Innalillahi wa inna illahi raji'un
Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.
Post ini ditujukan kepada sahabat aku yang sama-sama berjuang ketika di DPA dulu. Hari ni aku mendapat perkhabaran yang anak keduanya telah pergi meninggalkan dunia ini. Ajal dan maut itu memang di tangan Allah. Aku turut merasakan kesedihannya malah aku yakin aku tak akan mampu berada di dalam keadaannya. Anak sahabat aku ini baru sahaja dilahirkan, kurang lebih dalam seminggu. Pasti kehadiran cahaya mata ini amat ditunggu-tunggu setelah kita menghadap segala dugaan selama 9 bulan mengandung. Namun, janji Allah itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Pergi lah Sayang. Insyallah, kau menunggu ibu dan ayahmu di syurga nanti. Buat sahabat aku dan isteri, banyak-banyakkan bersabar dan ingat lah Allah selalu. Kerana ketika kau berduka, hanya Allah yang mampu mengubatnya. Aku sebagai sahabat hanya mampu berdoa agar kau dan keluarga diberikan ketabahan dan ketenangan jiwa. Amin.
No comments:
Post a Comment