My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 1 May 2014

Aku dan TTC

Setiap wanita yang telah berkahwin pasti menginginkan sekurang-kurangnya seorang zuriat. Aku pun tak terlepas dari perasaan itu. Bila tengok kawan-kawan yang telah berjaya hamil, aku rasa sedih. Kenapa aku belum lagi? Bila memikirkan sakit yang aku ada, lagi membuatkan aku rasa untuk hamil tu hampir mustahil untuk aku. En suami pun dah banyak kali bagi hint yang dia sukakan budak-budak dan tak sabar nak anak sendiri. Selalunya kami akan berangan, macam mana rupa anak kami, baju apa nak beli, nak bersalin dekat klinik mana, kami berbincang macam sentiasa ada harapan untuk hari esok. Tapi jauh di dalam hati aku, selalu tertanya-tanya, mampu ke aku untuk hamil?

Tapi, aku bukan seorang yang senang mengalah, hari ni aku sedih esok aku kuat balik. Aku sentiasa cari info-info tentang PCOS dan baca blog-blog perempuan lain yang ada masalah yang sama macam aku. Bila tahu ada yang berjaya hamil, aku rasa peluang aku pun cerah. So bila aku rajin survey2, banyak input yang aku tahu. Rawatan-rawatan kesuburan, BBT, OPK, suppliment, dan aku jugak join group TTC dan PCOS di FB. Banyak sangat input yang aku dapat. Dari situ aku tahu pesakit PCOS tak boleh consume soya. Maka perlulah aku avoid makanan berasaskan SOYA ni. 

Masa aku baca post2 dalam kelab PCOS, aku terbaca komen tentang wanita yang berjaya hamil dengan mengamalkan diet ATKINS (DA). DA ni ialah diet low carb and sugar but high in protein. Bila kaji-kaji balik, pesakit PCOS memang perlu mengurangkan pengambilan sumber karbohidrat dalam pemakanan seharian. Disebabkan semangat yang sangat tinggi, immediately aku start berDA. Mungkin harapan aku akan bertambah cerah lepas berDA, sapa tahu. Jadi, pada 8 April 2014 aku mula berDA. Aku pun join group Kelab Diet Atkins dan dapatkan maklumat-maklumat berkaitan supaya senang aku nak berdiet. (Cerita bab DA secara detail akan aku ceritakan di post yang lain).

Nak dijadikan cerita, selepas 2 minggu aku berDA, Alhamdulillah aku period setelah hampir 2 bulan aku tak period. Happy sangat sebab sekurang-kurangnya DA ni berjaya menunjukkan hasil. Mungkin lepas ni aku pregnant pulak kan, Insyallah.

Disebabkan aku baru mula berTTC dan berDA, maka baru satu cycle aku berusaha untuk cuba pregnant. Nanti bila dah complete cycle aku kan share graph BBT aku dan result OPK untuk kita sama-sama study. Semoga aku sentiasa rajin berBBT dan berOPK.

No comments:

Post a Comment