My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 31 July 2014

Aku dan TTC - Positive Thinking

Menjadi seorang TTC untuk anak pertama, memang sangat mencabar. Sebelum ini, aku hanya di dunia aku je. Aku tak pernah join dengan mana-mana group TTC. Aku lebih anggap group TTC ni seperti support group. Sebelum ni (tahun pertama perkahwinan) aku sangat stress memikirkan tentang anak. Bila ada kawan-kawan yang mengandung, aku mesti sedih. Aku bukan bermaksud aku tak suka mereka gembira, aku sedih sebab aku tak berpeluang nak mengandung lagi. 

Alhamdulillah, masuk tahun ketiga, aku terbuka hati untuk ambil tahu tentang TTC. Aku makin rajin membaca blog-blog TTCian yang lain, aku search tentang rawatan kesuburan dan aku join support group TTCian dan PCOSer. Memang sangat bersyukur sebab dalam group ni kita tahu yang kita tak keseorangan. Bila kita tahu masalah-masalah orang lain dalam berTTC, rasa sangat-sangat bersyukur sebab kita bukan lah dalam kategori yang kritikal. Cuma rezeki belum sampai lagi. Dari support group ni, aku belajar tentang diri aku sendiri dan macam mana nak mengubati pengakit-penyakit aku. Sekarang dah boleh jimat duit tak payah tanya doktor. Consultation fee je dah beratus sedangkan advice dia sama je untuk semua PCOSer. (tapi kalau nak buat rawatan pergi la jumpa doktor ye). Sekarang aku dah mula amalkan pemakanan sunnah, aku amalkan Habbatus Sauda, Susu Kambing dan yang paling penting amalan 'berhenti makan sebelum kenyang'.

Dalam aku melayan group-group TTCian, aku ada terbaca blog seorang 'senior' dan TTCnya. Aku panggil dia senior sebab dia dah TTC almost 7 years, aku baru 3 years. Berdasarkan pembacaan aku, aku rasa senior ni SANGAT sensitif. (Ke aku yang tak sensitif?). Aku faham perasaan senior tu sebab aku pun rasa apa yang dia rasa. Contoh aku la, aku sangat sedih kalau dengar sedara/kawan rapat aku mengandung. Kalau anak dia dah lahir, aku rasa berat hati nak datang melawat. Kalau datang melawat, hati aku pedih nak pegang anak dia. Pernah aku melawat anak kawan baik aku, aku pergi dengan kawan baik aku jugak (aku ada ramai kawan baik). Aku tak ada kekuatan nak pegang anak dia. Bila balik dalam kereta, kawan aku tanya, kenapa aku tak pegang anak kawan aku tu. Aku hanya mampu tersenyap. Aku tak boleh jelaskan apa yang aku rasa sebab aku tahu dia tak akan faham (dia pun dah ada anak). Sesiapa yang tidak mengalaminya tak akan faham. Perasaan aku ni lebih kurang perasaan senior tu. Aku rasa TTCian lain pun rasa benda yang sama.

Tapi bagi aku itu cuma mainan perasaan. Kita sebenarnya sedang diuji oleh ALLAH. Bagi aku tak salah untuk berperasaan seperti itu sebab kita hanya manusia biasa. Tapi yang penting macam mana kita menangani perasaan tu. Adakah kita nak meraung seminggu? Adakah kita nak menyorok dalam bilik tak nak keluar2?

Aku cuba berfikir positive setiap masa. Masanya belum tiba. Anak tu tanggungjawab, mungkin aku belum bersedia memikulnya. Sekarang aku lebih terbuka. Aku tak kesah orang nak tanya bila aku nak ada anak. Aku faham mereka tak faham. Aku tak kesah bila ada yang bandingkan aku dengan orang lain yang baru kahwin tapi dah mengandung. Aku faham mereka tak faham. Aku suka bila dibuat begitu sebab aku rasa aku sedang diuji dan aku suka setiap kesabaran aku pasti ada ganjarannya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. 

Bagi rakan-rakan TTCian yang lain, aku tak rasa semua mampu untuk menahan perasaan. Aku pun tak boleh paksa korang untuk sentiasa positive. Terbaiknya, positive la. Kalau tak mampu, buat lah semampunya. Aku faham sebab kita TTCian dan kita sama. 

Anak abang ipar aku, baru 4 bulan. Kalau jumpa aku mesti gomol2 sebab pipi dia macam bantal.



Wednesday, 23 July 2014

Aku dan Atkins - Aktiviti Kecergasan

Pejam celik dan hampir sebulan kita berpuasa. Minggu depan dah raya. Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenaliku. Kalau ada tersilap kata, terguris hati, ampun dan maaf diminta ye. Macam kata astro, Kosong-kosong.

Sepanjang sebulan berpuasa, aku memang berhenti aktiviti bersukan. Aktiviti sukan aku gantikan dengan aktiviti memasak dan membersih rumah. Kira ok la, keluar peluh jugak.

Memandangkan Ramadhan akan berakhir, aku dah mula survey aktiviti-aktiviti kecergasan yang boleh aku buat selepas raya ni. Biasanya aku akan search dekat website Myraceonline atau sport.my Dua website ni ala-ala zalora or poplook la, instead kau shopping baju, tapi ni kau shopping marathon. 


Survey punya survey, akhirnya aku decide nak join Mizuno Wave Run. Ini kiranya first time larian aku untuk 10km. Sebelum ni larian paling jauh aku 7km. Insyallah aku akan habiskan larian, nak medal punya pasal. Bayaran sebanyak RM55, dapat baju, sijil dan medal. Aku tak kesah nak bayar-bayar ni sebab aku tahu kalau nak suruh buat sendiri, lari 10km memang sampai bila-bila la tak berlari aku.


Next event pulak pada bulan Oktober nanti. BSN night run. Yang ni pun aku amik yang 10km. Kalau nak register sekarang memang tak dapat la sebab dah closed.


Lepas BSN ni pulak aku dah register ScoreFit Zumba. Sebelum ni aku dah join ScoreFit Bodycombat. Aku rasa berbaloi dengan aku bayar sebab terasa lemak-lemak badan aku terbakar. Kali ni kita menari-nari pulak. ScoreFit memang nak pecah rekod Malaysia untuk Zumba beramai-ramai, jadi adik kakak, jom la register. Event akan dibuat di Dataran Merdeka, 2 November nanti.


Tuesday, 22 July 2014

Aku dan Atkins - Shirataki Noodles

Sebelum ni aku pernah cerita pasal shirataki noodle ni dalam post lepas. Boleh rujuk Post Aku dan Atkins - Resepi Olio Aglio. Kali ni aku nak tunjuk rupa shirataki noodle tu sebenarnya sebab semalam aku baru makan. Kuah dia aku buat tomyam je, letak la ayam, celeri, daging dan lain-lain yang halal DA.



Macam dalam gambar ni ada carrot. Jangan ambil tau. Tak lulus DA. Ni sebab aku degil.

Aku dan TTC - Appointment Doktor

Baru-baru hari tu, aku ada pergi berbuka puasa dekat rumah abang ipar aku. Kebetulan biras aku tu baru je beranak. Baru tak baru la, dah 4 bulan anak dia. So, bila aku tengok baby tu, rasa tenang sangat. Hilang stress. Bila dia gelak lagi la aku suka. On the way balik tu, aku dan husband pun berborak. Aku cakap yang aku stress balik rumah duduk soran-sorang. Husband aku ni memang setiap masa balik lambat. Jadual kerja tak menentu. Aku cakap kalau ada baby boleh la jadi kawan. 

Husband aku dari dulu memang nak sangat anak. Tapi dia tak tunjuk. Mungkin lelaki lebih cool kot. Aku pun cool ape? So bincang punya bincang (seminggu jugak la bincang), akhirnya husband kata kita jumpa doktor la. 

Aku memang dah survey banyak doktor-doktor pakar yang bagus. Bagus tak bagus tu aku tengok berdasarkan review patient dia jugak la. Kalau dulu aku pergi dekat Az-Zahrah, honestly aku tak puas hati. Salah satu doktor yang aku teringin nak jumpa adalah Doktor Marsita, Klinik Pakar Wanita Medina dekat Taman Melati. Berdasarkan review dari patient die, Dr ni sangat baik dan motherly. Cara dia layan patient sangat baik dan nasihat-nasihat dia berunsur islamik.

Tanpa berfikir panjang, aku dah call klinik tu untuk set appointment. Ramai orang kata susah nak call klinik ni. Selalu engage or tak berangkat. Alhamdulillah, aku call sekali terus dapat. Aku dah set appointment pada 16 Ogos nanti. Kita tunggu la waktu tu datang nanti. Apa-apa nanti aku update.

p/s : Bagi sapa-sapa yang nak call klinik medina no nye 03-4106 6990.

Thursday, 17 July 2014

Aku dan Atkins - Resepi Bubur Nasi

Dah masuk 3 bulan berDA, kadang-kadang rasa rindu nak makan nasi. Dulu before DA, aku memang suka buat bubur nasi. Letak stok ayam, carrot, ayam..memang sedap. Tapi tu dulu la.

Tapi aku tak risau dah. Untuk hilangkan rindu nak makan nasi, ada resepi untuk membantu. Cuma kali ni aku gantikan beras dengan bunga kobis. Cara nak buat memang sangat senang, tak sampai 30min dah boleh makan.

Bahan-bahan
Bunga Kobis
1/2 Bawang besar
1 inci halia
Ayam (potong kecil)

Cara-cara
Rebus bunga kobis
Dah lembut, tos, tambah sikit air dan blendkan (jangan halus sangat)
Tumis bawang dan halia
Masukkan ayam
Masukkan bunga kobis yang sudah diblend
Perasakan dengan garam dan lada
Nak sedap tambah ikan bilis goreng


Selamat Mencuba Atkiners

Sunday, 13 July 2014

Aku dan TTC - Masanya Belum Tiba

Bila bercerita tentang TTC, mesti ia dikaitkan dengan kesediaan dan tanggungjawab. Orang kata bila kita dah ada anak nanti, secara sendirinya diri akan bersedia dan akan rasa bertanggungjawab. Orang lain tak dapat menilai tahap kesediaan diri kita sendiri dan tapi dapat menilai tahap ketanggungjawaban kita. Sebab tu kita selalu lihat dan pelik bila ada sesetengah ibu bapa yang mengabaikan anak-anak. Abai ni tak bermaksud hanya jaga makan minumnya, malah mendidik rohani, mengajar ilmu tentang kehidupan, membekalkan persediaan di dunia dan juga akhirat. Bila aku lihat anak-anak yang tak bermoral or tak reti nak beradab, automatik aku anggap ibu bapa dia gagal untuk mengajar anak untuk beradab. Tak dinafikan, tak ada siapa yang tak sayangkan anak. Anak tu segala-galanya. Tapi jangan la anugerah yang Allah beri tu, tidak dididik sebaiknya. Anakkan satu amanah. Betul la Amanah adalah sesuatu yang amat berat untuk dipikul. Aku tak tahu aku macam mana nanti, sebab aku tak ada anak lagi. Mungkin aku lebih teruk mendidik anak berbanding ibu bapa yang lain. Tapi sekurang-kurangnya aku nak bersedia sebelum aku ada anak. Aku tak nak jawab dekat akhirat nanti kenapa aku tak berjaya nak didik anak aku. Mungkin sebab itu aku belum ada anak, MUNGKIN. Sebab aku belum bersedia. Diri sendiri pun masih terumbang ambing. Terlalu banyak dosa, macam mana nak pimpin anak aku nanti. Takut nanti aku pimpin anak aku ke neraka, bukan ke syurga. 

Tapi aku tetap berdoa dan berusaha agar dianugerahkan anak. Bukan saja untuk memikul amanah, tapi sebagai penyeri hidup aku dan suami. Amin. 


Aku dan Atkins - Bakar Kalori Dengan Membersih Rumah

Memang susah nak nampak kaum wanita ni bersenam di Gym atau berjogging atau bersukan di taman masa petang-petang or hujung minggu. Kalau hujung minggu pun akan nampak kaum-kaum ibu ni lebih banyak melihat anak-anak bermain dari dia yang main. Tak salah kan kaum wanita ni. Kita kan sibuk..hehe..bagi yang bekerja, balik rumah banyak lagi urusan yang nak dibuat, nak masak, nak kemas rumah, nak uruskan anak. Mana ada masa nak bersenam. Baik lah kaum-kaum wanita semua, jangan risau. Tak pergi gym tak bermaksud kita tak bersenam. Sebenarnya dalam aktiviti harian kita, secara tak langsung kita juga bersenam. Contoh paling mudah, mengemas rumah. 

Ehsan : E-book kevin zahri

Contoh kat atas ni adalah kiraan kalori yang terbakar bagi setiap aktiviti. Untuk aku, aktiviti mengemas rumah mampu membakar kalori sebanyak 246kcal jika dibuat selama satu jam. Itu kalau aku cuci biasa-biasa la. Kalau dah berdaki rumah kau, memang kena usaha kuat la kan..huhu..takpe la, janji bakar kalori.

Jadi, ibu-ibu, bapak-bapak, siapa yang mahu bakar kalori, jom kemas rumah. Malas kemas rumah jugak, tak tau la nak cakap apa.

Tuesday, 8 July 2014

Aku dan Atkins - Clenx Tea Untuk Sembelit

Sepanjang hidup aku, boleh dikira dengan jari berapa kali aku sembelit. Mungkin 2 kali kot. Jadi, sejarah hidup aku memang tak banyak cerita sembelit (apa cerita sembelit-sembelit ni?).

Nak dijadikan cerita, kira first time aku berDA ketika berpuasa. Bila berpuasa ni, dah sedia maklum, jumlah air yg aku amik memang sikit, kurang dari 3 liter. Dah tu pulak, aku jarang makan sayur masa bulan puasa. Bukan apa, aku malas nak masak lauk banyak-banyak. Dah la tak makan sayur, air kurang, buah pun tak makan, tak semena-mena sembelit pun datang menjengah. Dah masuk 3 hari perut aku rasa tak sedap je. Nak membuang tak boleh, nak kentut tak boleh. Perut rasa kembung je. Makan pil chi ki teon (betul ke eja ni) pun tak jalan. Masuk hari ketiga aku tak leh tahan dah. Tiba-tiba teringat Clenx Tea dalam simpanan. Sebelum puasa memang aku ada minum, tapi aku tak kerap minum sebab kalau minum confirm perut akan memulas gila mintak ditandaskan. So, rasanya sesuai sangat la aku minum dalam keadaan sembelit ni kan.

So lepas je berbuka, aku terus bancuh segelas Clenx Tea ni dan minum. Biasanya kesan dia aku akan rasa dalam 5 jam. Memang cantik la. Elok je bangun sahur, perut dah menari-nari. Memang rasa tak menyempat je nak ke toilet. End of the story, berjaya la aku keluarkan sisa-sisa kehidupan dalam perut aku (sila jangan bayangkan).

Kesimpulannya, Clenx Tea membantu mengatasi sembelit.

Sekian, cerita hari ini.

Sama nak beli boleh cari di farmasi-farmasi. Harga bawah RM50 sekotak, ada dalam 40 peket.


Sunday, 6 July 2014

Aku dan Atkins - Biar Gambar Berbicara


Aku dan Atkins - Resepi Olio Aglio

Dalam Atkins ni, memang sedia maklum segala jenis mee, bihun, pasta adalah dilarang keras sebab dorang ni sedara mara dengan nasi. Tapi ada satu mee yang dibenarkan dalam Atkins iaitu Shirataki Noodles. Shirataki ni dibuat di Jepun. Kalau tengok memang takde tanda halal, tapi berdasarkan perbincangan dalam group KDA, ada seorang ni pernah pergi ke kilang Shirataki di Jepun dan mengesahkan tiada apa-apa yang mencurigakan. Lagi pulak bahan-bahannya hanya la daripada Yam(keladi) dan air. Jadi terpulang kepada korang, kalau yakin makan la, kalau was-was, tinggalkan. Aku dengan yakinnya dah beli pun shirataki ni, tapi lupa nak tangkap gambar. Biasanya mee ni ada di jual di Aeon. Ramai yang cakap ada banyak dekat Isetan KLCC, Aeon Mid Valley dan selain nye. Ikut rezeki la korang jumpa kat mana.



Ni contoh Shirataki tu kalau korang nak cari.

So masa hari kejadian yang aku berjaya jumpa mee ni dekat Aeon Kepong. Petang tu aku terus la masak olio aglio. Ni first time la aku try. Dulu tak berminat sangat nak cuba sebab aku try dekat pizza hut tak sedap. Tapi atas nasihat kawan aku yang kata gepren die masak sedap sangat, aku pun menyahut cabaran tu. First day aku buat guna shirataki ni, memang sedap sehingga menjilat sudu. Adik aku pun suka sangat. Sebab sedap sangat aku tak sempat nak tangkap gambar..hehe..Tapi esok nya, adik aku request lagi, tapi kali ni guna pasta betul-betul. So, untuk tidak mengecewakan aku buat la. Hasilnya.....


Bagi korang yang nak buat, ganti la ye dengan Shirataki tu, jangan guna pasta tau (kecuali korang tak diet). Nanti aku rasa bersalah pulak. Resepinya kat bawah ye.

Bahan-bahan (untuk seorang makan)
Shirataki sebungkus
Udang (ikut suka)
Ayam (ikut suka)
Lauk2 lain kalau korang nak
Bawang putih (7 ulas) - mayang
Bawang besar (1/2 biji) - mayang
Cili Kering (4 keping) - potong kecil
Minyak Zaiton (1/4 cawan)
Black Pepper Coarse Ground
Garam
Stok Ayam(separuh)
Parsley cincang (kalau nak)

Cara-cara
Celur shirataki dalam air panas, macam laksa tu
Panaskan minyak zaiton
Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering
Dah kuning, masukkan ayam dan udang
 Masukkan stok ayam yang direndam dalam air (nak lagi sihat, gantikan stok ayam dengan air rebusan udang or ayam, sebab aku rajin, aku guna stok ayam je)
Dah agak2 dah masak tu perasakan dengan black pepper dan garam
Last masukkan chop parsley
Lepastu masukkan shirataki, kacau-kacau sambil menari
Bila nampak dah sedap, boleh la makan..

Aku sangat berpuas hati dengan hasil first time aku ni, dan pastinya akan buat lagi selepas ni. Selamat Mencuba kepada semua.