My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 8 October 2014

Aku dan Atkins - Broga Hills

Mendaki merupakan kegemaran aku sejak zaman remaja lagi. Bagi yang tak pernah mendaki, aku sarankan untuk korang cuba-cuba nasib. Mana tahu nanti minat tu datang. Bagi aku, mendaki atau hiking ni adalah salah satu cara senaman yang paling efektif kerana seluruh badan kau akan bekerja. Tak perlu la nak naik gunung kinabalu atau gunung nuang bagai. Cuba dulu naik bukit broga atau bukit 'apatah nama dia' dekat pantai dalam tu. Tapi hobi yang paling aku suka adalah hiking di broga.

Bagi yang tak tahu dekat mana Broga Hill ni, lokasinya terletak dekat Semenyih. Kalau dari Kuala Lumpur, aku akan lalu dari Cheras dan masuk ke highway. Perlu lalu 2 tol, RM1 setiap satu. Pergi balik RM4. Tapi kalau aku dari Putrajaya murah sikit, tol satu saja, RM1. Perjalanan pun lebih dekat. Biasanya aku akan hiking hari Sabtu so badan boleh rest pada hari Ahad. Tak susah pun nak pergi, ikut saja signboard ke Semenyih, dah hampir sampai nanti akan ada signboard pula ke Broga. Perjalanan dari Putrajaya mengambil masa dalam 30minit manakala dari KL dalam 1jam 15 minit.

Nak mudah cerita, aku cerita rutin aku dari Putrajaya. Biasanya selesai solat subuh, aku siap-siap dan terus bergerak. Aku biasa pergi seorang saja dan kawan aku akan tunggu di kaki Broga nanti. Selewat-lewatnya, pukul 630 aku dah kena gerak dari rumah. Aku akan sampai dalam pukul 7 di parking Broga. Aku nasihatkan pergi lebih awal sebab takut parking penuh. Boleh solat subuh dekat Petronas Semenyih. InsyaAllah selesa. Sekali masuk untuk parking adalah RM2. Parkingnya dikawasan ladang kelapa sawit. Aku rasa milik auntie yang jaga parking ni. Aku tak kesah bayar sebab aku tengok owner ni turut jaga kebersihan kawasan malah bukit Broga tu pun dibersihkan. Owner ladang ni juga sediakan toilet tapi kena bayar la, RM2 (ni mahal). Baik la kau membuang siap-siap dekat Petronas dulu.

Apa persediaan yang perlu kalau nak naik Broga ni? Biasanya, kalau kau datang awal sangat, sebelum pukul 6, siap2 la bawa touch light, kalau dah pukul 7 tu tak perlu la. Air mineral sebotol kecil, kasut yang sesuai, pastikan tapaknya tak haus sebab jalan di Broga agak licin. Kemudian aku suka bawak tongkat sebab walaupun aku suka hiking, aku ni sangat gayat, jadi bila nak turun Broga aku perlukan tongkat untuk support aku. Selain dari tu, boleh la nak bawak handphone nak tangkap gambar. Yang lain-lain tak yah bawak, buat berat je.

 Tongkat yang banyak berjasa

Lagi satu, kalau korang suka hiking dalam keadaan yang tenang, tak yah la pergi Broga. Masyarakat nya sangat la ramai. Kalau dapat rezeki kau, siap ada rombongan cik kiah naik bas lagi nak naik Broga. Aku pun tak paham kenapa ramai sangat berminat nak naik Broga ni. (Cehh..sebenarnya aku tak puas hati ramai sangat naik Broga, susah aku nak menghayati pemandangan).

Dari kaki Broga nk ke atas tu, bagi aku la, mengambil masa dalam 45minit. Ni kalau aku dah kerap naik dan tak semput. Kadang-kadang ada masanya, terutamanya kalau dah lama sangat rest dari bersenam, kau akan semput la kan. Mula-mula kau akan lalu jalan dalam hutan. Kalau tak pernah pergi, jangan risau sesat la, ramai sangat manusia dan ada track yang kau boleh ikut. Keluar dari hutan, kau akan nampak pemandangan yang Subhanallah..sangat la cantik (tengok je la iklan ubat ketiak yang remi ishak berlakon tu...aku tak sure macam mana dia halau orang kat keliling masa shooting tu, mungkin dia buat di hari biasa la kot, takkan nak buat hujung minggu pulak kan).

Masa kau dah nampak kawasan yang cantik ni, masa ni la pengembaraan kau bermula. Seluruh badan kau akan digunakan untuk naik bukit Broga yang mencanak tu. Rasanya ada 3 pencanakan yang kau kena lalu sebelum betul-betul sampai ke puncak Broga. Jangan give up. Terus kan je walaupun perlahan. Hasilnya sangat-sangat memuaskan. Biasanya, bila aku dan kawan aku dan sampai puncak, kami akan cari batu-batu besar dan melepak kat situ. Biasanya kami akan bersembang hampir 2 jam sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Memang syok la lagi-lagi kalau ada gosip hangat. Dalam pukul 10, kami akan gerak turun. Masa ni matahari dah mula naik, tu yang nak turun tu..hihi.

Bagi yang baru nak naik, aku cadangkan jangan naik dalam pukul 830 ke 10 pagi. Bukan sebab apa, masa ni ramai yang dah start nak turun, jadi perjalanan korang akan susah sebab akan bertembung dengan orang yang nak turun. Apa-apa pun aku meng'wish'kan Good Luck kepada korang. Kalau jumpa aku di Broga tegur la. Tapi aku masih berpantang broga untuk tempoh 100 hari. Post ini hanyalah untuk melepaskan kerinduanku kepada Broga...huhuhu.











No comments:

Post a Comment