pun pulang ke motel, dan tido dengan nyenyaknya.
Tunggu entri seterusnya...jeng jeng jeng.

Trip ke Langkawi - Day 1

Pergh..bersawang blog aku...haha..sorry la kengkawan, lama dah aku tak update blog. Puncanya sebab aku sedang berehat untuk berTTC buat masa ni dan fokus pada benda-benda lain. Lagi pun aku dan suami merancang untuk buat baby tahun depan. So sementara tu, aku sibukkan diri aku dengan aktiviti-aktiviti lain. 

Baru-baru ni je, aku dan family dah selamat sampai ke Langkawi. Ni kira family trip la. Perancangan nya dah dibuat sejak awal tahun lagi. Bukan senang nak handle ahli kumpulan ni. Trip kali ni ada 26 orang semuanya. 20 dewasa 6 kanak-kanak. Aku pulak selaku ketua kumpulan. Dari A sampai Z aku uruskan, yang penting aku nak family aku puas berjalan. Ada jugak makcik pakcik aku yang dah lama gile tak sampai Langkawi, ada yang tak pernah sampai pun. So aku nak pastikan percutian diorang kali ni bermakna.

Memandangkan trip kali ni hanya 3 hari 2 mlm, so pergerakan dan aktiviti kami agak limited. Aku terpaksa plan aktiviti padat gile dengan masa yang ada. Aku cerita by hari la ye.

Day 1

Day 1 ni banyak pasal perjalanan je pun. Sebab group family aku ni dari Kelantan, ada kenduri di sana. Aku dan suami naik flight dari KL. Kalau naik flight, perjalanan 24 minit. Untuk naik feri, boleh naik dari jeti Kuala Kedah atau Jeti Kuala Perlis. Family aku naik dari Kuala Perlis. Tiket ke Langkawi RM18 untuk dewasa dan RM13. Tiket terakhir jam 7 malam. Nasib baik family aku sempat kejar feri dapat tiket pukul 6. Lebih kurang pukul 730 baru sampai jeti Langkawi.



Sewa kereta aku dah settle siap-siap. Call je syarikat kereta sewa di Langkawi dan deal terus. Aku sewa 2 bijik van. Berjaya dapat diskaun. RM900 untuk 2 hari. Biasanya sewa bila peak day ni mau cecah RM300 sebijik van. Dua van dah RM600. Dua hari dah RM1200. Dapat RM900 tu dah jimat banyak la.

Dari jeti Langkawi, terus ke Hotel. Hotel pulak aku pilih duduk di Sweet Inns Motel, dekat Pantai Chenang. Aku suka duduk area chenang sebab senang nak cari makan dan dekat dengan tempat-tempat lawatan. Pilihan pertama aku sebenarnya nak duduk dekat AB motel. (AB Motel memang sangat best) Tapi book masa bulan 8, dah penuh dah untuk bulan Disember. Motel tepi laut memang macam pisang goreng panas la lakunya. So terpaksa la aku pilih motel yang tak tepi pantai, tepi jalan..huhu..tapi no worries, korang boleh jalan guling-guling je pun nak ke pantai tu.

Harga bilik ni untuk semalam ada macam-macam harga. Untuk family room RM130, tapi aku request extra bed, so jadi RM150. Untuk standard room, RM110. Semuanya termasuk breakfast. Tapi dari segi pilihan breakfast tak banyak la, dan kurang sedap..huhu. Kalau nak makanan lain, boleh order di motel tu, or boleh jalan keluar dari motel, ada banyak kedai makan dekat luar. Tapi ready duit je la ye, harga makan di Chenang memang agak mahal. Sesuai la dengan standard tepi pantai la kot.

Itu saja la cerita untuk hari pertama. Cerita hari seterusnya di entry seterusnya ye.