My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 9 October 2014

TTC dan Pandangan Budaya Sekarang

Isu kali ni lebih kepada pandangan masyarakat terhadap kehamilan. Aku ingin membuka ruang kepada korang untuk berfikir sejenak dan jika nak dibahaskan pun tidak ada masalah, Ini adalah pandangan peribadi aku, mungkin aku betul, mungkin aku silap. Jika silap, tegur la dengan berhemah.

Jika korang pernah dengar ada yang mengatakan bahawa kalau seseorang wanita tahu bahawa dia hamil, hendaklah dirahsiakan sehingga masuk ke bulan ke 3 or mungkin lebih kerana takut baby tidak berjaya (maksud lainnya keguguran). Ini merupakan kata-kata orang dulu-dulu. Tujuannya? Bagi aku, rasanya untuk mengelakkan kekecewaan melampau atau perasaan malu jika keguguran berlaku. Tapi melalui pemerhatian aku, ada sesetengah yang menganggap memberitahu berita kehamilan terlalu awal mengundang nasib malang. Dua pandangan ini memberi maksud berbeza malah jika tersalah anggapan boleh menggugat keimanan dan kepercayaan kita. 

Baru-baru ini, bila aku menerima khabar bahawa sahabat aku yang baru saja kehilangan anaknya yang berusia hampir seminggu. Jika difikirkan semula, anak tersebut telah berjaya bertarung bersama ibunya selama 9 bulan di dalam kandungan. Tetapi bila sampai ajalnya, seminggu sahaja berada di dunia, ajal tetap sampai.

Apa mesej yang aku nampak dalam hal ini? Ajal dan maut itu ditangan Allah. Bila dan bagaimana itu rahsia Allah, tetapi ianya janji yang pasti tidak akan cepat dan tidak akan lambat. Maka, jika tidak bercanggah dengan agama dan tidak mengganggu akidah, apa salahnya mengkhabarkan berita gembira kehamilan tersebut. Itu pun rezeki yang Allah bagi. Cumanya jagalah emosi, jangan terlalu berharap. Anak juga adalah pinjaman Allah, Allah berhak menariknya pada bila-bila masa. Jika pinjaman tersebut ditarik, jangan salahkan sesiapa, itu semua percaturan yang Allah telah tetapkan dalam hidup kita. Terima lah dengan redha dan positif.

Terlalu banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, janganlah kita menjadi hamba yang tidak bersyukur hanya tidak dikurniakan nikmat yang sedikit ini.

No comments:

Post a Comment