My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 8 October 2014

Aku dan TTC - Keguguran

Kalau korang baca post aku sebelum ni, aku ada maklumkan yang aku baru je mengalami keguguran. Untuk post ni, aku nak cerita sedikit pengalaman aku ketika keguguran supaya dapat dijadikan rujukan bagi sesiapa yang memerlukan. Post ni mungkin berulang dgn post sebelumnya, cuma aku jadikan dalam satu post supaya korang tak pening baca. Aku doakan perkara ni tak terjadi pada korang la sebab aku tahu benda ni perkara yang menyedihkan. Moga korang dan aku dijauhkan dari perkara-perkara yang tak tertanggung oleh keimanan kita. Tapi percaya la, setiap ujian itu adalah penghapus dosa.

Disebabkan aku dah menunggu hampir 3 tahun untuk berita gembira ni, bila aku tahu saja yang aku pregnant, hati ni hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya. Hampir 5 pregnancy test yang aku guna sebab aku macam tak percaya yang aku pregnant. Nasib aku memang ada beli borang hari tu. Aku cadangkan bagi korang yang tengah TTC, beli lah UPT dan OPK borong, jimat dan mudah. Tak perlu la nak pergi ke farmasi, hanya beli online.

Untuk memudahkan cerita, aku akan buat dalam bentuk kronologi, tak payah la korang pening kepala nak baca.

16/9/14 - Positif pregnancy test


19/9/14 - Pergi ke Klinik Kesihatan Presint 9. Jumpa doktor untuk sahkan pregnancy. Doktor pun test guna urine. Positif. Doktor suruh buka buku merah 22/9/14 supaya boleh monitor awal sebab aku ada tekanan darah tinggi. Doktor stopkan dulu ubat darah tinggi aku. Masa ni aku dah pregnant 5 minggu.


22/9/14 - Aku kena ke Klinik Kesihatan Presint 3 untuk buka buku merah. Nak buka buku kena ikut zon kawasan tempat tinggal kita. Aku tinggal di Presint 17. Sebenarnya kalau nak buka buku kena buat appointment. Boleh call saja dan dia akan setkan appointment. Memandangkan aku ada darah tinggi, klinik benarkan aku buka buku hari tu juga. Tapi puas la menunggu sebab yang dah buat appointment pun ramai. Aku sampai dalam pukul 8, dalam pukul 10 juga baru nurse panggil. Mulanya untuk interview la. Tanya tentang tarikh last period dan maklumat kesihatan. Next check gigi, ambil darah dan ambil air kencing. Masa ni, bawah perut aku sebelah kiri dah rasa sakit sangat. Sakit sampai aku susah nak bernafas. Bila sampai turn aku jumpa nurse dalam bilik, nurse buat interview lagi. Kali ni, nurse ni yang akan monitor aku sampai la aku berjaya bersalin (malangnya sekali tu je la aku jumpa nurse tu). Aku maklumkan pada nurse yang perut aku sangat sakit. Nurse tak boleh buat apa, dia minta aku bagitau doktor masa jumpa doktor nanti. Lepas jumpa doktor, terus ke klinik pesakit luar dan tunggu turn jumpa doktor. Dalam pukul 12 dapat jumpa doktor. Scan dan masih tak nampak apa2. Doktor kata mungkin masih awal. Aku cakap yang aku sakit. Doktor pun cakap tak ada apa-apa. Mungkin aku angin. Aku percaya la cakap doktor dan mintak doktor bagi MC sebab jam pun dah pukul 12, dan aku pun dah rasa seram sejuk kesakitan. Balik rumah, makan, tidur, tapi sakit tetap sakit. Aku dah tak sedap hati.

23/9/14 - Aku pergi kerja macam biasa. Masih sakit tapi kurang sikit berbanding semalam. Bila aku pergi toilet, aku perasan ada kesan darah pada panties. Sikit sangat dalam 1 2 titik. Lap dengan tisu, ada darah juga. Hati dah risau. Aku call husband, minta dia datang ambil dan pergi ke klinik. Pukul 2 petang tepat, aku dah terpacak depan klinik ambil no giliran dekat KK Presint 3. Aku orang pertama yang sampai. Tapi dari pukul 2 klinik bukak, dalam pukul 3 baru aku dapat jumpa doktor. Cakap dengan doktor pasal spotting tu, doktor scan dan doktor kata kemungkinan ectopic (kandungan luar rahim). Doktor terus buat surat dan suruh aku ke EPAU (early pregnancy unit) dekat Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8. Bukan pergi esok tau, dia suruh pergi terus. Aku bertambah risau, serius sangat ke? Sampai di EPAU, doktor takde. Aduh. Nurse sana call doktor di Hospital Putrajaya dan terus minta aku ke wad bersalin Hospital Putrajaya. Sampai di Hospital, kena register dulu dekat wad kecemasan then baru pergi ke Dewan Bersalin. Nasib masa ni tak ramai sangat orang yang nak bersalin, aku tunggu dalam setengah jam dan terus jumpa doktor. Doktor scan dan kata tak nampak apa-apa. Jadi dia tak boleh nak confirmkan aku ectopic atau tak. Ketika ni aku tak berapa paham sangat pasal ectopic, sebab tak pernah terlintas di kepala aku akan menghidapi situasi macam ni. Doktor ambil darah untuk check Beta HCG dan dalam tempoh 48 jam aku kena ambil darah lagi. Dari bacaan BHcg ni, kita boleh tahu keadaan kehamilan kita.

Ni contoh bacaan BHcg aku sendiri. Test darah ni aku buat di BP Lab. Boleh buat dengan kos RM30. Result dapat dalam 2 hari. Dalam case aku 3 hari sebab aku tak ambil result dekat lab, aku suruh dia emel je result darah aku.

Biasanya baby/kantung akan nampak melalui scan bila BHcg mencecah bacaan 1500.



24/9/14 - Bangun saja dari tidur, lepas saja mandi, tiba-tiba aku rasa teramat sakit dekat perut aku. Nak berdiri tegak pun tak boleh, badan kena merekot macam udang tu. Air mata pun dah meleleh menahan sakit. Aku ni bab sakit memang boleh tahan, kalau dah tahap nangis tu maknanya aku memang tengah betul-betul sakit. Suami dah risau. Tapi dalam risau tu kami sempat berbincang. Nak pergi mana? Tak kan nak pergi Hospital Putrajaya balik, semalam dah kena halau. Kang dia kata aku tak sabar-sabar. So aku dan husband decide kitorang pergi Hospital Pantai KL sebab aku memang pernah rujuk dengan gynae kat sana. Pergi Pantai terus ke wad kecemasan, sepanjang dekat hospital aku pakai wheelchair sebab nak jalan pun perlahan-lahan. Sakit tak seteruk pagi tadi, tapi masih sakit. Dah scan bagai dekat wad kecemasan, kena pulak ke klinik pakar jumpa Dr. Paul. Dr. buat TVS dan dengan confidentnya kata aku ada ectopic di sebelah tiub kanan aku. Doktor advice untuk operate malam tu juga dengan kos RM12k. Mahal gile. Aku terus tak jadi dan terus balik je la. Dalam kereta bincang dgn suami. Dia susah hati bila doktor kata kena operate. Terus dia decide nak pergi balik Hospital Putrajaya. Aku sebenarnya malas dah nak pergi sana sbb for sure doktor suruh tunggu keputusan darah. Tapi akhirnya pergi juga, dan seperti yang dijangkakan, aku kena tunggu keputusan darah.
Ni gambar kehamilan ectopic. Baby tu menempel dekat tiub falopio instead of dekat rahim. Apa la baby ni, sesat ye?


25/9/2014 - hari ni aku dapat MC. Berehat je la kat rumah. Tapi petang kena dtg ke hospital untuk ambil darah. Bacaan darah hari ni menentukan samada kehamilan aku berjaya atau tak. Kalau bacaan bhcg menurun, maksudnya pregnancy aku tak berjaya dan keguguran akan berlaku. Jika bacaan darah meningkat dua kali ganda maksudnya pregnancy berjaya. Tapi jika bacaan meningkat tapi tidak lebih 2 kali ganda, maknanya kemungkinan kehamilan ectopic. 

26/9/14 - aku kena ke epau untuk dapatkan keputusan darah semalam. Aku menunggu doktor sampai hampir 4 jam. Penantian yang amat sia-sia bila doktor kata keputusan belum ada lagi. Doktor janji untuk call bagitau keputusan, malangnya mengecewakan.

28/9/14 - bleeding makin teruk. Aku dah start pakai pad. Dah macam darah period. Tapi aku dah tak peduli sebab aku kecewa sangat dengan layanan hospital untuk kes aku yang tak seberapa ni.

29/9/14 - aku call hospital tanya result darah. Nurse yang angkat tapi dia tak boleh bagitau keputusan. Hanya doktor yang boleh inform. Kata nak telefon, tapi haram jugak.

30/9/14 - aku decide pergi semula hospital sebab aku sendiri buntu dengan keadaan aku. Darah masih banyak. Gugur ke? Ectopic ke? Selamat ke? Aku cuma nak keputusan. Bila sampai hospital, tunggu untuk 2 jam baru doktor sampai. Cakap dengan doktor bleeding makin teruk. Doktor tengok keputusan darah, bacaan dah menurun. Maksudnya memang kehamilan tak menjadi dan keguguran sedang berlaku. Terus doktor suruh scan. Scan dari bawah, doktor masukkan mulut itik, dan tiba2 dia keluarkan besi panjang. Seriau tengok besi tu. Doktor suruh batuk dan sambil tu dia korek keluar darah beku dalam rahim aku. Aku kena batuk beberapa kali, Alhamdulillah, darah seketul keluar. Ada la besar ibu jari. Doktor bagi rehat sejam dan check semula untuk make sure rahim dh bersih. Settle semua dan aku dapat mc selama seminggu. Lega aku urusan selesai, takde la aku terus buntu.

 Ni adalah bagaimana kaedah d&c dilakukan.

Jadi bermulalah operasi berpantang. Melalui pembacaan pantang bagi orang keguguran, kena pantang bersama sekurangnya 30hari dan pantang makan seperti orang bersalin terbaiknya sehingga next kehamilan. Aku akan cuba pantang sebaik mungkin untuk jadi sihat dan pregnant lagi. Aku tak akan putus asa dalam berTTC.

Nasihat aku kepada yg mengalami masalah yang sama seperti aku, jangan putus asa. Jika ada masalah ketika awal kehamilan, teruslah ke hospital. Aku doakan yang terbaik buat semua rakan TTC.

No comments:

Post a Comment