My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 22 December 2016

My Nine Months Journey - Week 18

Seperti yang dijanjikan, nak share news terkini. Masa week 18 aku check up dengan dr aimi. 2 minggu sebelumnya pun dah jumpa, tapi masa tu main serbu je, sebab perut aku sakit tiba2 lepas travel dari KL ke Melaka. Call klini 2 3 kali tapi tak berangkat, akhirnya aku serbu je. Nasib baik dr cool je. Dr cakap takpe, lain kali kalau sakit datang je. Bila scan, baby ok. Maybe sebab aku penat sangat, lagipun baby tengah nak membesar, sebab tu perut terasa sakit.

Ok, itu cerita 2 minggu lepas. Minggu 18 ni, jumpa dr scan baby nak tengok jantina. Tapi aku tak mau cite la, korang tengok sendiri video ni...hihihi


Tuesday, 20 December 2016

Cabaran TTC

Alhamdulillah, minggu ni baby dah berusia 18 minggu, lagi 2 minggu dah nak 5 bulan. Cepatnya masa berlalu. Masih teringat2 macam mana struggle nya nak dapatkan sorang baby ni. Walaupun aku sendiri dah mengandung, aku masih rasa sedih bila fikirnya tentang perjalanan TTC aku. Aku tak sedih dengan semua treatment dan duit yang aku kena keluar. Tapi dugaan dari mulut2 orang yang paling menyakitkan hati. Nasib baik suami sangat2 memahami dan tak pernah memaksa.

Aku masih teringat masa aku gugur kali pertama dulu, bila makcik aku sendiri cakap 'lain kali mengandung jangan cakap kat orang'. Kata2 tu menusuk terus ke kalbu aku. Dalam aku tengah bersedih masih berani lagi 'makcik' aku ni keluarkan kata2 macam ni. Disebabkan itu la, kali ni aku mengandung aku senyap2 je. Terutama dengan 'makcik' aku dan sapa2 yang ada kaitan dengan 'makcik' aku.

Aku juga teringat kata2 kawan aku yang tunggu hampir 2 tahun untuk dapat anak. Kawin 2013, mengandung 2015. Sebelum dia mengandung, dia la orang yang paling murung aku pernah jumpa. Tapi bila dia mengandung, pandai pula dia cakap dengan aku, kalau ada rezeki Allah akan bagi anak dekat kau. Dia juga cakap, dia faham perasaan aku yang tunggu 5 tahun nak dapat anak, sebab dia pun dah tunggu '2' tahun. Ok, mungkin dia nak bagi kata2 nasihat dengan aku. Tapi, orang yang tunggu 2 tahun tak sama dgn yang tunggu 5 tahun, orang yang tunggu 5 tahun tak sama dengan yang tunggu 10 tahun, orang yang tunggu 10 tahun tak sama dengan orang yang tak dapat anak langsung. So, jangan compare. Setiap kata2 keluar kepada TTCian, perlu ditapis dan difikir dulu sebelum nak bercakap. TTCian ni sangat sensitif. Sedangkan aku yang dah mengandung ni pun masih sensitif dengan isu2 macam ni.

Baru2 ni, masa tu aku baru lagi pregnant dalam 1 bulan, so memang orang tak tau aku pregnant. Aku makan dekat 1 kedai yang memang dekat dengan rumah aku, kakak2 kedai tu pun kenal sangat dengan keluarga aku. Tak tau kenapa, rajin pulak kakak kedai tu tegur aku 'tak ada anak lagi ke? Ya Allah, dah lama kan kawin'. Walaupun masa tu aku dah mengandung, tapi aku sangat2 sedih dengan kata2 kakak tu.

Sorry la aku meluahkan perasaan, hari ni memang negatif sikit. Insyallah, kejap kali kembali positif..hihi.

p/s: dalam masa terdekat aku nak share satu news, sila tungguuuu

Monday, 28 November 2016

My Nine Months Journey - Booking FPP Putrajaya

Alhamdulillah, minggu ni kandungan aku dah mencecah 15minggu, lagi seminggu dah masuk 4 bulan la. Alhamdulillh mama dan baby sihat. Mama je banyak test nak kena buat. Seawal 15 minggu ni, aku kena minum air gula. Merasa la pengalaman yang selalu orang ceritakan. Macam ne susahnya nak menelan air gula..huhu. Sesukar mana pun, berjaya jugak aku hadap air gula tu. Kembang tekak oooo.

Ok, habis cerita bab check up. Cerita utama sebenarnya nak cerita pasal Full Paying Patient (FPP) Putrajaya. Ye la, bila dah mengandung ni, mesti nak kena fikir pasal beranak jugak. Baru2 ni, adik ipar aku bersalin. Dia pilih bersalin dekat hospital swasta dekat Kg Baru. Bayaran pun berpatutan la dalam 3k untuk bersalin normal. Bila tengok dia bersalin kt situ, aku rasa syok la pulak. Semua benda diuruskan. Bawak badan je. Barang2 baby pun hospital provide.

Makanya aku pun berangan la nak jugak bersalin hospital swasta. Selain dari kemudahan, benda yang paling aku pentingkan, adalah teman aku kat hospital. Kalau hospital kerajaan memang kita kena tinggal sorang, jaga anak pun sorang2. Kalau private, tak kesah berapa umat kau nak bawak teman sekali. Dan ni plak first experience nak beranak, takut pulak aku nak handle baby sorang2. So option terbaik aku adalah bersalin di private hospital.

Cerita tak habis lagi ni. Selepas fikir punya fikir, survey punya survey, ukur dompet dipoket sendiri, aku terpaksa reconsider balik pilihan aku. Setakat bersalin normal dekat private hospital, Insyallah aku boleh korek jugak tabung. Tapi memikirkan risiko yang aku tak tau, kot2 la kena cser ke, ada complication ke, mau habis lebih dari 10k. Baik la aku guna duit tu untuk belanja barang2 anak aku nanti.

Maka aku decide untuk bersalin je dekat hospital kerajaan. Hospital terdekat dengan aku harus la Putrajaya. Nasib baik la Hospital Putrajaya satu skim dipanggil FPP. Maksudnya kau bayar full semua perkhidmatan yang kau dapat dan dapat kemudahan seperti private hospital. Yang syoknya, bayaran tu tak la semahal private. Lebih kurang half gitu.

Bila tanya pengalaman kawan2 dan baca blog orang yang pernah bersalin kat situ, ada yang ok, ada yang tak. Bergantung pada rezeki masing2. Aku ni bukan la cerewet sangat, janji semuanya selamat aku pun dah bersyukur dah. Doa2 saja la aku akan dapat service dan layanan yang baik.

Kawan2 aku suruh cepat2 book FPP ni sebab dengarnya selalu fully book. But still, bergantung pada rezeki, kawan aku 2 orang anak bersalin under FPP, kandungan dah 6 dan 7 bulan baru book. Ada pulak kosong. Kawan aku yang sorang lagi, masa kandungan 4 bulan, nak book dah penuh pulak. Apa2 pun, rezeki kita hanya Allah yang tahu.

Jadi bagi mengelakkan fully book. Aku terus call FPP untuk book. Procedure nya, mula2 kau call dlu FPP (03-83124316) dan cakap kau nak book. Nanti dia akan mintak details kau, bila EDD, umur kandungan, ada sejarah penyakit tak. Then dia akan tanya kau nak doktor mana. Dr perempuan hanya ada seorang. Dr. Hamidah. 2 lagi doktor lelaki. Aku request dr hamidah. Tapi kalau dr hamidah tak available, aku kata mana2 dr pun takpe lah.

Selepas dia amik details kau, maklumat tu semua akan diberi pada staff under dr Hamidah. Makanya, kalau semua ok, PIC akan call aku semula untuk confirmkan booking aku. Aku sangkakan, esok or lusa la kot orang ni akan call aku. Rupa2nya, dalam 2 jam dah call balik. Sebelum angkat phone, aku dah selawat berdoa macam2 dah. Dapat la aku dgn dr hamidah. Alhamdulillah, Dr Hamidah free. Ya Allah, happynya.

Then staff tu akan explain tentang semua fee yang aku kena bayar. First appoinment aku dgn dr hamidah adalah pada bulan ke 7. Date akan diberikan kemudian. Buat masa ni, selesai la satu masalah aku, takyah dah serabut nak bersalin kat mana.

Aku berdoa banyak2 semoga semuanya dipermudahkan bagi aku. Dah harapan terbesar aku adalah untuk bersalin normal dan nak kurangkan jahitan. Untuk dapatkan misi tu, makanya aku kena la usaha lebih. Selebihnya, biar Allah yang tentukan.

Dengan itu, bye semua.


Tuesday, 15 November 2016

My Nine Months Journey - Week 13

Week 13
Update terkini perkembangan, baby sihat walafiat. Tapi maknya yang banyak masalah. Tapi kawan2 aku kata tu benda biasa. Bila buat check up dekat KK, macam2 test kena buat. Compare dengan klinik dr hamid, dr hanya scan baby je. Bila dekat KK, dah buat test, HB aku low la, ada gula dalam air kencing la. Masalah2 ni sebenarnya kena jaga pemakanan. Untuk dapatkan HB yang cantik, kena banyak makan sayur2 hijau, makan kekacang. Tapi kita kan makan ikut mana dan je. Kalau masa tu ada sayur kita makan la. Kalau duduk rumah senang, boleh masak, tapi kalau dah tiap masa kat ofis, apa yang terjual je la boleh makan. Sekarang aku cuma boleh bawak bekalan buah2 je la ke ofis. Nak masak lauk pauk, tersangat rajin pulak. Untuk kandungan gula tu pulak, kena kurangkan la manis2. Walaupun aku dah kurangkan minuman manis, masih macam tu jugak bacaannya. Tapi kena ingat jugak, dalam nasi, buah, roti pun ada gula. So, pandai2 la control portion makanan. Takpe la, apa yang penting baby sihat. Dapat dengar heart beat dia pun aku dah cukup lega. Semoga baby membesar dengan sihat.

Our 5th Anniversary

Alhamdulillah, tanggal 11 November 2016, kami berjaya mengharungi 5 tahun hidup sebagai suami isteri. Siapa yang dah berkahwin, pasti tahu asam garam dalam hidup berumah tangga. Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..haha..drama sangat.

Tapi Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun berkahwin, tak pernah lagi la kami bergaduh besar. Gaduh2 manja tu selalu la, pujuk2 sikit dah baik. Tapi bergaduh, tak bertegur 2 3 hari tu memang tak pernah. Antara faktornya adalah sebab en suami seorang yang sangat2 la penyabar. Biasa la perempuan kan, mana ada yang tak banyak membebel, banyak songeh, kuat melawan, degil (aku la tu). Tapi en suami sentiasa bersabar dengan perangai2 tak semenggah aku. Dan aku pulak, bila laki dah baik sangat, ada masa bila laki saja cari pasal dengan aku, aku pun tak nak la banyak melenting. Merajuk sikit2 suda la. Rahsia utama kami, give and take. Ada masa aku dengar cakap suami (sepatutnya setiap masa dengar..hahaha), ada kala suami kena dengar cakap aku (hahaha..aku isteri kejam).

Disebabkan sifat penyabar en suami buatkan aku teramat2 bersyukur kerana dapat jadi isteri dia. Dengan dugaan yang kami hadapi, cabaran untuk dapatkan zuriat, dengan aku yang sentiasa ada masalah kesihatan, en suami tak pernah nampak benda tu sebagai kekurangan aku. Dia pulak yang selalu positif dan bagi kata2 semangat dekat aku.

Itu cerita baru 5 tahun kahwin, mungkin baru dan semuanya indah2 belaka. 10 tahun akan datang kita sendiri tak tau. Tapi aku doakan semoga perkahwinan aku dan suami kekal selama-lamanya dan rumahtangga kami sentiasa berkasih sayang dan cinta mencintai.

Maka, sempena 5 tahun anniversary ni, En suami belanja aku makan dekat Atmosphere360 Restaurant. Restaurant dekat KL Tower. Mungkin sebab double celebration kot, celebrate nak dapat baby dan anniversary. Subhanallah, cantik sungguh permandangan. Makan pun tak selera sebab kusyuk tengok pemandangan malam KL. Dapat pulak view KLCC, memang tak kelip mata. Bagi korang2 yang celebrate anni or birthday ke, boleh la try dekat sini. Memang akan rasa la mood romantik tu. Kalau nak murah sikit, boleh tengok promo dekat groupon. Ok la, aku belanja gambar je la senang.


entrance
   


Thursday, 10 November 2016

My Nine Months Journey - Cabaran Mengandung

Assalamualaikum semua. Semoga masing-masing masih kekal positif. Salam perkenalan pada kawan2 yang baru add aku dekat fb. Dekat fb aku tak share lagi news yang aku pregnant. So, korang memang takkan dengar aku update pasal pregnancy la dalam fb. Cukup la aku share kat blog ni dulu, sebab blog ni memang khas untuk kita-kita yang berusaha nak anak.

Bagi yang masih mencuba, teruskan amalan pemakanan sihat, banyakkan bersenam, banyakkan berdoa, dan kekal positif. Jangan stress2 ok.

Ok, nak share sikit tentang cabaran yang aku hadapi sepanjang aku pregnant 3 bulan ni. Baru 3 bulan. Ada 6 bulan lagi nak lalui. Tapi Alhamdulillah, 3 bulan aku tak la terlalu sukar. Aku tak mengalami sebarang alahan, takde muntah2, takde yang jenis terlepek je. Kadang2 tu ada la, tapi tak teruk. Makan pun aku tak memilih. Semua aku boleh makan. Cuma aku jaga la sikit pemakanan. Sehabis baik aku kurangkan pengambilan gula. Air manis aku kurangkan, paling sangat pun aku minum susu or jus buah. Nasi memang aku kena ambil sebab level lapar aku sekarang berada di tahap maksima. Setiap 2 jam akan kelaparan.

Apa yang jadi kalau aku biar je aku lapar, makan datangla macam2 sakit. Kembung perut la, pedih ulu hati la. Penah satu malam, tengah tidur, tiba2 terjaga sebab perut teramat sakit. Kembung angin. Padahal sebelum tidur dah bantai makan nasi. Fuh, memang tak tahan. Nak buat apa pun tak tau. Nak sapu ubat pun takut. Akhirnya mintak en suami urut tanpa ubat la. En suami memang hebat mengurut. Dia tekan sikit2 je, dia pulak yang sendawa. Lepas urut baru la lega sikit, dapat la tidur. Esoknya terus ambil cuti, dan mintakkan en suami buatkan sup bubuh halia banyak2. Aku buat jugak air madu dan halia. Alhamdulillah lega. Cuma bila lapar aku makan untuk elakkan sakit semua. Makan sikit pun takpe, janji cukup untuk hilangkan lapar.

Satu lagi cabaran yang aku hadapi adalah sakit pinggang. Sakit yang lebih kepada lenguh. Bukan dekat bahagian pinggang je, bermula dari tulang punggung sampai la ke bahu. Biasanya sakit bila nak tidur la. En suami jugak la jadi mangsa untuk urutkan. Aku ada beli satu ubat spray ni. Nama Biobax. Memang membantu la ubat ni. Ubat ni pun memang khas untuk ibu mengandung. Kalau tak mengandung, lagi la boleh. Nanti aku share gambar.

Gambar seperti yang dijanjikan
Setakat ini je aku nak share untuk post kali ni. Next week aku ada check up dekat dr Hamid, nanti aku share perkembangan baby. Doakan semuanya sihat, semoga kawan2 aku pun sihat dan happy, Amin.

Tuesday, 25 October 2016

My Nine Months Journey - Week 10

Alhamdulillah, hari ni kandungan aku dah berusia 10 minggu. Seperti yang dijanjikan, aku akan update perkembangan terkini aku. Buat masa ni, dah 2 kali aku buat check up dekat klinik Dr. Hamid dan sekali di Klinik Kesihatan (masa bukak buku).

Dengan dr Hamid, aku kena check up setiap 2 minggu sehingga kandungan berusia 4 bulan. Lepas 4 bulan mungkin hanya perlu check up sebulan sekali, aku pun taktau. Check up pertama masa aku 8 minggu. Scan baby macam post sebelum ni. Masa tu dah nampak heart beat. Kalau macam first jumpa doktor hamid, aku kena makan metformin dan cucuk proluton. Tapi kali ni doktor bagi duphaston. Bagi TTCian rasanya dah tau kan function dupaston ni? Duphaston ni tujuan nya untuk kuatkan rahim. Aku kena makan ubat ni untuk tempoh 2 minggu.

Next check up nya pulak semalam, iaitu masa minggu ke-10. Kali ni aku jumpa dr aimi. Happy gila dr aimi bila jumpa aku. Berkali2 dia ucapkan tahniah. Aku pun memang nak sangat jumpa dr Aimi, nak ucapkan terima kasih kerana atas bantuan dia, impian aku nak dapat anak tercapai. Bila scan, terkejut tengok baby membesar dengan sihatnya. Tak tau la nak gambarkan perasaan macam mana, tapi aku banyak tergelak sebab baby bergerak2. Dr kata baby tengah mengeliat, lepas tu siap angkat2 kaki. Subhanallah, Maha suci Allah. Rasa besar sungguh kebesaran Allah. En suami pun tengok jugak masa tu. Memang saja aku paksa tengok sekali. Ikutkan dia agak takut kalau bab2 ni. Tapi bila dah tengok dia pulak yang suka. Selesai scan, dr aimi tak habis lagi ucap tahniah..hihi. then amik ubat, kali ni dr tambah calcium. Metformin, dupaston semua dah stop. Sekarang hanya makan suppliment.

10 week
Ok, selesai cerita check up semalam. Nak cerita pasal aku bukak buku merah pulak. Aku bukak buku masa minggu ke-7. Sebabkan ada pengalaman bukak buku masa kandungan yang lepas, aku tau yang aku kena call dlu untuk buat appoinment. Aku call masa minggu ke-5, date yang free adalah minggu ke-7 tu. Standard procedure nak bukak buku, first kau akan diinterview oleh misi, sebab nak isi detail kau dalam buku merah. Then kena amik darah. Selesai amik darah, tunggu pulak nurse panggil untuk basic check up. Masa check up dengan nurse dia akan tanya apa penyakit kau, ubat ape kau makan, lepas tu dia akan advice kau based on condition kau sekarang. Kalau aku yang ada darah tinggi, dia akan suruh aku tengok simptom2 tertentu dimana kalau simpton tu terjadi aku kena cepat2 pergi ke hospital. Aku tak ingat apa benda sakit tu, tapi semua rujukan dalam buku merah. Lepas dah jumpa nurse, tunggu turn pulak nak jumpa doktor. Dekat dr pun dia check lebih kurang macam nurse buat tadi, cuma dia ada buat ultrasound. Masa buat kali ni, tak berapa nampak janin aku. Cuma nampak kantung je. Lagi pun ultrasound dekat KK guna scan yang dekat perut. Compare dengan klinik dr hamid dia scan guna tvs. Jadi lebih terang la scan dr hamid. Dr KK minta aku buat ujian darah Thyroid disebabkan aku ada history thyroid. Result kena bawak untuk next check up. 

Aku dah buat pun ujian thyroid tu, dan keputusan nya, bacaan thyroid aku agak tinggi. Mula2 aku agak risau. Tapi bila aku bawak result ni ke Dr Hamid, dia kata tak ada isu sangat sebab ada sebilangan ibu2 yang akan mengalami masalah yang sama macam aku benda tu perkara normal. Jadi aku takde la risau sangat. 

Next week aku ada appoinment dengan KK pulak. Semoga semuanya berjalan lancar dan doakan aku dan kandungan sihat. Tq semua kerana sudi membaca kisah panjang lebar aku. Have a good day, and stay positive. BYE.

Wednesday, 19 October 2016

My Nine Months Journey Begin

Assalamualaikum. Sorry la lama menyepikan diri. Malas teramat2 nak update blog. Terima kasih kepada semua yang follow blog ni sama ada yang aku kenal atau pun sapa2 yang jadi silent reader. (waaa..perasan hot plak).

Post kali ni cuma sekadar untuk menghormati kawan2 follower yang tunggu perkembangan semasa. Insyallah, cerita yang lebih panjang lebar akan aku update next week. Aku akan cerita macam mana follow up aku dengan Dr Hamid Arshat dan juga macam mana aku buat buku merah dekat klinik kesihatan.

For now, aku share gambar baby dulu =)


Ikut kiraan date, masa ni aku 8 minggu. Tapi ukuran baby umurnya 7 minggu. Doakan semuanya berjalan lancar ye kawan2.

Kita jumpa next week. Byee.

Sunday, 2 October 2016

Metformin dan Im proluton

Seperti yang sedia maklum, lepas saje jumpa doktor hari tu, aku dibekalkan dengan bermacam-macam ubat. Tapi aku tertarik nak ulas pasal 2 ubat ni iaitu metformin dan im proluton. 

Metformin

Ubat ni tak asing lagi bagi pesakit kencing manis dan pcos. Tujuan ubat ni adalah untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Kalau orang yang ada penyakit kencing manis kita faham la kan kenapa nak kena control gula. Tapi untuk pesakit pcos, kenapa nak kawal gula pulak kan? Bagi yang tak tahu, pesakit pcos akan mengalami insulin resistance dimana badan tidak boleh proses gula sebaiknya. Gula dengan jumlah yang sepatutnya akan diproses menjadi tenaga, tapi gula yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak. Disebabkan pesakit pcos mempunyai masalah untuk memproses gula dalam badan, kebanyakan pesakit pcos akan mempunyai masalah berat badan berlebihan serta mudah mendapat kencing manis. Sehubungan itu, metformin membantu untuk mengawal kandungan gula dalam badan seterusnya turut meningkatkan kesuburan pesakit pcos.

Berdasarkan beberapa kajian, didapati penggunaan metformin dapat meningkatkan kesuburan bagi pesakit pcos. Tapi macam mana pula kebaikan metformin untuk ibu pcos yang mengandung. Berdasarkan pembacaan aku, terdapat kajian yang mengatakan metformin ni membantu untuk mengurangkan risiko keguguran pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang kukuh berkaitan ni. Tapi mungkin Dr Hamid prescribe aku dengan metformin berdasarkan pengalaman dan kepakarannya dalam bidang O&G.

Tapi apa2 pun dapatkan nasihat dari pakar sebelum korang nak consume ubat ni.


Untuk bacaan yang lebih jelas dari pakar, boleh refer blog ni.



Im Proluton

Untuk im proluton ni aku tak jumpa articel pasal dia. Nanti kalau aku jumpa aku share. Tapi aku nak cerita sikit pengalaman aku guna ubat ni. Ni bukan ubat makan ye. Ubat ni perlu disuntik dekat punggung. Tujuan ubat ni untuk kuatkan rahim.

Berdasarkan nasihat doktor aku perlu disuntik sebanyak 5 kali. Perlu diambil selang sehari. Dr hamid dah siapkan surat so aku just bawa saja ke mana-mana klinik. Walaupun ubat ni kecik je, tapi sakitnya, boleh tahan jugak..huhu..sakit gila bila kena cucuk. Sebelum doktor cucuk pun, doktor dah pesan yang ubat ni agak menyakitkan. Ini disebabkan ubat ni oil based. Setiap kali dicucuk aku mesti demam. 

Tapi tu la pengorbanan aku aku kena buat untuk dapatkan anak. Hadapkan je la. Sehingga hari ni ada 2 ubat lagi kena cucuk. Berdebar-debar tiap kali nak cucuk.



Semoga dipermudahkan segalanya selepas ni. Amin.

Wednesday, 28 September 2016

Appoinment Dr. Hamid - Kali Ke3

Alhamdulillah, masih sihat sehingga hari ni. Lepas saja tau yang aku pregnant, aku cuba call klinik dr hamid. Hampir lima hari aku call setiap hari, tapi tak berangkat. Nak tak nak, aku terpaksa serbu terus klinik. 

Memang kebetulan aku ambil cuti disebabkan ada urusan lain. Pukul 1130 aku sampai di klinik Dr. Hamid. Klinik baru dekat Bukit Jalil. Tak susah nak cari. Direction boleh dapat dekat FB Dr Hamid. Bila dah sampai, sesat jugak cari klinik. Bila tanya guard rupanya kena masuk kawasan hotel untuk ke klinik.

Niat di hati sebenarnya cuma nak buat appoinment. Tak terpikir pun nak jumpa doktor semua. Tapi bila aku register and bagitau nurse yang aku ada darah tinggi, nurse insisted nak aku jumpa doktor. Masa tu dah 1130, urusan aku pukul 12. Aku cakap aku tak cukup masa ni, kalau jumpa doktor petang boleh tak? Nurse dengan baik hatinya, terus jumpa doktor dan mintak aku jumpa doktor masa tu jugak. Memang semua que aku potong. Tapi nasib baik la patient tengah tak ramai. Rezeki aku la nak jumpa doktor cepat.

Kali ni aku terus jumpa dr Hamid. Tak jumpa dr aimi. Happy nye rasa hati. Dah lama teringin nak jumpa dr Hamid. Sebelum jumpa doktor, aku kena scan dulu. Scan dibuat oleh assistant doktor. Dr. Hamid cuma tengok gambar scan je.

Bila jumpa doktor, dia tengok rekod aku, tengok gambar scan. Dr kata dah nampak kantung, tapi belum lagi nampak janin. Then bila dia tengok rekod aku ada PCOS, dia kata aku dalam tempoh kritikal dimana aku memang kena jaga baik2 kandungan sebab risiko untuk gugur sangat tinggi. Ermm, seriau dengar. Maka untuk make sure aku dapat rehat secukupnya, dr terus bagi aku mc untuk 2 minggu.

Sebelum balik, aku kena cucuk dulu dekat punggung. Tujuan ubat tu untuk kuatkan rahim. Then aku kena cucuk lagi empat kali. Next cucuk just bawak ubat dan referral letter dekat mana2 klinik. Selain tu ada jugak suppliment2 lain yang aku kena makan.


Pukul 12 urusan dekat klinik semua dah selesai. Total cost RM350. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Insyallah next appointment lepas 2 minggu. Buat masa sekarang, kena rehat banyak2 dan berdoa semuanya dipermudahkan. Amin.


Monday, 19 September 2016

My IUI Result

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi aku masih bernafas dan sihat lagi sampai hari ni. Bertambah bersyukur lagi, bila IUI yang aku buat tempoh hari dengan Dr. Aimi membuahkan hasil. Alhamdulillah. Syukur. Syukur.

Ikutkan kata Dr, aku sepatutnya test upt pada minggu ke3. Tapi masuk minggu ke2 lepas IUI, aku dah rasa semacam. Breast rasa membengkak, perut extra cramp. Simptom macam nak period, tapi hati aku yakin rasa bukan period. Masa test pun pukul 3 pagi..haha. Masa ni sebab terjaga rasa nak kencing. Tiba2 pikir, alang2 check je la upt terus (aku memang dah ada stok upt, beli borong..kui kui). Tunggu sekejap je, terus muncul 2 line. Ya Allah. Tak tau nak  kata apa. Nak kejutkan en suami masa tu, tak sampai hati pulak. Buang tebiat apa bangun 3 pagi ni. Maka terpaksa la tunggu sampai subuh nak sampaikan berita gembira.

Guna Upt murah je

Next step nak kena call klinik Dr. Hamid Arshad balik untuk set tarikh nak scan baby. Oh, untuk makluman, klinik Dr. Hamid dah berpindah ke Bukit Jalil dan kalau nak call kena call hp sebab dia tak ada lagi telefon. Info pasal klinik baru boleh refer FB Dr Hamid.


Doakan aku dan baby sihat dan selamat sehingga melahirkan. Terima kasih kepada yang mendoakan aku. Semoga semua TTCian akan merasa pengalaman mengandung juga. Aku doakan. Amin.

Monday, 5 September 2016

Second Appoinment dan IUI - Klinik Dr. Hamid Arshad

Selepas jumpa doktor Almy hari tu, doktor dah siap2 bagi clomid untuk makan kalau aku period. Jadi bile dah period, aku kena makan clomid dari hari kedua sampai la hari keenam. First day period pulak aku kena call klinik untuk dapatkan tarikh next appoinment. Doktor dah tetapkan aku kena jumpa dia dalam hari ke 19 or 20 sebab dijangkakan telur aku akan matang dalam waktu tu. Jadi bila dah kira-kira, hari 19 dan 20 aku jatuh hari sabtu dan ahad. As usual, timing aku sentiasa tak kena. Maka, date jumpa doktor dianjakkan ke hari isnin iaitu hari ke21.

Bila sampai hari yang ditunggu-tunggu, pukul 730 aku dah sampai depan klinik. Macam biasa kena tulis nama dulu, Alhamdulillah, aku orang pertama sampai. Selesai breakfast, 830 naik semula ke klinik. Bila dah register, tunggu doktor panggil dalam pukul 9. Masuk bilik doktor terus doktor nak scan telur. Alhamdulillah, ada 1 telur dekat ovari kiri. Terus doktor suruh buat iui masa tu. Aku pulak masa tu terkejut jugak la, rasa macam cepat pulak nak buat iui ni. Tapi nak tunggu apa lagi kan, aku terus setuju.

Keluar bilik doktor, tugas husband pulak kena keluarkan sperm. Kemudian kami kena tunggu sperm diproses. Katanya dalam 45min siap, tapi tunggu punya tunggu, dalam 1230 baru nama aku kena panggil.

Masa ni dah berdebar2 la, macam2 zikir keluar. Doktor kata sperm husband cantik. Alhamdulillah. So sekarang turn aku pulak. Baring atas katil, lepas tu nampak doktor dah keluarkan muncung itik..seram siot. Procedure seterusnya aku tak yah cerita la ye. Tapi sakitnya, perghhh..memang menusuk kalbu la. Ada orang buat iui tak rasa apa2 kan. Aku pulak lain, sakitnya sama macam buat HSG. Doktor kata sebab pintu rahim aku sempit, so dia kena bukak. Maka menahan sakit la aku atas katil tu.

Selesai procedure, aku kena baring dalam 5 minit. Doktor advice untuk bersama dengan suami 2 3 kali lagi selepas ni. Kemudian tunggu 3 minggu untuk tau result.

Pukul 1 selesai semua nya, kos untuk iui adalah RM900. Maka bermula 3 weeks wait aku. Segala aktiviti lasak diberhentikan serta merta. Diet masih diteruskan. Semoga ada rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata kali ni. Insyallah.


Sunday, 28 August 2016

I Love My New Diet

Ok, kali ni nak share something yang totally berbeza dengan intipati dan tajuk blog ni. Iaitu kaedah diet. Dari awal aku berdiet, aku memang bermula dengan Diet Atkins. Thanks to Atkins aku berjaya turun 15kg. Tapi bila tahun berlalu, bila aku tengok diri aku sendiri, agak susah nak follow diet atkins. Orang kata ada phase kan atkins ni, tapi aku pantang dapat nasi, mesti aku akan melantak tak hingat.

Jadi, bila aku dah follow program freelatics, aku di ajar dengan cara diet yang baru. Which aku rasa cara diet ni lebih mudah dan sesuai untuk aku. Actually, aku dah lama tau tentang diet ni sejak aku follow blog kevin zahri dan susu sejat. Malah aku dah beli pun diary diet susu sejat. Tapi, disebabkan tak cukup ilmu, aku rasa diet ni sangat susah. Tapi bila sekarang ada orang guide dan ilmu tentang diet pun dah ada sikit, aku rasa diet ni sangat senang.

So, bagi yang baru nk mulakan diet, apa yang patut korang buat.

First, dapatkan bacaan BMR dan DCR korang dulu. Macam mana nak kira?

Cara kira BMR

Lelaki = 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x ketinggian dalam cm) - (6.8 x umur)

Wanita = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x ketinggian dalam cm) - (4.7 x umur)

Contoh aku
BMR = 655 + (9.6 x 70) + (1.8 x 155) - (4.7 x 30)
BMR = 1,465

Apakah BMR? Basal Metabolic Rate adalah jumlah tenaga minimum yang diperlukan ketika fasa berehat.

Cara kira DCR

BMR x faktor aktiviti

Faktor aktiviti
Pasif - 1.2
Sedikit Aktif - 1.375
Sederhana Aktif - 1.55
Sangat Aktif - 1.725
Atlit - 1.9

Contoh aku
DCR = 1,465 x 1.55 ( aku anggap aku sederhana aktif based on jumlah senaman seminggu iaitu 5 kali seminggu)
DCR = 2,270

Apakah DCR? Daily Calorie Requirement atau nama lain keperluan kalori harian

Rules of thumb, kalau nak kurangkan berat badan, kena makan kurang dari DCR. Kalau lebih maka akan jadi peningkatan berat badan. Tapi berapa kurang yang boleh? Berdasarkan pemahaman aku, jumlah kalori intake kita tak boleh lebih rendah dari jumlah BMR. Sebab badan masih perlukan tenaga untuk bekerja. So, jangan seksa diri.

Kalau korang malas sangat nak kira BMR dan DCR, boleh install apps, My Fitness Pal. Masukkan butiran korang, dan apps akan tolong kirakan. Tapi diingatkan, segala bacaan ini cumalah anggaran dan sumber rujukan kita. Tak la tepat 100%.

Dalam kes aku, DCR aku adalah 2,270. Contoh la, aku kurangkan dalam 500. So, aku kena makan dalam 1 hari mesti tidak melebihi 1,770. Apa yang aku boleh makan untuk dapat jumlah kalori banyak tu? Meh aku share sikit gambaran menu seharian aku.

Breakfast
Roti 2 keping - 150
Telur Rebus 1 biji - 77
Yogurt 1 cup - 149
Total 376

Lunch
Nasi 1 senduk - 166
Ayam goreng - 166
Total 333

Dinner
Nasi 1 senduk - 166
Sup Daging - 160
Total 327

Snack
Apple - 80
Pear - 51
Total 131

Total kalori intake 1167

Tengok kalori intake aku, walaupun dah makan macam2, still below DCR. Maka kena tambah lagi makan. Syok tak weh, makan banyak tapi still berat turun. Macam mana nak tau kiraan kalori bagi tiap makanan ni? Boleh tengok dekat apps My Fitness Pal.

Tengok macam senang kan? Kalau korang tau strategi diet yang sebenar, usaha korang nak diet lagi mudah. Meh aku share sikit tips:

1. Gantikan air manis dengan air kosong. Air kosong 0 kalori. Minum la berapa gelen pun, tak effect berat kau. Berapa kalori air manis? Teh tarik - 95, soft drinks - 152, susu - 150.

2. Makan nasi putih. Jumlah kalori utk 100g (lebih kurang sesenduk) nasi adalah 166. Nasi goreng - 200, mihun goreng - 173.

3. Ambil lauk tanpa kuah. Boleh jimat banyak kalori daripada garam dan gula yang digunakan dalam masakan.

Disamping tu, aktiviti senaman pun turut membantu pembakaran kalori. formulanya, lagi banyak kau bersenam, lagi banyak la kau boleh makan. giteww..

Ok la penerangan untuk diet baru aku ni. Kalau tak paham boleh tanya. Tapi, apa2 pun diet yang korang nak cuba, make sure ada ilmu dan kena disiplin.

Credit diberikan kepada Kevin Zahri dan Susu Sejat yang banyak membantu aku. Tq.
 


Core2beFit2.0 Week 3 and 4

Kali ni aku rangkumkan cerita 2 minggu dalam 1 post. Masih ada progress, cuma aku yang tak puas hati. Rasa macam banyak lagi yang aku boleh capai.

Berat memang ada good progress, tapi dari segi muscle dan fat, tak cun. Aku pun tak sure kenapa jadi macam tu. Tapi menurut kata coach, pemakanan aku yang tak betul dari segi pengambilan carbs, makanan bergoreng. Walaupun aku makan mengikut dcr aku, tapi kalau komposisi tak betul, boleh akibatkan fat yang tak bagus ni.

Nampaknya kena improvise pemakanan aku. Kurangkan yang bergoreng, dan banyak makan stim dan rebus.

Week 1

Week 2
Week 3
Week 4
Now, rutin untuk 2 minggu ni.

Week 3

Day 1
25 sprawl
25 sprawl
25 sprawl

Day 2
50 hh squat
1km run

Day 3
Persephone endurance

Day 4
Metis Endurance

Day 5
25 hh squat
1km run
25 hh squat

Week 4

Day 1
Persephone

Day 2
Aphrodite

Day 3
Athena

Day 4
Ares

Day 5
Push up 50
Squat 50
Push up 100
Squat 50

Nak dijadikan cerita minggu ketiga, aku demam. Dapat program ni, kalau kau tak sihat kau kena stop untuk rehatkan badan kau betul2. 2 hari jugak la aku berehat untuk recover balik tenaga. Ikutkan hati memang nak bersenam je.

Insyallah, ada 3 minggu lagi untuk program ni. Semoga aku dapat capai target aku untuk dapat berat bawah 70kg. Lebih dari tu, memang dah sangat syok la.


Sunday, 14 August 2016

Core2Befit2.0 - Week 2

Dah masuk minggu kedua program ni. Buat masa ni badan aku masih menyesuaikan diri dengan rutin2 yang diberi. Masih rasa sengal-sengal badan setiap kali rutin. Itu memang kebiasaan la sebab badan kita tak pernah workout seteruk tu. Tapi yang pasti, badan jadi lebih ringan dan peluh keluar mencurah2. Walaupun dah selesai workout, dah siap mandi, badan still berpeluh.

Baru lepas buat Morpheus

Baru lepas buat Metis - Berpeluh-peluh

Yang ni paling seksa, Prometheus
Nak tau apa tu Morpheus, Metis dan Prometheus, aku cadangkan korang install apps freelatics.
Disebabkan setiap minggu peserta kena timbang dan kena ambil gambar untuk tengok perubahan, meh aku share perubahan aku untuk 2 minggu ni.


Ada perubahan yang baik dari segi berat, ukuran pinggan dan pinggul. Tapi tak baik dari segi body fat dan muscle. Fat aku bertambah 0.2 dan muscle turun 0.1. Tapi based on nasihat coach, benda ni perkara biasa untuk 2 minggu punya progress. Yang penting aku kena jaga pemakanan. Make sure cukup pengambilan carbs untuk bakar lemak aku.

Itu dari segi nombor, sekarang aku nak share dari segi gambar pulak.



Perubahan tak la ketara sangat. Tapi aku dapat rasa seluar dan kain baju kurung aku dah longgar. 

Rutin untuk minggu kedua ni seperti berikut:

Day 1
Metis Endurance

Day 2
1km free run

Day 3
Athena Endurance

Day 4
50 hh squat
50 knee push up

Day 5
Metis Endurance

Selagi tak dapat perubahan yang betul2 memuaskan hati aku, aku tak kan stop. Tunggu update aku diminggu aku yang akan datang ok. Daaa.

Sunday, 7 August 2016

Slow Juicer

Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh tick salah satu wishlist aku. Dah lama sebenarnya aku teringin nak beli slow juicer ni. Mula2 nya tengok dekat go shop la, jenama Hurom. Tapi harga dia, mak aih, 2k kot. Jadi niat tu ditangguhkan dulu.

Lepas tu aku godek2 la Lazada. Rupanya banyak je Slow juicer yang mampu milik. Survey punya survey dan baca review orang yang dah pernah beli, aku pilih untuk beli slow juicer jenama bayers. Harga pulak RM200, memang berbaloi la.

Nak dijadikan cerita, mula2 aku beli, tunggu punya tunggu, lazada silap bagi barang daaa..dari slow juicer jadi oven. Sakit pulak hati aku yang dah teruja ni. Cut story short, lepas dah return oven tu dapat la aku barang yang sebenar.

Ni la slow juicer yang comel
Dapat2 je memang aku terus mengetest la. Cuba buat dengan epal hijau. Cara nak kendalikan alat ni memang mudah. Nak bersihkan pun senang. Cuma kena rajin la. 

Apa kebaikan dan bezanya slow juicer ni dengan juice maker yang lain? Slow juicer ni boleh hasilkan jus yang betul2 pure tanpa gunakan air dan gula. Itu la kebaikannya. Sapa yang tengah berdiet, memang ni option yang terbaik. Kalau nak minum jus, jangan beli di kedai or minum yang dalam kotak tu. Semua ada gula. Yang buat sendiri ni confirm manis buah. Jom tengak cara pemprosesan nye..hihi..dah macam pengusaha kilang plak.



Hasilnya. Pure Juice.

Core2Befit 2.0 - Week 1

Setelah puas menunggu, akhirnya bermula la siri Core2Befit 2.0. Acara dimulakan dengan sesi kick-off yang dilaksanakan di Seri Kembangan. Dalam sesi ni, peserta diperkenalkan dengan asal usul freelatics dan dapat berjumpa dengan Ambassador Freelatics Malaysia. Kami juga berpeluang untuk berkenalan dengan peserta-peserta dan coach dari zon lain. Setiap coach yang terlibat dengan program ni mempunyai kisah masing-masing yang tersendiri. Tapi yang pasti, tiada siapa pun yang melalui jalan yang mudah. Untuk jadi seperti diorang pada hari ni, banyak yang perlu diorang tempuhi. Mungkin jalan yang diorang pilih tak nampak menarik di mata orang lain. Tapi hasilnya, memang membuatkan orang ramai jeles. 

Peserta Zon Putrajaya
Memperkenalkan peserta Core2Befit 2.0 bagi zon Putrajaya. Dua mamat hensem kat belakang tu adalah coach kami. Kena puji lebih supaya tak kena buli masa workout nanti..hahaha.

Sesi workout akan dibuat sebanyak 2 kali (wajib) seminggu. Dan additional 1 hari sebabkan ada beberapa peserta yang tak dapat commit pada hari-hari tertentu. Actually, peserta perlu laksanakan routine freelatics sebanyak 5 kali seminggu. Tapi untuk program ni, 2 hari bersama coach, dan baki 3 hari perlu buat sendiri. Segala aktiviti freelatics adalah customize berdasarkan keupayaan peserta. Tapi basically, workout dan exercise yang dibuat perlu direfer pada apps freelatics yang boleh diinstall di hp.

Untuk permulaan program, kami telah dichallenge untuk buat 50 squat sehari. Mulai 1 Ogos sampai la 31 Ogos. Makanya rutin harian aku pun turut berubah. Seawal pagi, selesai subuh, aku akan ready breakfast dan terus buat squat. Saja aku buat squat pagi2 supaya aku boleh buat exercise lain waktu petang or malam. Kalau semua nak dilonggokkan dalam 1 masa, aku yakin aku tak mampu.

Sesi bersama coach adalah pada hari Jumaat (malam) dan Ahad (pagi). Perjumpaan pada Jumaat yang pertama, kami semua kena buat fitness test dulu untuk menentukan tahap fitness dan kesihatan masing2. Dari segi fitness, aku tak ada masalah sangat. Tapi bila bahagian kesihatan, memang aku kantoi. Ujian ni dibuat dengan check bacaan nadi. Disebabkan aku ada darah tinggi, maka bacaan nadi aku tak cun. Maka aku dikategorikan dalam kumpulan endurance. Dimana workout yang aku kena buat tak seberapa dasyat daripada team standard. Sampai la nadi aku normal, baru aku boleh buat workout macam team standard.

Hari ahad baru la bermula sesi senaman kami. Untuk permulaan, memang agak mencabar. Banyak teknik2 yang perlu dibetulkan. Kami masing2 diberi buku untuk rekod senaman harian dan makanan yang diambil. Makanan ini kena rekod untuk tujuan mengira kalori yang diambil dalam satu hari. Kalori intake mestilah tidak melebihi DCR (Daily Calories Requirement).

Kami semua dah diberikan rutin yang perlu dibuat dalam masa 3 hari lagi sebelum akan diberi jadual rutin baru pada jumaat seterusnya. Jadualnya macam ni.

Day 1
25 HH Squat
25 Knee push up

Day 2
1km free run

Day 3
25 Sprawl
10 sprawl
Ulang lagi 1 set

Day 4
25 crunches
100m sprint
25 crunches

Day 5 - 7
Rehat (optional). Peserta boleh nak ulang balik workout yang lepas2 or rehat. Tapi peserta wajib amik 1 hari untuk rehat sepenuhnya tanpa senaman.

Aku akan cuba update aktiviti setiap minggu. Buat permulaan ni, berat aku adalah 76kg (gemuk mak aih). Kita akan tengok progress bila minggu ketujuh nanti. Ada perubahan atau tak.

Jom layan gambar dan video sepanjang aktiviti Ahad lepas.

Coach tengah bagi penerangan. Tu bukan layan handphone saja2 ye. Semua tengah refer apps



 



Monday, 1 August 2016

First Appoinment - Klinik Hamid Arshad

Ok, dengar tajuk macam dah gempak kan? Tapi belum gempak lagi, cerita tak habis lagi ni, baru nak mula.

Ceritanya bermula macam ni. 

Setelah mendapat nasihat dari kawan2 yang senasib dengan aku, diorang mencadangkan aku untuk jumpa doktor Hamid Arshad. Salah seorang pakar sakit puan yang popular dekat Malaysia. Dr Hamid memang dah sangat sinonim dengan masalah sakit puan. Even mak aku pun dah pernah rujuk dia 30tahun lepas. Cuba kau bayangkan, berapa lama dah dia berkhidmat. Dan dengan tempoh berkhidmat dia yang lama tu, rasanya kepakaran dia dalam bidang sakin puan tak boleh dipertikaikan lagi.

Maka aku cuba call klinik untuk dapatkan date appoinment. Nak call tak susah, nak dapat tarikh tu yang susah. Masa aku call adalah bulan Jun 2016. Tarikh Dr Hamid available adalah Januari 2017. Ha kau, 6 bulan lagi baru dapat jumpa. 

Tapi, nurse cadangkan untuk aku jumpa doktor Aimy dulu. Salah seorang doktor dekat klinik Dr Hamid. Iaitu menantu Dr Hamid. Aku boleh jumpa Dr Aimy seawal bulan Ogos. Dan nurse kata, dia boleh slot in kan aku untuk jumpa dr Hamid dalam bulan 10 untuk next appoinment. Ok, bagus jugak plan tu. Daripada buang masa menunggu, better aku jumpa Dr Aimy dulu.

Pada hari yang ditunggu, pagi2 lagi aku dah sampai depan klinik. Klinik bukak pukul 830, tapi kalau datang awal, boleh terus tulis nama pada borang yang digantung depan pintu klinik untuk dapat turn. Alhamdulillah, dapat la aku turn no 3.

Sebelum klinik bukak, akan ada form ditampal depan pintu untuk tulis nama

Lepas dah tulis nama, sarapan dulu dekat kedai makan betul2 bawah klinik. Pukul 830 masuk klinik, tengok dah ramai orang yang menunggu. Klinik ni tak besar sangat, dan patient pulak sangat ramai. Bertambah ramai sebab masing2 dengan pasangan.

Tengok kasut dah tau ramai gile orang
Dari pukul 830 aku tunggu, lebih kurang pukul 10 nama aku dipanggil oleh nurse. Sebabkan ni first time datang, kena isi detail aku dalam borang.  Lepas tu tunggu lagi turn panggil dengan doktor. Lebih kurang 30min, turn aku jumpa doktor pulak.

Since aku bawak sekali result segala mak nenak test, so tak susah dah. Berdasarkan result tu, doktor kata aku dan husband xde masalah pun nak conceive, cuma 1 je masalah iaitu timing. Disebabkan aku ada irregular mense, waktu subur aku pun jadi tak regular untuk every cycle. Jadi agak susah la nak tau bila waktu yang sesuai nak bersama.

Masa aku ke klinik ni, aku tengah CD21. Kalau ikutkan normal cycle orang biasa, waktu subur dah lepas dan tunggu nak period je. Tapi beza dengan aku, bila scan nampak seketul telur besar dekat ovary aku menunjukkan waktu subur aku lambat. Sebab tu la jugak cycle period aku panjang. Biasanya more then 31 days.

Hasil dari scan, doktor bagi aku ubat cucuk untuk matangkan telur dan aku kena bersama selang sehari untuk tingkatkan chance untuk preggy. Then doktor bagi sekali clomid incase aku tak pregnant, aku dah boleh proceed iui untuk next cycle.

Selesai jumpa doktor, time ambil ubat dan bayar. Total damage adalah RM325.  Next step, buat anak bersungguh2, dan tunggu la next cycle.
 


Eh, bukan kata nak berehat kejap ke? Sebenarnya memang nak berehat sebentar dengan TTC dan fokus untuk turunkan berat. Tapi timing selalu tak kena. Memandangkan duit pun dah banyak habis, aku buat la dua2 sekali.

Doakan semuanya berjalan lancar dan whatever happens, aku tau itu adalah yang terbaik.

Wednesday, 20 July 2016

Freelatics and Eat Clean Challenge

Assalamualaikum semua untuk warga TTCian dan yang sedang berdiet. Sihat ke semua? (ok, ada bunyi Dr. Azizan tak?..haha)

Hari ni aku nak share sikit benda baru yang aku join untuk jadi lebih slim, fit dan cun. Bagi yang nak kurus, aku rasa program Jom Kurus 1Malaysia mesti tak asing bagi korang kan? JK1M ni anjuran Kevin Zahri. Memang pakar dalam bab fitness dan pemakanan. Blog KZ memang selalu jadi reference aku. Ada juga kawan2 aku yang dah pernah join program ni, dan ramai yang berjaya turunkan berat badan dan menjadi lebih fit. Yang aku tau dalam program 6 minggu ni, peserta diajar tentang kaedah pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Ada juga aktiviti sukan, fitness yg dianjurkan. Tapi pucuk pangkalnya, bukan terletak pada modul program ni, tapi lebih kepada kesungguhan kau sendiri. Pada yang berminat, boleh la mendaftar sekarang.


Ok, itu promosi untuk JK1M. Aku tak join pun program ni sebab aku minat lagi satu program. Program yang aku maksudkan adalah Core2beFit. Anjuran kelab Freelatics Malaysia. Berdasarkan pemerhatian aku, modul dia lebih kurang JK1M dimana fokus nya untuk bantu peserta kuruskan badan. Tapi untuk Core2beFit telah spesifikkan modul exercisenya dengan kaedah freelatics. 


Kalau JK1M, programnya selama 6 minggu. Untuk Core2Befit adalah selama 7 minggu. Segala routine exercise akan direfer pada aplikasi freelatics yg perlu diinstall dalam handphone. Bagi aku yang br nak berjinak dengan freelatics, memang putus nafas la bila buat exercise dia. Memang agak extreme. Tapi, kalau dah biasa buat, badan akan makin fit dan of course badan automatik boleh slim. 

Ok, itu dari segi exercise. Macam mana pulak dari segi pemakanan. Core2Befit menekankan pemakanan secara eat clean diet. Apa tu eat clean? Maksudnya, pemakanan dari sumber asli dan bukan dari bahan2 yang diproses. Macam mana nak bezakan makanan yang asli dan makanan yang diproses? Aku suggest korang search dekat website or boleh refer blog sususejat. Banyak juga ilmu aku belajar dari blog ni.

Jadi disebabkan semangat nak sihat tu yang sedang membuak2. Aku pun cuba sedaya upaya untuk make sure pemakanan aku adalah based on clean diet. Kaedahnya, aku kena masak sendiri la. Untuk membantu rakan2 untuk mendapatkan idea nak makan apa, aku share ape yang aku masak sepanjang cabaran ni.

u.p.: Aku masih belajar tentang eat clean diet, so maybe menu yang dishare tak berapa nak betul. Kalau ada yang salah mohon tegur ye.

Day 1


Sebabkan aku berpuasa. Hanya ada 1 menu je untuk berbuka.

Jagung rebus
Ayam grill (perap lada hitam, serbuk kunyit dan garam)
Salad sayur2an (kubis, salad, carrot, tomato)
Kentang goreng

Day 2

Actually, day 2 aku masak bubur nasi dengan daging. Tapi lupa nak tangkap gambar. Perasakan dengan garam sedikit.

Day 3


Nasi Putih Segenggam
Salad (kobis, salad, tomato, epal merah dan epal hijau)
Tomyam putih (semua bahan asli, dan diperasakan dengan garam sedikit)

Buat masa ni aku update 3 menu dulu sebab baru 3 hari pun aku start challenge ni. Nanti aku akan update lagi menu2 di hari2 berikutnya.

Semoga dapat membantu korang.

Update:

Day 4 


Nasi
Ikan Bawal Goreng
Brokoli and carrot - tumis with olive oil and bawang putih
Kentang goreng (dah terlebih carbs ni, tapi teringin punya pasal)

Day 5
Bubur nasi, isi ayam dan carrot

Day 6 dan seterus2nya



Brown Rice
Ikan goreng (air fryer)
Tumis sayur with olive oil and garlic

Yang sedih sikit kat atas ni adalah soto tanpa kuah..haha. Ada jamuan raya kat ofis, jadi aku kena bijak memilih. Macam ni pun sodap.
 
Burger Home made dengan jus epal dan celery. Jus ni pure tanpa gula ye. Sangat sedap. Nak resepi burger? Boleh baca Resepi Homemade Burger.

 Tomyam merah dan sayur.

Wednesday, 13 July 2016

Trip ke Boracay - Summary Cost

Bagi memudahkan korang untuk tengok kos-kos sepanjang di Boracay. Post ni khas untuk korang.

Flight Tiket - RM400 return
Hotel - Bamboo Beach Resort - RM710 untuk 4 hari 3 malam (for 5 person)

Day 1
Parking Putrajaya Sentral (4hari) - RM20
KLIA Transit - RM9.40
Transport di Boracay (Van, Terminal Fee, Environment Fee - all include in package) - 500peso per person

Day 2
Zipline and cable car - 800 peso per person

Day 3
Tricycle - 600 peso
Tranport balik Southwest all included - 650 peso per person
Sunset Sailing - 400peso per person

Day 4
Airport Tax - 700 peso per person

Kos tak include makan, shopping dan aktiviti2 lain yang tak dinyatakan. Kena experience sendiri baru tau. Aku jimat tang makan sebab bawak dari Malaysia. Beli stok semua tak sampai RM300 untuk makan 5 orang selama 4 hari.

Asingkan siap2