My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Friday, 30 May 2014

Atkins dan Kebabian

Kita memang dah sedia maklum dengan isu dna babi dalam coklat cadbury. Salah satu kebaikan bila aku berDA ni, memang secara automatik nye aku berjaya mengelakkan diri aku dari kebabian ini.


Coklat ni memang dah sebulan dalam laci aku, ni pun sebab kawan dekat office bagi sempena birthday anak dia. Aku tak usik la sebab aku berDA. Tiba-tiba keluar isu cabdury ni, Alhamdulillah. Ada hikmahnya juga berDA ni. Tak perlu aku samak mulut..haha..(perlu ke?)

Aku dan Kettlebell Workout

Seperti post sebelumnye, aku ada mention yang aku beli kettlebell. Kali ni aku nak share video-video yang aku refer untuk buat workout ni. Biasanya aku akan combine workout guna kettlebell dengan workout lain macam zumba, hilo atau hiit.



Workout with chichi ni bagus untuk beginner sebab dia ajar basic dan tak berapa susah. Mampu buat la. Masa aku mula-mula berjinak dengan kettlebell aku akan combine kan dengan hilo. Aku suka buat hilo sebab tak berapa susah juga. Video workout-workout lain aku share dalam post yang lain pulak ye.



Untuk workout atas ni, selama 30 minit lebih kurang macam tu, ada warmup dan exercie kettlebell diulang sebanyak 3 round. Kalau aku buat yang ni, cukup dah tah, menggigil tangan. Workout ni bagus untuk kau firmkan bahagian lengan dan peha sebab banyak juga squat. Tips untuk perempuan bila buat squat, bila squat tu, sila la kemut (kemut tu macam tahan kenting, or bagi yang dah kahwin, macam benda tu la..paham2 je la ye). Tindakan mengemut ni adalah untuk protect rahim kita. Ikut instructor aku cakap, kalau selalu squat without kemut boleh meningkat risiko rahim jatuh.

Aku tak kerap sangat workout guna kettlebell ni, sekadar seminggu sekali atau dua sebab aku nak fokus pada cardio. Nak pecah lemak-lemak terpendam dulu. Lagi satu sebab lenguh babe tangan..huhu..tu baru 4kg, belum berbelas kg lagi. Takpe, nanti dah fit aku beli kettlebell yang lagi berat.

Akhir kata Don't Stop when you are tired, Stop when you are finish. Sekian.

Aku, Atkins dan TTC - Kawan edition

Baru-baru ni, aku dapat friend request dari seseorang yang dah lama aku kenal. Ex roomate aku masa di Mersing dulu. Kami ni dah lama gile lost contact, aku rasa ada 3 4 tahun kot. Jadi lost contact nye sebab dia dah tak aktif kat FB la. FB la pun tempat nak berhubung dengan kawan-kawan lama, kalau phone ni, asik tukar-tukar no je. So kami sangat teruja sebab dah lama sangat tak berbual. Jadi masing-masing pun dah kahwin. Bezanya kawan aku ni pernah mengandung tapi keguguran. Disuspect PCOS tapi rasanya mild PCOS saja. Atas semangat nak membantu kawan, aku suggestkan dia untuk buat DA. Sebab dia kata dia pun dah overweight. Semua nota-nota pasal DA aku bagi dan aku terangkan serba ringkas macam mana nak berDA. InsyaAllah kami akan sama-sama berDA. Aku doakan kami sama-sama berjaya kuruskan badan dan sama-sama dapat mengandung. Itu la tujuan asal pun. 
 Cover Depan Buku Panduan DA. Dicompile sendiri oleh ahli KDA untuk kegunaan ahli-ahli KDA lain secara percuma. Banyak pahala kau kak.

Aku tak tahu kenapa aku sangat happy untuk mengajak kawan-kawan berDA. Sebelum ni aku pernah ajak kawan juga, tapi masing-masing macam tak berminat. Dorang cakap DA ni bahaya sebab tak consume carb. Jangan salah faham, dalam DA masih kena consume carb, tapi dilimitkan kepada 20gram dalam satu hari. Itu pun sehingga berat dah mencapai target, kita dah boleh masuk ke fasa dua dan seterusnya. Bila masuk fasa seterusnya, jumlah carb intake sehari dah bertambah. Sehingga fasa ke 4, kau maintain la berat tu. Cara pemakanan pun kenala diteruskan. Biasanya, orang yang diet ni, bila dah dapat berat ideal, mula la makan merapu, nasi 2 pinggan, bekpes nasi lemak tiap hari, minum teh tarik, makan roti canai. Memang mencanak la naiknye berat tu. Benda ambil berlebihan memang la memudaratkan. Aku tak cakap orang lain la sebab aku pun sama. Dulu aku dah dapat berat 56kg dalam tempoh setahun berdiet. Bila aku dah lupa diri, aku makan macam orang gile balik, terus naik berat 20kg dalam tempoh setahun jugak. Salah siapa tu? Salah DA atau salah diri sendiri..Hamik kau. Aku pelik bila berDA ni orang mula concern pasal pemakanan, boleh ke makan telur, tak pe ke tak makan nasi, masa tak diet, korang bantai makan secara mengkhinzir buta tak kesah pulak kan. Tu la mentaliti masyarakat kita yang perlu diubah.

Kali ni berDA, aku JANJI...tak mahu kembali ke zaman lampau. Akan jaga pemakanan aku dan akan amalkan kehidupan yang sihat. Kalau dah ada anak nanti, aku akan didik diorang untuk amalkan hidup sihat. Sorry ye mynotyetbornchild, mama korang memang garang. Demi kebaikan korang jugak. Nanti jadi macam mama, tak sihat, macam mana? Mama tak nak korang sakit. Kita sama-sama jadi keluarga yang sihat ye. I love you all...chewah..

Tuesday, 27 May 2014

Aku dan Atkins 2

Godek-godek gambar lama, terjumpa la gambar April tahun lepas. Masa ni tak sure berat berapa, maybe 80kg kot.

Hari ni, atas semangat nak tengok ada tak perubahan selepas berDA, aku pakai baju yang sama dan paksa En Suami yang baru bangun tido suruh tangkap gambar.



Tak nampak beza sangat, tapi rasanya bahagian lengan dan pipi ada beza sikit. Sehingga hari ini dah turun 6kg menjadikan berat terkini aku sebanyak 73kg. Start diet 79kg kan. Aduh, banyak lagi nak turun ni.

Monday, 26 May 2014

Resepi Atkins - Flaxseed Bread

Hari tu aku dah share resepi Oopsie bread, hari ni aku nak share pulak resepi Flaxseed Bread. Flaxseed ni rupanya ala-ala kuaci, boleh beli dibahagian organic dekat supermarket. Macam aku beli dekat Cold Storage Alamanda. Satu bekas dalam RM8. Cukup la untuk buat satu roti. 

Bahan-bahan untuk buat bread
1 1/2 cawan Flaxseed
1 sudu baking powder
5 peket stevia
1 sudu garam
5 biji telur
1/2 cawan minyak zaiton (boleh juga guna butter)
3 sudu teh esen vanilla (masa ni aku lupa nak letak)

Cara-cara
Blend halus flaxseed
Campurkan semua bahan kering - Gaulkan
Campur pula telur dan minyak zaiton - Kacau guna whisker je
Masukkan dalam bekas bakar dan bakar dengan suhu 200'c selama 30min @ sampai masak. Nak tahu masak ke tak, cucuk dengan lidi, kalau kering dah masak la tu.

Rupa Flaxseed yang aku beli dekat Cold Storage, Alamanda

Hasil Bancuhan

  Flaxseed Bread yang telah siap

Akhirnya aku dah berjaya la buat Flaxseed bread ni, tapi hampanya, aku tak suka rasanya. Mungkin lepas ni aku boleh guna butter dan tambah vanilla essence untuk tambahkan perasa. Sebab kan aku tak nak membazir, aku nak cuba jadikan flaxseed bread ni sebagai bread crumb aku. Boleh salut pada ayam kalau nak gorengkan...huhu...

Cara nak buat bread crumb ni senang sangat, flaxseed bread tadi aku potong nipis-nipis, then bakar dalam oven sampai dia kering. Rasa-rasa dah kering dan kalau pegang tu roti tu patah, ambik dan blendkan bagi hancur. Dah jadi la bread crumb. Yang ni aku tak cuba rasa lagi. Dah try aku bagitau rasa dia macam mana.

Menu Harian Atkins

Dalam nak berDA, kesabaran dan keimanan yang tinggi sangatlah perlu. Cabaran-cabaran akan datang bila kita bersama-sama dengan kawan-kawan atau keluarga. Jadi, bila berDA, cuba terangkan dengan jelas pada kawan-kawan dan keluarga tentang tujuan kita berDA. Macam saya, awal-awal saya cakap dengan keluarga yang saya kena kurus untuk pregnant. Alhamdulillah, keluarga sangat-sangat memahami. Saya cuba fahamkan mereka apa yang boleh saya makan, dan apa yang tak boleh dimakan. Jadi bila nak keluar makan mereka akan consider tempat makan yang saya boleh makan sekali. Terima kasih to my husband, mama, adik-adik dan sepupu yang sangat memahami. My mom yang paling supportive. Macam-macam kata semangat dia bagi, lagi-lagi pulak bila tengok badan saya makin susut, makin banyak semangat yang dia bagi. Suami tak pandai mengayat sangat, tapi selalu jugak dia mention, 'sayang dah kurus sikit la'..Bila baca dalam group fb KDA, ada keluarga members yang tak faham tentang DA, siap ada yang kena marah dan suruh stop berDA, benda-benda macam ni yang buatkan semangat kita down. Buktikan pada mereka dengan turunkan berat badan anda. Dah nampak kurus nanti, senyap la dorang tu.

Sebenarnya nak cerita pasal menu atkins, dah melalut cerita lain pulak..hehe..

Menu DA sebenarnya simple, yang penting kita tak skip makan. Sarapan yang paling wajib sekali, tolong jangan miss. Kemudian lunch dan dinner. Antara menu wajib saya bila berDA ni mengikut kategori adalah seperti berikut:

Sarapan
2 Biji Telur (Mata, Dadar, Separuh masak, Omelet) @
Oopsie bread @
Ayam goreng seketul

Lunch
Ayam goreng/Ikan Goreng + sayur secawan

Dinner
Ayam KFC (buang kulit) @
Ayam panggang @
Ikan kembung masak pedas @
Ayam goreng kunyit
Nasi Goreng Atkins 
Ayam Pedas + salad

Antara menu yang paling aku suka ialah ikan/ayam masak pedas, air tangan aku sendiri. Aku suka masak sendiri sebab boleh make sure bahan yang aku guna clean. Lagi pulak, sejak berDA, menu kebanyakkan nye memualkan contoh telur dan cheese sebab tak pedas. Bila masak sendiri, boleh buat pedas-pedas, dan makanan pedas ni boleh meningkatkan kadar metabolisme badan.

Cara aku buat ayam/ikan masak pedas

Goreng ayam (potong kecil-kecil)/ikan - asingkan
Tumis bawang besar dan putih (dipotong dadu)
Masukkan cili kering yang diblend (nak pedas lagi tambah cili api)
Masukkan garam secukupnye dan stevia (gantikan gula), aku masukkan separuh peket je - gula memang aku banned sepanjang berDA
Dah tumis sampai kering, masukkan ayam/ikan

Stevia yang aku guna

Cara nak makan, biasanya aku amik salad, amik seketul ayam, bungkuskan, lepas tu makan....ermmmm, sedapnya. Malam ni jugak aku masak, nanti aku share gambar.




Friday, 23 May 2014

Resepi Atkins - Oopsie Bread

Hujung minggu adalah hari yang paling seronok sebab aku boleh masak. Yeay..lagi-lagi pulak lepas berDA, banyak resepi baru yang aku belajar, salah satunye ialah Oopsie Bread. Sebagai peminat roti yang tegar, harusla aku mencuba kan, sepanjang berDA dah tiga kali aku buat Oopsie Bread ni, first time buat termasin, second and third time dah sedap dah. Asas roti ni cuma cheese dan telur. Bagi sesiapa nak try buat roti ni, resepi seperti berikut ye:

Bahan-bahan
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
100gm cream cheese
1 sudu teh essense vanila
1 sudu teh baking powder

Caranya
Pukulkan putih telur (sampai bila terbalikkan tak jatuh) - asingkan
Pukul pula kuning telur, cream cheese, essense vanila dan baking powder
Agak-agak dah sebati boleh campurkan putih telur
Masukkan dalam bekas dan bakar dalam oven dgn suhu 150c selama 25 min atau sampai masak

Siap!!!..boleh dimakan bersama daging burger..sedapnye. Total carbohydrate dalam 0.3g. Aku juga suka makan oopsie bread ni dengan kari.

(gambar : ehsan google, tiap kali masak tak sempat tangkap gambar dah habis)

Akhirnya, oopsie bread yang aku buat hujung minggu untuk bekalan dekat office

Resepi seterusnya ialah flaxseed bread, apa-apa pun nak cari flaxseed dulu. Gi shopping sat ye.


Monday, 19 May 2014

Sebelum dan Selepas

Gambar ni sebelum dan selepas aku berDA dalam tempoh sebulan. Yang berjaya turun cuma 5kg, mungkin turun kat bahagian muka je kot sebab aku nampak muka je yang susut, yang lain nampak sama je...hahahaha..

Aku akan cuba update sekerap mungkin, bagi nampak perubahan..sambil tu boleh jadi pembakar semangat..arghhh, tak sabar nak kurus



Gambar yang tengah tu yang latest, kanan kiri tu sebelum DA.

Aku dan Exercise 2


Alat kat atas ni namanya kettlebell. Aku beli atas nasihat kawan aku yang merupakan personal trainer. Beli dekat kedai fitness dekat dengan rumah, promotion katanya, sekilo RM10 (dah macam beli ikan). Aku beli yang 4kg nye, so dapat la RM40. Lepas balik umrah ni nanti kawan aku cakap dia akan ajar teknik-teknik bersenam menggunakan kettlebell ni. So sementara nak tunggu tu, aku youtube je la. Banyak workout yang ada. Cuma perlu search Kettlebell Workout, keluarla macam-macam cara nak berexercise. Tujuan aku beli benda ni pun sebab nak firmkan bahagian-bahagian yang terlebih menggelebeh ni, contoh macam lengan. First time try workout guna kettlebell ni, memang terasa sakit la kat muscle. Takpe la, usaha tangga kejayaan.

Aku dan Atkins 2

Masuk hari ni dah genap sebulan 2 minggu aku berDA. Walaupun dah sebulan lebih berDA, masih banyak ilmu nak kena tuntut, banyak kali terbabas, tapi cepat-cepat kembali ke pangkal jalan. Berat aku pun dah statik, mungkin sebab asik salah amalan je kan. Tu la, suruh study betul-betul tak nak. Antara sumber rujukan yang bagus ialah refer terus pada pengasas DA ni iaitu DR Atkins, tapi disebabkan rujukannya kompem bahasa inggeris yang sangat aku faham, so aku rujuk je la DR Atkins Malaysia.., aku baca blog bicikut (pengasas Kelab Diet Atkins Malaysia). Kalau refer dari FB semata, boleh sesat jalan sebab macam-macam ajaran yang orang bagi dan banyak sangat drama kat sana. So tengok kat blog je la senang, takde la aku ikut Ayah Pin sangat.

Bila godek-godek ape yang Faz (owner bicikut) amalkan, memang kagum la. Dia berjaya turunkan 5kg dalam seminggu, 22kg dalam sebulan pertama dan 8kg untuk bulan kedua. Wow..kagum dari jauh. Apa yang dia makan? Ni yang penting. Dia hanya makan telur, ayam goreng, ikan goreng dan sayur, air 4 liter. Ulang-ulang la yang tu. Macam sup, tomyam kuah2 ni memang dia tak ambil sebab takut ada hidden karbo. Patut la aku punya berat tak nak turun-turun, tomyam, sup, kari semua aku bantai. Ingat selamat je la kan. Ye la, kalau benda yang kita masak sendiri boleh la nak control, jgn bubuh tomato, kurangkan bawang, tak guna cili sos, kicap, pak aji lagi. Kalau makanan kat kedai macam mana la kita nak tahu dia guna apa nak masak tu, yang kita tau sedap je. 

Jadi, aku berjanji pada diri sendiri, kalau kt kedai tu, makan je la makanan yang jelas ke'clean'annya. Untuk senang aku monitor, aku rekod apa yang aku makan. Aku ada beli buku yang boleh rekod apa yang kita makan ni, beli dekat sususejat..buku ni sangat senang sebab ada kiraan kalori. Sambil tu ada juga kiraan kalori burned untuk exercise. Tapi sususejat ni lebih fokus pada diet kalori, aku lak buat diet atkins guna buku die, hampeh betul, Maaf ye abg sususejat, bagi saya sangat susah nak kira kalori makanan, lebih senang nak control karbo intake. Tapi aku pun bukan dan berDA selamanya, once dah dapat berat yang diidamkan, aku akan control makan dan akan combine both diet, lebih baik la kan. Bersenam pun jangan lupa.

 






Kepada sesiapa yang nak turunkan berat badan, tak kesah la nak berdiet cara Atkins ke, Control kalori ke, yang penting study dulu ye. Semua maklumat tu boleh dirujuk pada En Google je, or boleh juga baca info-info dari bicikut, sususejat or kevinzahri. Ni semua memang sumber rujukan aku. Selamat berdiet kepada semua.


Thursday, 15 May 2014

Bulan Kedua Beratkins

Assalamualaikum,

Masuk hari ni dah sebulan lebih aku berDA. Badan pun dah membiasakan diri dan aku makin rajin untuk bersenam. Sekarang dah tak ada selera nak makan nasi atau roti bagai, makan pun tak berapa banyak sebab cepat kenyang. Mungkin sebab banyak minum air kot. Buat masa ni jumlah penurunan berat masih tak tahu sebab aku tak menimbang. Masih berkira-kira nak beli penimbang dan tak jumpa penimbang yang bagus dengan harga yang berpatutan. Orang kata penimbang Cosway bagus, tapi kena ada no ahli la nak dapat harga murah, kalau tak beratus jugak. Amway punya pun bagus, tapi harga dia mak ai..so, masih survey penimbang yang berbaloi untuk dibeli. 

Tapi sebenarnya lebih nak cerita pasal keadaan kesihatan aku selepas sebulan berDA. Macam yang aku pernah cerita dulu, selepas dua minggu aku berDA, Alhamdulillah, period yang dah hampir dua bulan tak datang, tiba-tiba menjenguk..syukur sangat-sangat. Terkini, untuk cycle seterusnya, period pun menjengah balik, awal 5 hari pulak, Alhamdulillah, happy sangat2 sebab kebetulan aku akan mengerjakan umrah hujung bulan ni, ikut perkiraan asal, period aku akan betul-betul habis sehari sebelum pergi umrah, tapi Alhamdulillah berkat nak pergi umrah kot, period aku datang lebih awal, harapnya lepas tujuh hari ni terus kering dan bolehlah aku melaksanakan ibadah umrah nanti.

Sesungguhnya Allah perancang yang sempurna. Tapi kita sebagai hambanya kena la juga berusaha. Aku rasa kalau aku tak berusaha nak kuruskan badan ni, entah macam mana la period aku. Sambil-sambil tu aku turut amalkan makan suppliment Shatavari. Alhamdulillah dibukakan hati aku untuk kuruskan badan. Semoga pemergian aku ke Tanah Suci nanti membuka segala pintu rezeki, yang utama nya untuk dapatkan baby. Mak mertua pun dah pesan, doa-doa la untuk dapat baby, Insyallah, ada rezeki aku dan suami adalah nanti.

Doakan segalanya selamat...Aminnnn

Monday, 5 May 2014

Aku, OPK dan BBT - Cubaan Kali Pertama

Cubaan untuk aku berTTC ni dah lama. Kalau untuk tahun 2014 ni, aku plan nak start berTTC pada cycle bulan Februari. Jadi pada bulan Januari, aku terbuka hati untuk order set kesuburan shaklee dari kawan aku sendiri. Dalam set ni, aku beli GLA, Alfalfa dan ESP. Maka aku cubala untuk consume suppliment dari shaklee pada bulan Januari. Tapi menjelang bulan Februari, period aku tak kunjung tiba. Aku masih tak syak apa-apa lagi sebab aku memang selalu miss period. Tapi aku juga agak pelik sebab untuk tempoh beberapa bulan sebelumnya period aku agak regular. Sampai la satu hari, aku perasan ada bengkak dekat leher. Dipendekkan cerita, aku check doktor dan disahkan ada hyperthyroid. Jadi aku rasa pelik sebab selama hari ni tak pernah pulak muncul benda-benda macam ni. Sampaila satu hari, aku baca di group PCOS yang PCOSer TAK BOLEH makan soya...tak boleh ok, sangat bahaya. Maka terjawab la persoalan aku sebab ESP tu memang berasaskan soya. Tapi aku tak salahkan sapa-sapa la. Aku stop makan barang-barang dari Shaklee. Jadi aku mulakan pula berDA.

Alhamdulillah selepas berDA, dua minggu kemudian aku period...ALHAMDULILLAH..maka dengan hati yang berbunga-bunga, boleh la aku teruskan TTC aku. Kali ni aku dah beli siap-siap OPK, termometer pun memang dah beli lama. Sementara nak tunggu habis period tu, aku amalkan makan shatavari, beli dekat himalaya. Katanya bagus untuk stabilkan hormon dan kesuburan.


Tak sabar babe nak tunggu habis period...hehe...first day habis period aku terus berOPK dan BBT. Sebelum tu, OPK dan BBT ni adalah untuk tahu waktu subur, jadi boleh plan la bila masa sesuai untuk buat baby. Untuk OPK, aku akan amik test pukul 7 malam bila sampai rumah dari kerja. Sepatutnya waktu yang ideal ialah jam 11 pagi hingga 2 petang, tapi payah la aku nak test air kencing kat office. So setiap hari aku akan test OPK dan tampal kat kertas A4 supaya senang aku nak monitor.


OPK ni tak macam UPT yang test untuk pregnancy. Kalau OPK, nampak dua line tak bermaksud kau subur. Untuk OPK positive bermaksud line Test (T) perlu sama warna atau lebih gelap dari line Control (C). Macam contoh aku tu, pada 2 dan 3 haribulan, OPK aku positif. Bila OPK positif, bermaksud dalam tempoh 24 hingga 36 jam kau akan ovulate. Maka bila nampak je line positif tu cepat-cepat buat baby dalam tempoh 3 ke 4 hari tu..hehe. Jadi warning la husband siap-siap untuk ready bekerja hari tu. Tapi apa-apa pun, jangan stress. Enjoy je apa yang kita buat.

Untuk BBT pulak, aku akan ambil suhu badan seawal bangun nak solat subuh. Memang termometer tu aku letak bawah bantal je, bangun-bangun terus terkam termometer dulu. Jadi hasil yang aku rekodkan adalah seperti berikut. Aku gunakan software dalam handphone nak monitor suhu ni, senang sikit. Software yang aku guna ialah mycalender.


Dari jadual ni, boleh nampak penurunan suhu mendadak pada tarikh 3 Mei dan naik pulak lepas tu dengan mencanaknye. Itu maksudnya aku tengah ovulate la tu. So bila aku comparekan antara OPK dan BBT aku, nampak macam betul je. Jadi marilah buat baby..hehe.

Aku harap apa yang aku buat ni betul la dan harapnya dapat juga la membantu kawan-kawan yang nak berTTC. Doakan usaha ni semua berjaya ye. Apa-apa pun doa banyak-banyak

Aku dan Atkins

Setelah mengetahui yang diet rendah karbohidrat atau diet atkins ni sesuai untuk PCOSer macam aku, maka aku pun mulakan la misi menurunkan berat badan mengikut diet atkins. Apa-apa pun sebelum aku mulakan DA ni, yang penting kena khatam dulu ilmunya. Jadi apa susah, aku google saja pasal DA ni. Malah dalam group FB PCOS sendiri ada terangkan tentang diet atkins. Malah aku join pulak group Diet Atkins di FB. Group yang bagus untuk berkongsi ilmu dan pengalaman (tapi asik gaduh je members dalam group tu..hehe). 


Apa yang boleh dimakan, apa yang tak boleh. Basically, pengamal diet Atkins ni hanya boleh consume karb dengan jumlah sebanyak 20gram, itu pun dari sayuran hijau yang kita makan. BAnyak menu-menu yang kita boleh buat, yang penting kena rajin masak, jadi kita boleh control penggunaan bahan-bahan masakan. Malah bila aku tengok, orang-orang yang berDA ni akan jadi kreatif dalam mencipta makanan. Ada rezeki nanti akan aku sharekan resepi dan makanan yang aku hadap sepanjang berDA ni.

Ada 4 phase dalam diet atkins iaitu Induction, Ongoing Weight Loss, Pre Maintenance dan Lifetime Maintenance. Buat masa ni aku masih di Phase 1 iaitu Induction, yang phase lain tak study sungguh-sungguh lagi. 

Untuk Phase Induction ni ambil masa dari 2 minggu, ke 6 bulan hingga la maximum 2 tahun. Maksudnya sampai la kita dpat berat yang kita nak, then baru masuk ke phase yang seterusnya. Maka bermulanya 8 April 2014, bermula perjalanan DA aku. Sebenarnya, nak diet ni, tak kira la apa-apa jenis diet pun, yang penting semangat tu mesti ada. Aku cuba berdiet selama 3 minggu dan bila timbang aku berjaya turun sebanyak 5kg. Dari berat asal aku 79kg ke 74kg. Alhamdulillah. Target aku adalah 58kg. Ada 16kg lagi untuk aku hilangkan. Nampaknya perjalanan ini masih panjang, jadi pada PCOSers di luar sana, jom sama-sama kita kurangkan berat supaya kita boleh pregnant. Ops, lupa, nasihat dari member dalam group PCOS, pesan dia, kalau dah berjaya pregnant nanti, kena teruskan diet, jangan makan mengkhinzir buta, takut effect pada kandungan. Bila nak pregnant tu? Insyaallah.


Sunday, 4 May 2014

Aku dan Exercise

Dalam usaha nak menguruskan badan ni, kita bukan saja kena menjaga pemakanan, malah kita kena juga bersenam untuk lebih sihat. Aku memang suka bersenam, jogging, swimming, paling aku suka ialah hiking. Pada yang tak biasa bersenam, mula-mula mesti akan rasa malas dan penat, tapi cubalah dulu. Hasilnya, lepas habis bersenam, badan mesti rasa ringan dan rasa lebih sihat. Nak sihat memang kena usaha lebih sikit ye. Jangan malas-malas tau. Ni aku cerita sikit aktiviti-aktiviti kecergasan sepanjang tahun ni sampai ke bulan April. Insyallah lepas ni ada lagi.


Yang ni masa naik Gunung Nuang, dah lama tak hiking masa ni, semput ..hehe

 
Yang ni aktiviti wajib setiap bulan..naik Broga dengan teman setiap cik (bakal puan) yuyu




Aktiviti marathon hanya beberapa tahun sekali..peneman setia ialah cik Yani yang hujung kanan tu

Paintball ni sekali sekala bergantung kepada baki gaji..hehe
Aktiviti baru ialah ke gym untuk join kelas-kelas yang menarik, atas ni jadual nya, baru nak start 6 Mei ni dekat Bangi Fitness


Salah satu aktiviti wajib tahunan, KL Heritage Explorace, dah dua tahun aku join, tak pernah menang dan mungkin tak kan menang..hahaha

Jadi jom la kita bersenam untuk terus sihat. Mula-mula kita akan rasa sangat malas dan penat, tapi hasilnya sangat memuaskan.

Ayat-ayat Amalan

Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Namun kita sebagai hambanya harus berusaha. Dalam usaha aku untuk berTTC, ada beberapa ayat yang aku amalkan. Setiap hari aku akan baca Al-Fatihah, ayat-ayat ini dan makan sebiji kurma. Disebabkan aku tengah dalam DA, tak boleh sebenarnya makan kurma sebab karbohidrat dalam kurma agak tinggi iaitu 5g sebiji. Tapi, aku bukan nak berDA saja, aku nak berTTC juga, so aku modify sikit diet aku. 

Ini antara ayat-ayat yang aku amalkan :




Surah Al Imran Ayat 38






Surah Maryam Ayat 4-6








Marilah kita sama-sama berusaha, dengan siapa lagi hendak kita meminta jika bukan dari Yang Maha Pencipta.