My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday, 13 October 2014

Aku dan TTC - Second Appointment Selepas 2 Minggu Keguguran

Hari ni aku kena jumpa doktor di EPAU Presint 8 untuk pantau rahim aku. Nak kena tengok sama ada rahim dah bersih atau tak. Sehingga hari ni aku tak ada rasa sakit atau apa-apa, tapi masih bleeding (darah nifas). Doktor scan dan kata rahim nampak dah nipis maksudnya dah bersih, tapi sepatutnya bleeding aku dah sepatutnya semakin ke arah nak habis, tapi nampak macam belum akan habis dalam masa terdekat. Doktor minta datang semula dalam seminggu kalau darah masih tak berhenti keluar. Harap-harap habis lah darah ni cepat supaya aku tak payah jumpa doktor dah. Doktor advice lepas 3 bulan baru boleh cuba untuk conceive.

Habis update untuk hari ni. Tapi ada benda lain yang aku nak cerita. Tapi ini lebih kepada luahan perasaan. Kalau orang lain tengok aku, even suami aku pun, akan nampak aku ceria dan tak kesah dengan keguguran ni. Tapi di dalam hati aku, hanya aku dan Allah yang mengetahuinya. Aku dah mula jadi aku yang dulu 2 tahun lepas. Aku dah mula sakit hati tengok orang-orang yang mengandung dan aku tak suka nak tahu hal-hal tentang kehamilan ni. Aku tak tahu la ini tanda-tanda kemurungan atau sebab lain, sebab luarannya aku tetap aku. Perasaan yang sangat-sangat aku tak nak. Semoga aku dijauhkan dari perasaan ini dan sentiasa berfikiran positif.

Sebenarnya agak susah berada di situasi ni. Dalam tempoh 3 tahun aku berkahwin, aku cuba setkan dalam kepala aku yang jangan terlalu mengharap untuk dapat anak. Usaha yang terbaik dan rezeki tu dari Allah. Sampai dan tepat pada masanya, rezeki tu akan sampai. Tapi bila aku berjaya mengandung dan akhirnya gugur, ia umpama reset dalam hidup aku. Aku kena kumpul kekuatan balik untuk fikir yang masanya belum tiba lagi. Aku kena cari semula kekuatan untuk terima qada dan qadar. Mengambil masa 3 tahun untuk aku terima seadaanya diri aku, dan sekarang aku perlu melaluinya semula. Harapnya tak terlalu lama untuk aku recover balik. Aku nak hidup dengan happy.

Untuk aku tak terus dibelanggu kesedihan, aku cuba fokus pada kesihatan aku. Fokus untuk turunkan lebih banyak berat memandangkan aku pun belum lagi capai berat ideal. Mungkin ini boleh bantu aku lupakan sekejap beban di hati. Amin

No comments:

Post a Comment