My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday, 21 April 2015

Aktiviti Kecergasan Bulan April

Jujurnya bulan ni paling aku tak aktif. Bukan saja-saja tak aktif, tapi sebab aku demam yang agak teruk hampir dua minggu berturut, dan dua minggu sebelum tu pun aku ada demam jugak. Bila buat check up, doktor suspect tibi. Tapi, Alhamdulillah, bukan dan aku dah bertambah sihat. Sepanjang tak sihat tu, bukan aku tak bersenam langsung, aku cuma kurangkan. Tapi ikut la kemampuan diri sendiri, kita lebih mengetahui badan kita. So apa aktiviti sepanjang aku tak sihat ni?

 Naik Nuang

Sebenarnya terfikir jugak, larat ke nak naik ni. Pagi2 pukul 5 aku bangun, kepala dah berat, hidung tersumbat. Aku telan panadol dua bijik, alhamdulillah, hilang pening. Bila masuk hutan, disebabkan udara segar, hidung clear. Masa ni la aku amik kesempatan membuang semua hingus yang ada...haha..kami naik berdua perempuan je pun, tapi tak ada masalah kat Nuang ni, ramai pendaki2 lain yang korang akan jumpa, so memang tak risau. Siap jumpa uncle cina masa nak ke Kem Pacat, bagi macam2 nasihat dekat kitorang tentang hiking.




3R Marathon

Untuk marathon ni, aku dah plan dengan 3 orang kawan untuk masuk. Akhirnya, aku sorang je yang muncul. Lagi 2 orang tengah sedap membungkang atas katil. Memang terasa beza berlari dalam keadaan tak berapa sihat dan tanpa training yang baik. Lutut pun sakit. So aku tak puas hati sangat dengan performance aku kali ni.




Memandangkan badan dah rasa sihat sikit, rasanya boleh la aku teruskan aktiviti bersenam balik. Memang lemau rasa badan kalau lama tak bersenam ni. Sapa nak join? JOM

Monday, 20 April 2015

Rupanya Dah Setahun

Sedar tak sedar, rupanya dah setahun blog ni wujud. Ada ke yang follow blog aku ni? Blog hampeh je kot. Nama pun journey hidup aku, apa yang syoknya aku pun tak tahu...hahaha. Tapi berdasarkan statistik perkiraan blog ini, kebanyakan yang menjenguk blog aku sebab nak tengok resepi2 atkins macam flaxseed bread dan oopsie bread or nak tahu pasal PCOS which aku suggest baca post wajib baca jika anda PCOSer sebab ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Selain dari itu, aku masih dalam journey utama aku iaitu untuk merawat PCOS dan akhirnya dapat baby. Atkins hanyalah jalan untuk aku rawat PCOS aku. Kepada kawan2 yang juga PCOSer, aku doakan korang semua yang terbaik. Kita berusaha la selagi termampu, tapi jika bukan rezeki kita, janganlah bersedih, hidup mesti diteruskan dan pastinya kita nak hidup sehappy yang mungkin.

Akhir kata..

muahhhh..harap anda muntah...hahaha

Lasagna Bersama Childhood Friends

Seperti kebiasaannya, kami akan berkumpul seperti biasa bila hati dah mula rindu. Kali ni mengambil kesempatan birthday aku, iqah dan dayyan, so kami pun plan la untuk berkelah di Tasik Empangan Putrajaya. Pilih punya pilih, akhirnya berjaya decide 4 April nak bersuka ria nya. Masing2 dah pilih menu masing2 dan aku decide nak bawak lasagna. 

Kira ini cubaan kali kedua aku buat lasagna. Kali pertama buat, tak berapa jadi dan tak berapa sedap. Cuba kali kedua ni macam mana? Harus la masa telah mematangkan aku dan menjadikan aku tukang masak handalan...hahahaha...ayat nak poyo je. 

Sebulan sebelum tarikh, aku dah google siap2 dah resepi lasagna. Cari punya cari, akhirnya aku berminat dengan satu resepi ni. Mungkin sebab gambar lasagna kakak ni menarik kot. Nak tahu resepinya, boleh tengok kat resepi lasagna.

Sehari sebelum kejadian, aku shopping barang2 nak masak. Konon-konon nak beli sebelum GST, tapi pikir balik, kang kecut pulak cili aku tu kang. Memikirkan cili pun tak kena GST, so aku beli je la lambat skit. Pagi2 hari kejadian, dengan semangatnya aku bersedia untuk masak. Hasilnya.....



 
 Wajib la aku yang rasmi dulu

Terima kasih akak yang telah berkongsi resepi, rasanya...walllahhh...sedap gile. Disebabkan sedap, en suami request buat lagi, tapi kali ni dengan daging lembu pulak. Sesungguhnya aku isteri yang degil, dah tahu suami suka daging, nak jugak guna ayam, nak buat macam ne, tekak den suko ayam laie...

Pukul 5 seperti dijanjikan, kami berjumpa dekat Tasik Empangan. Macam biasa (Puan dan Ibu kepada 2 anak), qila la yang paling lambat sampai kan. Yang pasti sampai2 terus cari makanan. Memang hari yang sangat enjoy masa tu. Semua perasan muda walaupun dah beranak pinak. Tak sedar diri melepak sampai laki masing2 dah ajak balik sebab dah nak magrib...hahaha...next time kita berjumpa lagi ye kawan2.















Monday, 13 April 2015

Sesekali ku teringat

Walaupun cerita ni dah basi, tapi aku suka jugak nak ingat. Sukati aku la kan, blog aku.

Aku teringat masa aku pregnant hari tu, masa tu tak tau pun lagi pregnant. En suami membuat perangai pelik iaitu kuat merajuk. Tak pernah dibuatnya kome. Dia la lelaki yang aku kenal sepanjang umur hidup ni, yang jarang sangat merajuk kecuali hal2 yang besar. Tapi masa ketika itu la, sikit2 merajuk. Aku degil skit je merajuk, padahal sepanjang 3 tahun aku degil, dia tak heran pulak kan.

Bila teringat balik, rindunya la saat tu. Rasa ala-ala comel gitu. Disebabkan itu, aku sudah tidak sabar nak tunggu bulan 5 untuk memulakan operasi.

Bak kata Zero, Pantang mundur kecuali operasi. Tapi bak kata aku, Jangan mundur beroperasi..Yey

Tuesday, 31 March 2015

Canopy Walk di FRIM

Rumah mak aku dengan FRIM ni takde la jauh mana. FRIM dekat Kepong, rumah mak aku kat Jinjang. Perjalanan dalam 15minit je dah sampai. Tapi seingat aku, kali terakhir aku pergi FRIM masa aku sekolah rendah kot. Itu pun sebab rombongan sekolah.

Kali ni, sifu Pali keluarkan cadangan untuk training kinabalu dekat FRIM. Aku dalam hati harus la seronok sebab dekat je dengan rumah. Lagi pun aku suka nak mencuba dekat tempat baru. Kali ni semua team kinabalu join training kecuali Paik. So, kira first time la aku akan berjumpa dengan Kak Ida dan Abg Zul. Biasa kami berjumpa di whatapps je. Sifu Pali dah jumpa banyak kali.

Seperti yang dijanjikan, pukul 8 kami akan berjumpa di FRIM. Kalau nak masuk FRIM ni, dikenakan bayaran ye. Satu kereta RM5 dan jika berumur 18 tahun ke atas, charge RM1. Sebab kan aku bawak adik kesayangan aku yang masih di bawah umur, jadinya bayar RM6 je la.

Macam biasa janji Melayu, kalau kata pukul 8 jumpa, pukul 9 pun tak tentu lagi..haha..tapi tak lama pun aku tunggu, akhirnya sampai la Pali and the team sebab dorang datang satu kereta je. Ada tambahan satu ahli lagi, Kak Amy. Jadi perjalanan diteruskan untuk hiking, trail nya bagi aku tak la mencabar sangat, tapi disebabkan aku ikut otai2, dorang jalan macam pelesit, semput mak. 




Dah hampir separuh jalan, kitorang sampai di Canopy walk. Aku tak tau niat asalnya nak naik canopy walk ni. Kak Amy beria pujuk abang yang jaga situ bagi kami masuk sebab kami tak beli tiket. Kaunter tiket dekat bawah sebelum start mendaki. Tapi disebabkan kami cun2 belaka, abg tu kasi kami bayar dekat dia je. Bayaran seorang untuk naik Canopy walk adalah sebanyak RM5 dan boleh start naik pukul 930 pagi.

 Dengan adik kesayangan

 Tunggu nak naik jambatan gantung



 Nampak je cool, tapi tengah gayat

Ketahuilah bahawa aku ada masalah gayat. Naik jambatan gantung ni memang la bukan favor aku. Tapi aku suka mencabar diri sendiri. So dalam kegayatan, aku berusaha jugak la. Sila la saksikan hasilnya dalam video ini...hahaha.




Tak jauh mana pun perjalanan nya, settle canopy walk, kami turun semula ke kereta, dan berakhir lah pengembaraan kali ini. Bagi yang berminat, boleh la mencuba. Bawa anak2 sebab track tak la susah malah aku rasa budak2 lagi fit dari kita yang tua ni. Enjoy semua.

Sunday, 22 March 2015

Aku dan Exercise - Men's Health Women's Health Night Run 2015

Maafkan aku jika blog aku penuh cerita pasal marathon je..hahaha..semua sebab aku tengah gile marathon dan nak kejar sebanyak event yang boleh sebelum bulan Mei. Pada sapa yang mengetahui dan mengikuti, bulan Mei ni adalah bulan mengawan aku...hahahaha...gatal nor bunyi nya..ye la, reword, bulan mei adalah bulan aku mula membuat anak..ok, sopan sikit.

Kali ni punya event malam pulak. Lari malam2 memang best sebab kau boleh berlari dalam keadaan dingin dan pemandangan alam pun lebih indah. Aku memang suka night run, tapi jarang ada event yang malam2 ni. Tahun ni baru ada 2 je yang aku tau.

Ok, seperti biasa, sebab lokasi nya dekat je dengan rumah aku, lepas magrib baru aku bergerak ke tempat kejadian. Sepatutnya malam tu aku lari dengan Milin. Tapi sampai dah start lari, batang hidung dia tak muncul2. Jadi aku redah je la sorang2. Aku memang dah biasa ditinggalkan..huhu.

Larian kali ni sejauh 12km. My first 12km la kiranya. Sifu Pali dah set kan target aku, cuba settlekan dalam 1 jam 30 min. Kau agak lepas tak?hahaha...harus la tak. Aku settle dengan kepantasan 1 jam 43min..hahaha. 

Event kali ni agak memuaskan. Ada 4 water station, cukup la untuk aku rasa nak terkucil. Traffic pun ok. Itu la kelebihan berlari di Putrajaya, kereta tak banyak sangat. Senang kerja abang polis. Habis lari, dapat medal, pisang, air mineral sebotol dan goodies bag. Isi dalam goodies bag memang best, sabun dettol 4 buku ok, diadorant 2 botol, losyen..memang puas hati la.

Lagi satu part yang best, ada tempat untuk tangkap gambar. Nak tengok? Tadaaa


Macam mana performance aku kali ni. Sebenarnya aku kecewa dengan diri aku sendiri..huhu..sebenarnya aku tak push to the limit pun. Aku banyak layan rasa malas aku. Masuk lari boleh malas nak lari lak..ceh..hahaha. Lari2 anak je la sepanjang masa tu. Lagipun baru baik demam, so rasa tak fit sangat..haha (adakah itu alasan?).

Korang ada rasa teringin nak bermarathon tak setelah melihat kehebatan aku?hahaha..dah2, jom register. Sila bukak website sport.my or myraceonline or hooha.

Sebelum berakhir, sila layan gambar aku dulu. Terimas.





Thursday, 19 March 2015

Lelong Lelong - Kasut Hiking Untuk Dijual



Sapa nak beli kasut hiking aku ni. Baru pakai sekali. Condition masih ok. Sebab nak jual, tak sesuai dengan kaki aku. Patut kena beli extra 1 size.

Latar Belakang Kasut ni.

Jenama : Timberland Gore Tex
Kelebihan : Waterproof kecuali air masuk ikut bukaan kaki tu
Size : us7.5, uk 5.5
Harga Asal : RM529
Harga Aku Nak Jual : Bermula dengan RM250. Sila nego dengan aku secara berhemah. Aku mungkin bagi harga sangat murah hati tahap nak lepas kan jugak kasut ni sebab nak beli kasut lain jenama power sudah..haha

Kalau korang area KL or Putrajaya, aku COD je. Habis cerita. 

Sekian iklan untuk hari ini.