My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 28 September 2016

Appoinment Dr. Hamid - Kali Ke3

Alhamdulillah, masih sihat sehingga hari ni. Lepas saja tau yang aku pregnant, aku cuba call klinik dr hamid. Hampir lima hari aku call setiap hari, tapi tak berangkat. Nak tak nak, aku terpaksa serbu terus klinik. 

Memang kebetulan aku ambil cuti disebabkan ada urusan lain. Pukul 1130 aku sampai di klinik Dr. Hamid. Klinik baru dekat Bukit Jalil. Tak susah nak cari. Direction boleh dapat dekat FB Dr Hamid. Bila dah sampai, sesat jugak cari klinik. Bila tanya guard rupanya kena masuk kawasan hotel untuk ke klinik.

Niat di hati sebenarnya cuma nak buat appoinment. Tak terpikir pun nak jumpa doktor semua. Tapi bila aku register and bagitau nurse yang aku ada darah tinggi, nurse insisted nak aku jumpa doktor. Masa tu dah 1130, urusan aku pukul 12. Aku cakap aku tak cukup masa ni, kalau jumpa doktor petang boleh tak? Nurse dengan baik hatinya, terus jumpa doktor dan mintak aku jumpa doktor masa tu jugak. Memang semua que aku potong. Tapi nasib baik la patient tengah tak ramai. Rezeki aku la nak jumpa doktor cepat.

Kali ni aku terus jumpa dr Hamid. Tak jumpa dr aimi. Happy nye rasa hati. Dah lama teringin nak jumpa dr Hamid. Sebelum jumpa doktor, aku kena scan dulu. Scan dibuat oleh assistant doktor. Dr. Hamid cuma tengok gambar scan je.

Bila jumpa doktor, dia tengok rekod aku, tengok gambar scan. Dr kata dah nampak kantung, tapi belum lagi nampak janin. Then bila dia tengok rekod aku ada PCOS, dia kata aku dalam tempoh kritikal dimana aku memang kena jaga baik2 kandungan sebab risiko untuk gugur sangat tinggi. Ermm, seriau dengar. Maka untuk make sure aku dapat rehat secukupnya, dr terus bagi aku mc untuk 2 minggu.

Sebelum balik, aku kena cucuk dulu dekat punggung. Tujuan ubat tu untuk kuatkan rahim. Then aku kena cucuk lagi empat kali. Next cucuk just bawak ubat dan referral letter dekat mana2 klinik. Selain tu ada jugak suppliment2 lain yang aku kena makan.


Pukul 12 urusan dekat klinik semua dah selesai. Total cost RM350. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Insyallah next appointment lepas 2 minggu. Buat masa sekarang, kena rehat banyak2 dan berdoa semuanya dipermudahkan. Amin.


Monday, 19 September 2016

My IUI Result

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi aku masih bernafas dan sihat lagi sampai hari ni. Bertambah bersyukur lagi, bila IUI yang aku buat tempoh hari dengan Dr. Aimi membuahkan hasil. Alhamdulillah. Syukur. Syukur.

Ikutkan kata Dr, aku sepatutnya test upt pada minggu ke3. Tapi masuk minggu ke2 lepas IUI, aku dah rasa semacam. Breast rasa membengkak, perut extra cramp. Simptom macam nak period, tapi hati aku yakin rasa bukan period. Masa test pun pukul 3 pagi..haha. Masa ni sebab terjaga rasa nak kencing. Tiba2 pikir, alang2 check je la upt terus (aku memang dah ada stok upt, beli borong..kui kui). Tunggu sekejap je, terus muncul 2 line. Ya Allah. Tak tau nak  kata apa. Nak kejutkan en suami masa tu, tak sampai hati pulak. Buang tebiat apa bangun 3 pagi ni. Maka terpaksa la tunggu sampai subuh nak sampaikan berita gembira.

Guna Upt murah je

Next step nak kena call klinik Dr. Hamid Arshad balik untuk set tarikh nak scan baby. Oh, untuk makluman, klinik Dr. Hamid dah berpindah ke Bukit Jalil dan kalau nak call kena call hp sebab dia tak ada lagi telefon. Info pasal klinik baru boleh refer FB Dr Hamid.


Doakan aku dan baby sihat dan selamat sehingga melahirkan. Terima kasih kepada yang mendoakan aku. Semoga semua TTCian akan merasa pengalaman mengandung juga. Aku doakan. Amin.

Monday, 5 September 2016

Second Appoinment dan IUI - Klinik Dr. Hamid Arshad

Selepas jumpa doktor Almy hari tu, doktor dah siap2 bagi clomid untuk makan kalau aku period. Jadi bile dah period, aku kena makan clomid dari hari kedua sampai la hari keenam. First day period pulak aku kena call klinik untuk dapatkan tarikh next appoinment. Doktor dah tetapkan aku kena jumpa dia dalam hari ke 19 or 20 sebab dijangkakan telur aku akan matang dalam waktu tu. Jadi bila dah kira-kira, hari 19 dan 20 aku jatuh hari sabtu dan ahad. As usual, timing aku sentiasa tak kena. Maka, date jumpa doktor dianjakkan ke hari isnin iaitu hari ke21.

Bila sampai hari yang ditunggu-tunggu, pukul 730 aku dah sampai depan klinik. Macam biasa kena tulis nama dulu, Alhamdulillah, aku orang pertama sampai. Selesai breakfast, 830 naik semula ke klinik. Bila dah register, tunggu doktor panggil dalam pukul 9. Masuk bilik doktor terus doktor nak scan telur. Alhamdulillah, ada 1 telur dekat ovari kiri. Terus doktor suruh buat iui masa tu. Aku pulak masa tu terkejut jugak la, rasa macam cepat pulak nak buat iui ni. Tapi nak tunggu apa lagi kan, aku terus setuju.

Keluar bilik doktor, tugas husband pulak kena keluarkan sperm. Kemudian kami kena tunggu sperm diproses. Katanya dalam 45min siap, tapi tunggu punya tunggu, dalam 1230 baru nama aku kena panggil.

Masa ni dah berdebar2 la, macam2 zikir keluar. Doktor kata sperm husband cantik. Alhamdulillah. So sekarang turn aku pulak. Baring atas katil, lepas tu nampak doktor dah keluarkan muncung itik..seram siot. Procedure seterusnya aku tak yah cerita la ye. Tapi sakitnya, perghhh..memang menusuk kalbu la. Ada orang buat iui tak rasa apa2 kan. Aku pulak lain, sakitnya sama macam buat HSG. Doktor kata sebab pintu rahim aku sempit, so dia kena bukak. Maka menahan sakit la aku atas katil tu.

Selesai procedure, aku kena baring dalam 5 minit. Doktor advice untuk bersama dengan suami 2 3 kali lagi selepas ni. Kemudian tunggu 3 minggu untuk tau result.

Pukul 1 selesai semua nya, kos untuk iui adalah RM900. Maka bermula 3 weeks wait aku. Segala aktiviti lasak diberhentikan serta merta. Diet masih diteruskan. Semoga ada rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata kali ni. Insyallah.


Sunday, 28 August 2016

I Love My New Diet

Ok, kali ni nak share something yang totally berbeza dengan intipati dan tajuk blog ni. Iaitu kaedah diet. Dari awal aku berdiet, aku memang bermula dengan Diet Atkins. Thanks to Atkins aku berjaya turun 15kg. Tapi bila tahun berlalu, bila aku tengok diri aku sendiri, agak susah nak follow diet atkins. Orang kata ada phase kan atkins ni, tapi aku pantang dapat nasi, mesti aku akan melantak tak hingat.

Jadi, bila aku dah follow program freelatics, aku di ajar dengan cara diet yang baru. Which aku rasa cara diet ni lebih mudah dan sesuai untuk aku. Actually, aku dah lama tau tentang diet ni sejak aku follow blog kevin zahri dan susu sejat. Malah aku dah beli pun diary diet susu sejat. Tapi, disebabkan tak cukup ilmu, aku rasa diet ni sangat susah. Tapi bila sekarang ada orang guide dan ilmu tentang diet pun dah ada sikit, aku rasa diet ni sangat senang.

So, bagi yang baru nk mulakan diet, apa yang patut korang buat.

First, dapatkan bacaan BMR dan DCR korang dulu. Macam mana nak kira?

Cara kira BMR

Lelaki = 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x ketinggian dalam cm) - (6.8 x umur)

Wanita = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x ketinggian dalam cm) - (4.7 x umur)

Contoh aku
BMR = 655 + (9.6 x 70) + (1.8 x 155) - (4.7 x 30)
BMR = 1,465

Apakah BMR? Basal Metabolic Rate adalah jumlah tenaga minimum yang diperlukan ketika fasa berehat.

Cara kira DCR

BMR x faktor aktiviti

Faktor aktiviti
Pasif - 1.2
Sedikit Aktif - 1.375
Sederhana Aktif - 1.55
Sangat Aktif - 1.725
Atlit - 1.9

Contoh aku
DCR = 1,465 x 1.55 ( aku anggap aku sederhana aktif based on jumlah senaman seminggu iaitu 5 kali seminggu)
DCR = 2,270

Apakah DCR? Daily Calorie Requirement atau nama lain keperluan kalori harian

Rules of thumb, kalau nak kurangkan berat badan, kena makan kurang dari DCR. Kalau lebih maka akan jadi peningkatan berat badan. Tapi berapa kurang yang boleh? Berdasarkan pemahaman aku, jumlah kalori intake kita tak boleh lebih rendah dari jumlah BMR. Sebab badan masih perlukan tenaga untuk bekerja. So, jangan seksa diri.

Kalau korang malas sangat nak kira BMR dan DCR, boleh install apps, My Fitness Pal. Masukkan butiran korang, dan apps akan tolong kirakan. Tapi diingatkan, segala bacaan ini cumalah anggaran dan sumber rujukan kita. Tak la tepat 100%.

Dalam kes aku, DCR aku adalah 2,270. Contoh la, aku kurangkan dalam 500. So, aku kena makan dalam 1 hari mesti tidak melebihi 1,770. Apa yang aku boleh makan untuk dapat jumlah kalori banyak tu? Meh aku share sikit gambaran menu seharian aku.

Breakfast
Roti 2 keping - 150
Telur Rebus 1 biji - 77
Yogurt 1 cup - 149
Total 376

Lunch
Nasi 1 senduk - 166
Ayam goreng - 166
Total 333

Dinner
Nasi 1 senduk - 166
Sup Daging - 160
Total 327

Snack
Apple - 80
Pear - 51
Total 131

Total kalori intake 1167

Tengok kalori intake aku, walaupun dah makan macam2, still below DCR. Maka kena tambah lagi makan. Syok tak weh, makan banyak tapi still berat turun. Macam mana nak tau kiraan kalori bagi tiap makanan ni? Boleh tengok dekat apps My Fitness Pal.

Tengok macam senang kan? Kalau korang tau strategi diet yang sebenar, usaha korang nak diet lagi mudah. Meh aku share sikit tips:

1. Gantikan air manis dengan air kosong. Air kosong 0 kalori. Minum la berapa gelen pun, tak effect berat kau. Berapa kalori air manis? Teh tarik - 95, soft drinks - 152, susu - 150.

2. Makan nasi putih. Jumlah kalori utk 100g (lebih kurang sesenduk) nasi adalah 166. Nasi goreng - 200, mihun goreng - 173.

3. Ambil lauk tanpa kuah. Boleh jimat banyak kalori daripada garam dan gula yang digunakan dalam masakan.

Disamping tu, aktiviti senaman pun turut membantu pembakaran kalori. formulanya, lagi banyak kau bersenam, lagi banyak la kau boleh makan. giteww..

Ok la penerangan untuk diet baru aku ni. Kalau tak paham boleh tanya. Tapi, apa2 pun diet yang korang nak cuba, make sure ada ilmu dan kena disiplin.

Credit diberikan kepada Kevin Zahri dan Susu Sejat yang banyak membantu aku. Tq.
 


Core2beFit2.0 Week 3 and 4

Kali ni aku rangkumkan cerita 2 minggu dalam 1 post. Masih ada progress, cuma aku yang tak puas hati. Rasa macam banyak lagi yang aku boleh capai.

Berat memang ada good progress, tapi dari segi muscle dan fat, tak cun. Aku pun tak sure kenapa jadi macam tu. Tapi menurut kata coach, pemakanan aku yang tak betul dari segi pengambilan carbs, makanan bergoreng. Walaupun aku makan mengikut dcr aku, tapi kalau komposisi tak betul, boleh akibatkan fat yang tak bagus ni.

Nampaknya kena improvise pemakanan aku. Kurangkan yang bergoreng, dan banyak makan stim dan rebus.

Week 1

Week 2
Week 3
Week 4
Now, rutin untuk 2 minggu ni.

Week 3

Day 1
25 sprawl
25 sprawl
25 sprawl

Day 2
50 hh squat
1km run

Day 3
Persephone endurance

Day 4
Metis Endurance

Day 5
25 hh squat
1km run
25 hh squat

Week 4

Day 1
Persephone

Day 2
Aphrodite

Day 3
Athena

Day 4
Ares

Day 5
Push up 50
Squat 50
Push up 100
Squat 50

Nak dijadikan cerita minggu ketiga, aku demam. Dapat program ni, kalau kau tak sihat kau kena stop untuk rehatkan badan kau betul2. 2 hari jugak la aku berehat untuk recover balik tenaga. Ikutkan hati memang nak bersenam je.

Insyallah, ada 3 minggu lagi untuk program ni. Semoga aku dapat capai target aku untuk dapat berat bawah 70kg. Lebih dari tu, memang dah sangat syok la.


Sunday, 14 August 2016

Core2Befit2.0 - Week 2

Dah masuk minggu kedua program ni. Buat masa ni badan aku masih menyesuaikan diri dengan rutin2 yang diberi. Masih rasa sengal-sengal badan setiap kali rutin. Itu memang kebiasaan la sebab badan kita tak pernah workout seteruk tu. Tapi yang pasti, badan jadi lebih ringan dan peluh keluar mencurah2. Walaupun dah selesai workout, dah siap mandi, badan still berpeluh.

Baru lepas buat Morpheus

Baru lepas buat Metis - Berpeluh-peluh

Yang ni paling seksa, Prometheus
Nak tau apa tu Morpheus, Metis dan Prometheus, aku cadangkan korang install apps freelatics.
Disebabkan setiap minggu peserta kena timbang dan kena ambil gambar untuk tengok perubahan, meh aku share perubahan aku untuk 2 minggu ni.


Ada perubahan yang baik dari segi berat, ukuran pinggan dan pinggul. Tapi tak baik dari segi body fat dan muscle. Fat aku bertambah 0.2 dan muscle turun 0.1. Tapi based on nasihat coach, benda ni perkara biasa untuk 2 minggu punya progress. Yang penting aku kena jaga pemakanan. Make sure cukup pengambilan carbs untuk bakar lemak aku.

Itu dari segi nombor, sekarang aku nak share dari segi gambar pulak.



Perubahan tak la ketara sangat. Tapi aku dapat rasa seluar dan kain baju kurung aku dah longgar. 

Rutin untuk minggu kedua ni seperti berikut:

Day 1
Metis Endurance

Day 2
1km free run

Day 3
Athena Endurance

Day 4
50 hh squat
50 knee push up

Day 5
Metis Endurance

Selagi tak dapat perubahan yang betul2 memuaskan hati aku, aku tak kan stop. Tunggu update aku diminggu aku yang akan datang ok. Daaa.

Sunday, 7 August 2016

Slow Juicer

Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh tick salah satu wishlist aku. Dah lama sebenarnya aku teringin nak beli slow juicer ni. Mula2 nya tengok dekat go shop la, jenama Hurom. Tapi harga dia, mak aih, 2k kot. Jadi niat tu ditangguhkan dulu.

Lepas tu aku godek2 la Lazada. Rupanya banyak je Slow juicer yang mampu milik. Survey punya survey dan baca review orang yang dah pernah beli, aku pilih untuk beli slow juicer jenama bayers. Harga pulak RM200, memang berbaloi la.

Nak dijadikan cerita, mula2 aku beli, tunggu punya tunggu, lazada silap bagi barang daaa..dari slow juicer jadi oven. Sakit pulak hati aku yang dah teruja ni. Cut story short, lepas dah return oven tu dapat la aku barang yang sebenar.

Ni la slow juicer yang comel
Dapat2 je memang aku terus mengetest la. Cuba buat dengan epal hijau. Cara nak kendalikan alat ni memang mudah. Nak bersihkan pun senang. Cuma kena rajin la. 

Apa kebaikan dan bezanya slow juicer ni dengan juice maker yang lain? Slow juicer ni boleh hasilkan jus yang betul2 pure tanpa gunakan air dan gula. Itu la kebaikannya. Sapa yang tengah berdiet, memang ni option yang terbaik. Kalau nak minum jus, jangan beli di kedai or minum yang dalam kotak tu. Semua ada gula. Yang buat sendiri ni confirm manis buah. Jom tengak cara pemprosesan nye..hihi..dah macam pengusaha kilang plak.



Hasilnya. Pure Juice.