Hari ni masuk hari keempat aku berpantang. Berpantang dan berdiet adalah satu benda yang sangat susah bagi aku sebab laparnya lain macam. Buat masa ni, aku dah makan nasi. Dalam atkins memang tak boleh makan nasi, tapi aku ubah suai sikit, aku gantikan beras biasa dengan beras perang. Benda2 manis memang aku tak sentuh kecuali susu kambing. Aku beri tempoh masa seminggu untuk consume nasi, cukup seminggu berpantang aku akan stop pengambilan nasi semula. Bukan la sebab nak kurus sangat, cuma risau pcos aku muncul balik.
Memandangkan aku hanya dapat MC untuk seminggu saja, masa ni kena pantang betul2 sebab seminggu lagi akan berpantang di office. Stokin pakai setiap masa, berurut pun sudah, makcik urut pesan kena ikat rahim(ikat guna kain je) dan bertungku. Pati haruan boleh minum, tapi cukup la 2 3 botol..tak mampu aku nak telan. Ais memang tiada dlm diari hidup untuk 2 minggu ni.
Tapi Alhamdulillah, berat aku masih maintain walaupun dah mula makan nasi. Masih 64kg. Harapannya lepas pantang ni nak diet sampai dapat berat 60kg. Bunyi macam sikit je, tapi..cuba la dulu..baru tau.
Aktiviti bersenam belum dimulakan lagi. Harapnya lepas 3 bulan baru start balik. Jangan tiba2 lekat pulak second baby..hihi...Aminnn
UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
ReplyDelete(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
SMS/WASSUP 0148004302