My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday, 20 October 2014

Dilema Aku Sebagai PCOSer

Post hari ni aku nak syok2 sambil mengutuk diri sendiri je la...sebenarnya kalau kau tengok kekurangan kau sebagai sesuatu yang menyedihkan, sampai ke sudah la kau akan bersedih je. Ni aku nak listkan apa masalah-masalah yang aku hadapi sepanjang aku bergelar PCOSer tegar, but ni fun ways.

Period Tak Regular

Kalau kau ada PCOS, period kau memang tak akan betul, macam aku, 2 3 bulan sekali baru period tu dah jadi kebiasaan. Stock pad memang jarang ada la. Malas nak simpan, kang expired. Bila period je happy giler, rasa nak heboh satu kampung. Lagi-lagi kalau bulan puasa (haippp...ni bukan sebab aku malas puasa tau). Cuba kau bayangkan, seumur hidup kau boleh kira berapa kali je kau kena ganti puasa, selalunya kau akan puasa penuh la. Masa zaman duk asrama dan rumah sewa dulu selalu la telan air liur tengok member tak puasa makan..huhu..tak senonoh. Tapi yang best nye kau tak yah sibuk2 nak ganti, masa kawan kau terhegeh2 ganti puasa (sapa suruh ganti lambat2), kau tengah sedap mengunyap..haha(gelak kejam)

Bulu Berlebihan

Yang ni memang tak best, kau bayangkan aku yang ayu ni ada bulu kaki kemain lebat lagi. Misai lagi..dan bulu-bulu yang selain darinya. Seingat aku, dari form 1 aku dah mula cabut bulu kaki. Guna pulak veet yang gam tu. Kadang2 aku mintak tolong adik lelaki aku yang cabutkan. Perghh, rasanya menusuk kalbu. Kau cuba cabut sehelai bulu kaki kau, kau rasa macam ne? ni kau cabut beribu bulu sekali gus, mau berdarah jiwa raga kau. Dah kerja sekarang ni, ada duit lebih sikit aku beli epilator, senang sikit keje nak cabut mencabut ni, tapi sakitnya masih sama la ye. Takpe, ini menjadikan kau wanita yang lebih kuat. Cuba kau suruh laki kau cabut bulu kaki dia, keluar air mata jantan beb.


Jerawat

Jerawat ni pun salah satu masalah besar la bagi aku, tapi mungkin tambah dengan masalah hormon lain yang buatkan jerawat aku ni banyak. Zaman remaja dulu, kat muka terutama pipi dan dahi memang banyak jerawat la, lepas dah kahwin ni makin kurang. Tapi yang tak tahan jerawat belakang badan, hodoh siot. Hodoh tu satu cite, sakit lagi. Jerawat kan belakang badan tu bukan mau sikit2, sabun apa kau nak, dettol, lifebuoy, sebamed, semua bagai aku dah try. Tapi ada pulak doktor advice, jangan pakai sabun jenis macam ni sebab dia akan bunuh semua bakteria termasuk bakteria baik kt badan kau. Entah, aku tak sure. Tapi bila dah masuk umur 30 ni, jerawat belakang badan dah makin kurang, kadang2 je la ada.

Demi menjaga aurat aku dan kaum wanita lain, aku bagi gambar jerawat mamat mana tah ni.

Rambut Gugur

Cuba kau bayangkan kau di tengah-tengah gurun. Lepas tu berterbangan benda bulat yang macam ranting kering tu. Ha, macam tu la kalau kat rumah aku, penuh dengan bebola rambut yang berterbangan, kalau kau tak sapu bilik la seminggu tu, penuh lantai bilik dengan rambut. Pakai la shampoo hair fall control bagai, tak mau nye.


Gemuk

Dalam banyak-banyak masalah, gemuk la masalah paling tak best. Kau boleh bandingkan kau dengan kawan-kawan kau yang tak ada PCOS, kau makan dengan kuantiti yang sama, tapi badan kau akan terus besar dan membesar, tapi kawan kau tak. PCOS ni pulak, akan ada nafsu lebih pada benda-benda manis. Tak ke kau stress? Ni semua sebab badan kau tak boleh proses insulin, sebab tu kau kena la pantang makan benda-benda manis dan kurangkan makanan berkarbohidrat. Demi kesihatan kau jugak.

Apa-apa pun masalah aku tu, yang penting en suami menerima aku seadanya. Sebab tu aku sayang dia. Love you so much la sayang.
Ada lagi dilema korang yang korang nak share? Jom la share, boleh gelak sama-sama.

Sunday, 19 October 2014

Aku dan Atkins - Mintak Nyawa

Kau dah mula rasa putus asa? Berat dah statik? Teringin nak makan aiskrim, burger, nasi goreng ikan masin? Nak give up sekarang? Jom aku share kata-kata hikmah ni, moga kau (sebenarnya aku) kembali ke pangkal jalan.


Kau nak gemuk macam dulu ke? Kau nak sihat ke tak nak? Dulu orang kutuk kau gemuk, kau nk kena kutuk lagi? Kau nak anak ke tak?(ni untuk yang ada masalah macam aku)



Walaupun jauh lagi perjalanan aku, tapi aku dah separuh jalan, dah kenapa kau nak patah balik, buang masa dan susah payah kau je. Jalan terus la beb.

Sila jangan malas nak bersenam dan sila belajar masak makanan yang sihat-sihat ye. Nanti kau nak masak untuk anak kau gak.

Kaki aku pendek, memang tak boleh nak langkah jauh2, tapi aku melangkah. 10,000 langkah sehari kot.


Jangan tunggu isnin minggu depan, mula sekarang, kalau kau tunggu esok, sampai tahun depan pun kau tak kan mula.

Aku nak anak, aku nak anak. Aku belum ada anak lagi, so jangan stop.

Kau pasti boleh, takat 10kg je lagi, picisan tu semua.

Sila jangan mempertikaikan apa yang aku makan, aku mengamalkan cara hidup sihat, aku bukan diet.

Aku dah mampu lari 10km. Dulu 1km pun tak tentu boleh. Next? 21km. Kau tak gerun dengan aku?
Gemuk, sila jangan datang lagi.

Wednesday, 15 October 2014

Aku Tak Faham

Tajuk post ni sangat jelas betapa tak fahamnya aku dengan perangai sesetengah manusia ni. Manusia ni aku fokuskan ialah kepada wanita yang dimurahkan rezeki untuk mengandung. Aku faham pengalaman mengandung tidak sama bagi setiap orang, ada yang susah dan ada yang mudah. Walau susah atau pun senang, ANDA MENGANDUNG. Bagi orang yang tak mengandung seperti aku ni, bila ada sesetengah manusia mengomel tentang kehamilan dia (bukan mengomel biasa tetapi lebih kepada mengeluh), ketahuilah, aku nak merasa pengalaman mengandung itu. Jadi, mohon aku, sila la bersyukur dengan Kehamilan anda walaupun ia seberat-berat dugaan. Setiap kali anda mengeluh dan menangisi kesusahan anda mengandung, beribu lagi wanita-wanita di luar sana yang menangis ingin diberi peluang untuk merasa kesusahan mengandung itu. Sekian.

Aku dan TTC - Multivitamin

Multivitamin yang anda harus cuba. Ini advice dari senior dari Kelab PCOS dan bila survey di internet ramai juga yang suggest untuk makan ni. Jika merancang untuk hamil, makan saja multivitamin ni, tak perlu tambah asid folik sebab kandungan asid foliknya dah mencukupi. Jika dah pregnant kena tambah makan dengan asid folik. Apa-apapun dapatkan advice dari doktor dulu, aku dah.


Harga dalam RM122 dan boleh dimakan untuk tempoh 4 bulan. Sehari sebiji selepas sarapan.

Aku dan Atkins - Misi 5kg Bermula

Disebabkan dah sebulan lebih DA aku dah kelaut, sejak tahu pregnant aku memang dah stop DA, lepas tu kena pantang pulak, selepas seminggu dah berpantang, haruslah aku kembali ke pangkal jalan. Target kali ni aku perlu turun sebanyak 5kg dalam tempoh sebulan. Salah satu faktor aku nak turunkan berat sebab adik aku nak kahwin bulan 11 ni. Baju dah siap, so kena make sure aku  muat pakai baju tu. Bezanya diet kali ni, aktiviti kecergasan tak ada dan aku hanya fokus pada pemakanan. Aku akan mulakan semula Fasa induction dan pastikan aku berada dalam mode ketosis. Dalam 3 hari DA dah boleh dapat mode ni. Jumlah Karbohidrat sehari dikekalkan kepada 20gm sehari. Berat sebelum misi ni bermula adalah 65kg.

Menu harian aku akan seperti berikut:

Sarapan :Scramble Egg



Contoh lunch aku:

Seketul ayam masak merah, sekeping ikan tenggiri masak cili dan sedikit ulaman. Sebaik-baiknya basuh dulu lauk ni sebab aku yakin akan ada gula atau sos dalam masakan ni. Begitu la hari-hari seterusnya. Menu aku hari-hari wajib ada ayam sebab aku memang penggila ayam. Bagi sekor pun aku boleh habiskan.


 Ayam rendang, ayam merah dan peria goreng (ni goreng dgn tepung, sepatutnya tak boleh)

 Ayam merah dan ayam tomyam
Tomyam ayam dan sayur bayam (carrot tak boleh ye)

Bagi dinner pulak, aku masak sendiri, asik makan kedai je muak pulak.

 Sup Perut

Air mineral wajib sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Jangan la kurangkan kalau kau tak nak masalah sembelit menyelubungi hidupmu.

Kadang-kadang aku tak makan malam sebab aku malas nak masak or aku malas nak keluar beli makanan. En suami pun balik lewat so aku memang tak masak.

Jadi kita tunggu result selepas seminggu induction ni. Dapat turun 1 kg pun bagus jugak. Aku target untuk turun 5kg tu dalam masa sebulan. Aktiviti fizikal belum mula lagi, plannya, next week nak pergi swimming dan brisk walk. Ada sapa2 nak join?

Aku juga dah register myself untuk marathon hujung bulan november nanti. Rasanya tak ada masalah dah kalau aku nak lari balik. 

Siapa yang nak register boleh la ke website myraceonline.com.



Monday, 13 October 2014

Aku dan TTC - Second Appointment Selepas 2 Minggu Keguguran

Hari ni aku kena jumpa doktor di EPAU Presint 8 untuk pantau rahim aku. Nak kena tengok sama ada rahim dah bersih atau tak. Sehingga hari ni aku tak ada rasa sakit atau apa-apa, tapi masih bleeding (darah nifas). Doktor scan dan kata rahim nampak dah nipis maksudnya dah bersih, tapi sepatutnya bleeding aku dah sepatutnya semakin ke arah nak habis, tapi nampak macam belum akan habis dalam masa terdekat. Doktor minta datang semula dalam seminggu kalau darah masih tak berhenti keluar. Harap-harap habis lah darah ni cepat supaya aku tak payah jumpa doktor dah. Doktor advice lepas 3 bulan baru boleh cuba untuk conceive.

Habis update untuk hari ni. Tapi ada benda lain yang aku nak cerita. Tapi ini lebih kepada luahan perasaan. Kalau orang lain tengok aku, even suami aku pun, akan nampak aku ceria dan tak kesah dengan keguguran ni. Tapi di dalam hati aku, hanya aku dan Allah yang mengetahuinya. Aku dah mula jadi aku yang dulu 2 tahun lepas. Aku dah mula sakit hati tengok orang-orang yang mengandung dan aku tak suka nak tahu hal-hal tentang kehamilan ni. Aku tak tahu la ini tanda-tanda kemurungan atau sebab lain, sebab luarannya aku tetap aku. Perasaan yang sangat-sangat aku tak nak. Semoga aku dijauhkan dari perasaan ini dan sentiasa berfikiran positif.

Sebenarnya agak susah berada di situasi ni. Dalam tempoh 3 tahun aku berkahwin, aku cuba setkan dalam kepala aku yang jangan terlalu mengharap untuk dapat anak. Usaha yang terbaik dan rezeki tu dari Allah. Sampai dan tepat pada masanya, rezeki tu akan sampai. Tapi bila aku berjaya mengandung dan akhirnya gugur, ia umpama reset dalam hidup aku. Aku kena kumpul kekuatan balik untuk fikir yang masanya belum tiba lagi. Aku kena cari semula kekuatan untuk terima qada dan qadar. Mengambil masa 3 tahun untuk aku terima seadaanya diri aku, dan sekarang aku perlu melaluinya semula. Harapnya tak terlalu lama untuk aku recover balik. Aku nak hidup dengan happy.

Untuk aku tak terus dibelanggu kesedihan, aku cuba fokus pada kesihatan aku. Fokus untuk turunkan lebih banyak berat memandangkan aku pun belum lagi capai berat ideal. Mungkin ini boleh bantu aku lupakan sekejap beban di hati. Amin

Friday, 10 October 2014

Ini Bukan Post TTC or Atkins - Trip Ke Bandung

Post aku kali ni lari dari topik sikit. Bosan la asyik cerita pasal diet dan TTC je. Kadang-kadang kena tenangkan fikiran dan cuba fikir pasal benda lain pulak. Post kali ni aku nak cerita tentang trip aku ke Bandung. Trip kali ni aku jadi ketua rombongan cik kiah dan disertai oleh 4 orang lagi yang terdiri daripada makcik-makcik...hahaha..makcik la sangat, mak dan mak mertua aku sebenarnya. Lagi dua orang kawan mak aku dan anaknya. Kira kali ni memang trip nak pergi shopping je.

Plan nak ke Bandungnya dah lama. Rasanya masa plan dulu masa bulan 3. So hari-hari aku survey tiket Airasia. Nak make sure dapat harga yang termurah. Akhirnya aku berjaya beli tiket dengan harga RM230 pergi dan balik. Luggage aku cuma amik 20kg masa balik. Tiket untuk mak mertua aku beli lambat sikit dalam bulan 5, harga pun jadi double. 

Memandangkan ini adalah trip sendirian berhad dan tak guna agent, lagi pulak tak ada antara kami pun pernah sampai Bandung, so aku kena ready awal-awal. Mula-mula aku buat survey melalui pembacaan blog-blog mereka yang dah pergi Bandung. Jadi dah tahu apa yang wajib kena buat. 

1) Hotel
Sebabkan nak jimat duit, aku cari hotel yang murah je. Lagipun bukan nak duduk dalam hotel. Banyak masa kat luar bershopping jugak nanti. Aku book hotel guna easytobook. Ada banyak lagi website untuk book hotel contohnya macam Agoda. Aku nak cari hotel yang boleh accommodate 3 orang dalam satu bilik sebab aku, mak aku dan mak mertua aku satu bilik. Jadi aku decide book Orange Home's Syariah. Kalau korang cari hotel yang dekat dengan tempat shopping or makan, ni bukan pilihan yang baik sebab homestay ni agak terperuk. Dia lebih kurang macam homestay sebenarnya. Aku puas hati dengan homestay ni dari segi bilik, bilik air, tv (channel lagi banyak dari hotel2 kat Malaysia ni), sarapan (pilihan tak banyak tapi sedap). Keburukan hotel ni, dia tak ada lif, kalau trip ni melibatkan warga tua jangan la pilih hotel ni ye, kesian dorang nak panjat tangga. Takat angkat barang tak kesah lagi sebab kita boleh upah je pekerja hotel angkatkan barang.







2) Supir
Ni sebab aku tak kesah hotel kat ceruk mana pun sebab aku dah upah supir hantar kitorang pergi mana pun. Aku ambil service supir dari masa aku jejak airport Bandung sampai la aku sampai balik airport Bandung. Harga dia bagi aku berpatutan. Kami guna kereta innova dengan charge Rp.390k sehari, lebih kurang RM103 sehari. Boleh book dari Malaysia siap-siap, cuma PM dia di facebook. Aku gunakan service Hayuka Bandoeng. Supir yang kitorang dapat namanya Yuda, baru 24 tahun, muda dan hensem gitu.

3)Simkad
Sampai je di Bandung aku terus beli simkad sebab senang aku nak contact dengan supir nanti. Kau keluar airport dah ada yang hulur dah. Mungkin harga dia lagi mahal dari kedai biasa tapi takat RM8 tu aku tak kesah sangat la. Satu simkad dalam RM8, aku pakai sepanjang 4 hari di sana, tak perlu topup bagai sebab guna nak call supir je. Aku bawak 2 handphone siap-siap, satu no Malaysia satu no Indonesia. Internet aku just serve internet dekat hotel sebab ada free wifi.

4) Plan Jadual
Aku bertolak dari Malaysia hari Sabtu, flight sepatutnya jam 6 petang tapi bila sampai airport, flight ditunda sampai la pukul 9 malam. Jadi dah pukul 11 baru sampai bandung. Memang tak boleh buat apa la, sampai terus tidur.

Hari ahad, first day kitorang terus serbu Pasar Baru. Hari pertama memang kena shopping dulu sebab kalau apa-apa hal ada 2 hari lagi benda nak beli. Lagi pun memang tujuan datang nak shopping kan. Hampir satu hari kitorang kat Pasar Baru tu, baju/telekung/kain ela memang murah-murah. Supir aku ni ada sediakan juga seorang yang akan ikut kitorang shopping, dia akan angkatkan semua barang kau, memang kau jalan sana macam orang kaya, semua barang kau orang angkatkan. Aku nasihatkan korang pergi je kedai yang korang suka, jangan ikut sangat kedai yang supir tu advice sebab biasanya dorang ni dapat komisen. Kalau korang pandai cari, akan dapat harga yang paling menjimatkan. Kalau nak makan, dekat tingkat atas ada food court, jangan la harap foodcourt tu macam kat Malaysia ye, jauh la cantik foodcourt Malaysia ni. Lepas settle dekat Pasar Baru, kitorang ke Toko Tiga, kat sini jual jeans. Aku sempat la tangkap satu seluar jeans. Ikutkan harganya tak la murah, original ke tak tu aku tak sure. Aku tak reti nak tengok.

Hari Isnin, kitorang pergi berjalan pulak. Tempat wajib pergi adalah Tangkuban Perahu. Ni adalah Gunung Berapi.  Sangat seronok pergi sini sebab kawasannya sangat fresh dan sejuk. Pemandangan pun cantik. Bila korang kat sini, akan ramaiiiii gile penjual yang akan kerumun korang. Nasihat aku, kalau taknak beli, sila buat bodoh je, tak payah cakap langsung dengan dorang. Sekali korang sapa, sampai ke puncak gunung dia ikut kau. Biasanya dia akan target warga tua sebab orang tua ni kan lembut dan tak sampai hati. Kalau dia tegur aku memang kena jegel la. Tak perlu la beli apa-apa kat sini sebab harga agak mahal, beli je la dekat Pasar Baru tu, jauh lagi murah. 








Habis berjalan, tak puas shopping lagi, kami pergi pulak ke Rumah Mode. Rumah Mode ni ala-ala JPO Malaysia. Aku memang shopping sakan dekat sini sebab harganya agak murah, boleh dapat seluar jeans dalam harga RM30. Tempat solat pun selesa. Boleh la kalau nak solat jamak di sini, baru boleh shopping dengan tenang.




Settle Rumah Mode kami pergi pulak ke satu tempat, ni yuda yang cadangkan. Dia kata harga kat sini murah. Agak jauh juga, campur dengan jem yang amat sangat, lebih kurang 1 jam baru sampai. Tempat ini adalah rumah yang dijadikan gudang. Semua baju bersulam berharga Rp110k. Memang murah la, kalau kat Pasar Baru dalam Rp130k-170k. Kalau nak berniaga boleh la datang sini, tapi sorry aku tak ingat apa nama kedai ni.

Hari Selasa ialah hari terakhir kami di Bandung. Flight jam 7 malam. Jadi plan pada hari ni ialah habiskan duit rupiah walaupun sebenarnya memang dah habis..hehe. Jadi kami pergi semula ke Pasar Baru, pergi cari lagi sikit-sikit benda yang tak cukup. Kemudian pergi ke Jalan Dago, kat sini banyak factory outlet tapi sebab kitorang pergi agak awal, kedai pun tak bukak lagi. Sebab dah tak tahu nak pergi mana, kami pergi semula ke Rumah Mode. Tujuannya sebab senang nak solat dan dekat sini ada cafe, boleh lepak-lepak sambil minum air alpukat. Sebelum ke Airport, kami singgah di Kartika Sari untuk beli brownies kukus dan pisang salai. Kalau beli banyak, dia akan packkan dalam kotak, so senang kau masuk je dalam kargo nanti. Akhirnya pukul 3 kami bertolak ke airport. 





5) Duit Rupiah
Tukar la siap-siap di Malaysia ye. Jangan tukar kat airport pula. Lagi untung kalau boleh tukar masa harga tengah murah. Masa aku tukar ni Rp1 Juta = RM270. Kalau dah sampai airport, duit rupiah tah habis lagi, boleh guna untuk beli makanan dalam flight. Better habiskan la, kalau dah sampai Malaysia, berapa sangat pun kau boleh tukar balik.
Lagi satu bile di Bandung jangan lupa sediakan jadual tukaran duit supaya senang kau nak kira duit masa shopping. 

6) Makan
Sepanjang kat Bandung, memang aku tak banyak makan. Shopping sampai tak ingat nak makan. Kitorang merasa la makan nasi padang, bakso dan minum jus alpukat. Cukup la syarat berada di Bandung.

Akhirnya kain kat Bandung yang aku beli untuk aku sendiri ada dalam 5 pasang je, lain-lain, sepupu dan kawan-kawan dah pakat rembat. Tapi takpe la, banyak-banyak pun bukan aku rajin nak hantar kat tailor. Seluar jeans aku dapat 3, kemeja dapat 3. 2 kemeja dan tshirt untuk en suami. Cukup la tu. Insyallah, ada rezeki nak datang lagi, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk sampai di Bandung lagi.




p/s: rupa-rupanya masa ni aku dah pregnant, tapi tak tahu lagi...huhu..takpe, kenangan biarlah terus jadi kenangan yang manis untuk dikenang.